Trunvelogue, KitabkeViktor : Berapa average gaji Australian?

Kerana post sebelum ini adalah tentang perbandingan barang makan, yang mana kesimpulan yang boleh dibuat adalah harga barang kat sana memang murah kalau tak convert, saya terfikir. Berapa gaji average untuk Australian? So kajian saya telah menjumpakan saya ini.

Screen Shot 2016-06-06 at 4.33.02 PM

Basically pendapatan purata seorang rakyat Australia adalah AUD74,724 sebelum tax, which is equivalent kepada RM225,224.28. Ini membawa kepada sebulan AUD 6,227 atau RM18,768. Hmmm bapak banyak. Kalau ini data average, maksudnya ramai orang kaya di Australia. Anyway, ini data tahun 2013.

Average pendapatan rakyat Malaysia adalah RM5000.00 pada tahun 2012.

Sekarang saya nak cari berapa gaji cikgu kat Australia. Senang boleh compare. Ini yang saya jumpa.

Screen Shot 2016-06-06 at 4.37.10 PM

Basically start keja jadi cikgu, gaji depa AUD55,500 which is equivalent AUD4,625.00 which is RM13,940.13 sebulan kalau convert duit kita. So berapa gaji cikgu muda kat Malaysia? Kalau baru grad gaji cikgu muda dalam RM2,200 something. Manakalau average gaji cikgu di Malaysia adalah RM47,728 setahun atau RM3,977 sebulan. Itu pun gaji cikgu sekolah menengah.

Screen Shot 2016-06-06 at 4.42.59 PM

Sekarang saya nak tengok pulak berapa gaji Graphic Designer di Australia. Saya jumpa ini. So sebulan gaji depa AUD 4,087.00.

Screen Shot 2016-06-06 at 4.46.32 PM
Gaji Graphic Designer di Malaysia adalah purata RM2,738.00 sebulan.

Screen Shot 2016-06-06 at 4.48.39 PM
So setakat 2 pekerjaan ni saya boleh simpulkan yang kerja yang sama, tapi gaji kat sana lagi mahal kalau nak compare apple to apple. Sekarang saya nak tengok full time runners gaji berapa pulak. Errrr macam tak jumpa je. 😀

Anyway, satu lagi saya nak cari. Harga gaji awek jaga kedai kat Australia. Saya jumpa, AUD18.86 per hour. Katalah dia kerja 12 jam sehari so sebulan (22 hari kerja tolak sabtu ahad) gaji dia dalam AUD4,979.00

Screen Shot 2016-06-06 at 4.53.24 PM
Manakala average gaji salesgirl kat Malaysia pula adalah RM2,298.00.

Screen Shot 2016-06-06 at 4.57.24 PM

Ini pula gaji orang Australia mengikut umur.

Screen Shot 2016-06-06 at 5.32.03 PM

So itu gaji-gaji. Sekarang saya nak tengok cost of living. Saya jumpa ini. Boleh click sini untuk kaji lebih detail.

Screen Shot 2016-06-06 at 5.03.30 PM

Dari data yang akhir ni, kesimpulan dia, kalau gaji kita kat Kuala Lumpur, Malaysia RM9,400.00, untuk maintain lifestyle yang sama macam kat sini, kat Melbourne Australia gaji kita kena RM17,955.12 sebulan. So kalau terfikir nak migrate, make sure kat resume tu kena double up gaji kalau nak maintain lifestyle. Kalau nak berbaloi, kena dapat offer tripple dari gaji sekarang baru boleh duduk sana dengan senyum sikit. Kalau tak, tak payah mengada nak migrate ke Australia. Kalau gitu nak migrate ke mana?

Screen Shot 2016-06-06 at 5.15.12 PM
***
Kalau terfikir nak migrate negara lagi best sebenarnya memang kena financial freedom. Sebab kalau tidak, kita migrate dan hidup lebih papa kedana berbanding sedia ada di Malaysia. Pulak tu kalau compare cost of living negara-negara dalam dunia ni, kita hanya boleh migrate ke negara-negara yang tak berapa nak 4 musim dan mungkin bau dia busuk sikit dari kita since kita ni dari Malaysia. Mahal belaka. Ni 4 negara yang teringin nak migrate rupanya sebelah menyebelah je carta dia.

Screen Shot 2016-06-06 at 5.21.44 PM
Boleh tengok source sini

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *