Trunvelogue, KitabkeViktor : Bertimbang rasa

IMG_6953
Sementara menunggu isteri saya, untuk menewaskan kesejukan, saya mengambil gambar van. Errr…

Ketika kami telah sampai ke tempat parking dan mula memunggah barang-barang dapur ke dalam van, isteri saya tiba-tiba berkata, “Allah kita lupa beli minyak masak…” Saya menoleh kepadanya dan dia menyambung lagi… “dengan serbuk kunyit…” dengan muka buat comel.

Isteri saya kemudian meminta izin untuk berlari kejap ke Coles dengan EL, lalu saya katakan kepadanya, nanti jumpa kat depan Coles sahaja. Tak perlu datang semula ke sini. Tanpa buang masa, isteri saya ghaib dari pandangan mata saya. Bersama EL.

Saya kemudian siap memindahkan beg-beg plastik ke dalam van, lalu saya tolak semula trolley ke tempat yang terdekat, di mana saya lihat kumpulan trolley berkumpul. Sekiranya trolley besi ini boleh bercakap sesama sendiri, saya pasti mereka akan berbual tentang pengalaman mereka menjadi trolley dan menghambakan diri kepada manusia. Pasti ada suka duka menjadi sebuah trolley besi dan terpaksa bekerja di musim sejuk. Menjadi trolley barangkali tidak ada peluang untuk memakai baju sejuk.

Saya kemudian menghidupkan enjin, dan terus sahaja memandu dengan kadar paling perlahan. Bajet saya sampai depan Coles dan harap isteri saya terus ada menanti di situ dengan minyak masak dan serbuk kunyit, serta EL.

Jangkaan saya tepat, sebaik saya berhentikan van di depan pintu Coles, EL dari jauh telah tersenyum simpul. Dan begitulah perangainya setiap kali baru berjumpa, walaupun baru beberapa minit tadi telah bersama. Barangkali infant mempunyai memori yang pendek tentang moment-moment. Barangkali memori yang panjang baginya adalah cuma saat kasih sayang wajah ibu dan ayahnya barangkali?

Isteri saya membuka pintu van lalu masuk.

Saya kemudian mula memandu keluar ke simpang. Namun entah kenapa, van saya berhenti terkedepan sedikit luar dari simpang dan itu membuatkan kereta yang ingin masuk ke dalam di depan saya, terpaksa berhenti memberi laluan.

Dalam keadaan hesitation itu, saya lalu terus sahaja pandu keluar dan mengangkat tangan kepada pemandu tersebut meminta maaf dan terima kasih. Ini kerana jika saya berhenti dan tunggu untuk dia masuk, ruang untuk dia belok masuk itu agak sempit dan pasti menyusahkan.

Screen Shot 2016-06-08 at 2.10.23 AM
Suasana dalam campervan agak sempit sebenarnya. Kalau jalan asyik tergesel dan berlaga bontot. Sangat sesuai untuk pasangan yang baru kahwin untuk honeymoon. Sejuk pulak tu. Tapi kalau dah ada Awang Kenit seorang susah sikit la. Buat bising kalu Awang Kenit bangun menjerit satu campsite memang lega.

Apabila sampai di campsite dan apabila setelah selesai simpan dan kemas semua barang dapur, isteri saya membancuh secawan hot chocolate yang panas. Diberikan kepada saya dulu dan setelah saya minum separuh, saya pulangkan kepadanya untuk dia habiskan.

“Tadikan, masa kita nak bayar minyak masak dengan serbuk kunyit tu… anda perasan tak kat kaunter tu cashier dia orang tua.”

“Perasan”

“Pastu masa beratur depan kita ada seorang perempuan ni barang dia macam banyak gila satu trolley…”

Entah kenapa, ketika isteri saya menyebut perkataan trolley, saya ternampak seakan trolley-trolley sedang minum arak dalam kesejukan sambil bergelak ketawa dalam fasa slow motion dan sedikit blur-blur dibahagian bawah frame camera.

“Sekali EL macam buat perangai. So cashier tua tu tiba-tiba cakap kat perempuan tu boleh tak bagi kita dulu sebab dia nampak barang kita sikit, pastu dengan baby lagi…”

“So..”

“Perempuan tu macam ok ok ok terus suruh kita pegi bayar dulu”

“Asal tak pegi bayar kat self service tu je?”

Isteri saya buat muka senyum.

“Diorang kat sini lain betul la. Padahal tak kenal pun dah la strangers. Dia punya layanan tu macam …. ntah lah. Mungkin sebab dia nampak kita dengan baby kut? EL dah menjerit-jerit?”

“Hmmmm…. mungkin orang tua tu dulu pun ada tertinggal nak beli barang. Pastu dia beratur depan dia ada perempuan banyak barang. Pastu pulak maybe dia ada anak dan anak dia tu buat perangai….. mungkin jugak masa tu cashier kat tempat dia tu buat pekak je dan mungkin sebab itu dia tolong anda.”

***

Saya dapat dengar dari luar angin bertiup tetapi tidak kuat sangat. Mungkin sebab campsite ini macam dalam kawasan perumahan. Kesejukan dia ada terasa tapi masih lagi boleh tahan. Lagipun saya dah pasang heater.

Ini adalah malam pertama tidur di dalam campervan. Sebelum tidur, didalam hati, saya mengucapkan terima kasih kepada tuhan. Hot Chocolate yang isteri saya itu sedikit sebanyak memang menyedapkan badan dan perasaan. Saya terfikir….nasib baik saya menjadi manusia dalam kehidupan kali ini. Bagaimana agaknya kalau saya jadi trolley?

IMG_6969

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *