Trunvelogue, KitabkeViktor : Carbo Loading

Saya ingat ini first tulisan saya pasal carbo loading. Rasa macam sebelum ni tak pernah. Rasa la. Anyway, ada sebab kenapa saya tulis pasal carbo loading ni.

Lepas dari collect racekit, saya ronda-ronda bandar Apollo Bay. Kemudian saya ada nampak satu kedai makan ni. Mulanya saya cuma baca peta yang ada kat tingkap tu dan baru saya perasan, peta ni adalah tentang lokasi nak berkumpul esok hari untuk naik bas. Saya cam nasib baik saya terjumpa peta ni. Kalau saya balik terus ke campsite, alamatnya kelam kabut esok tu.

Saya tau ada bas untuk pickup tapi macam ntah kenapa lupa pulak nak tanya bas tu amik runner kat mana. So melalui peta tetingkap, tahulah saya bahawa ada banyak bas disediakan untuk semua runner dan cuma jangan silap kumpul tempat sebab dia asingkan antara HM dan FM.

Belek punya belek, last sekali saya decide untuk masuk kedai ni dan makan jelah kat dalam. Senang. Malam ni isteri saya tak payah nak masak. So saya pun masuk ke dalam. Masuk-masuk je ada painting bogel. Nasib baik EL kecik lagi. Tapi cantik juga painting dia.

SONY DSC

Setelah racekit dicollect, wajahnya lebih tenang….

SONY DSC

Anaknya juga tenang mendapat biskut tapi tak lama mana….

OK. Apa yang menarik dengan kedai ini adalah owner kedai meraikan runners yang datang. Dia punya menu dah siap customize untuk carbo loading. Kiranya, tak yah pening kepala nak makan apa, pilih je dari menu yang sedia ada. For sure semua akan beri tenaga to the maks kepada runner. Ini menu dia.

Tunggu punya tunggu punya la lama pulak dia nak masak. Maybe ramai orang. EL pulak dah start nak menanyi sambil menangis. Pujuk punya pujuk tak makan saman. Last-last saya suh depa bungkus dan bawak balik makan kat campsite lagi bagus. Ini makanan carbo loading malam tu. Saya makan grill atlantic salmon smashed peas fetta and roast potato manakala isteri saya makan spinach ricotta tortellini + napolli and pesto.

Apa rasa dia? SEDAP GILA BAK HANG. Isteri saya tak habis. Yang dia punya pun SEDAP GILA BAK HANG.

Actually saya sebenarnya bab makan ni saya OK je. Asal jangan babi sudah. Sebabnya, saya fikir kalau pergi travel dok nak cari makanan Malaysia juga, jawabnya serupa tak payah travel. Saya memang jenis suka explore dan saya akan cuba makan makanan lokal masa pergi travel.

Dulu saya tak macam ni. Tapi ada satu hari tu masa saya pergi Bali, saya punya nak cari makanan halal, kami pergi makan Nasi Padang di Kuta. Oleh sebab saya nak terkencing gila masa tu so saya pergi toilet dalam kedai. Bila saya keluar, saya nampak tikus berlari atas dapur. Sejak daripada tu perspektif saya tentang makanan berubah 100%. Tak semestinya makanan halal tu bersih.

Bagi saya Islam adalah agama yang mudah***. So jangan nak payah sangat nak pening kepala. Sebelum nak cari tempat makan jangan lupa doa kat tuhan supaya ditunjukkan tempat makan yang bersih. Kedua, bila dah sampai tu jangan lupa nak makan baca Bismillah.

Bagi saya senang je. Selagi saya makan dengan namaNYA, saya yakin segalanya bersih dan suci lagi halal. Dah DIA juga yang bagi makan….. nabi zaman dulu travel dari Mekah ke Madinah masa zaman hijrah… agak ada restoran halal ke kat Madinah tu…. TAPIIIIII… kalau was-was janganlah buat. Sendiri mau ingat.

*** Rujuk Surah 5 Ayat 5

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *