Trunvelogue, KitabkeViktor : City of Greater Geelong

Dari jauh saya lihat admin campsite datang memandu buggy yang biasa kelihatan di padang golf itu. Seakan saya tahu kenapa, saya segera melihat jam dan rupanya sudah pukul 12:00 tengahari. Admin campsite mencilok masuk ke site parking saya, sambil memandu, dia berkata kepada saya,

“Hey mate, I’m not sure whether this is your first time campervan or not but the checkout time is 10:00 am”

Saya lalu menjawab, “Really? I’m sorry I’m sorry, I will check out now”.

Admin campiste membuat corner lipat dengan laju dan meninggalkan saya kemaluan. Sebenarnya saya tahu yang checkout jam 10:00 pagi. Yang saya tak tahu, depa ni agak “Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian –  Quran 103:1, 2”

thermal_wear
Nak cari Long John untuk baby kemain payah. Akhirnya jumpa thermal wear yang muat untuk EL di Kedai Winter SACC Mall. 

Saya lalu memberitahu isteri saya yang sedang menyiapkan EL agar kemas apa yang patut dulu, check out segera, pulang kunci dan kemudian kemas van betul-betul bila saya parking campervan di taman depan campsite ini. Beberapa minit kemudian, kami sudah berada di taman depan campsite.

***

Sementara isteri saya mengemas campervan, melipat tilam bagai menjadi kerusi, saya duduk di luar melihat peta. Peta ini adalah peta yang mempunyai Negeri Victoria. Sememangnya kalau travel saya mesti ada peta. Tak tahu kenapa. Walaupun ada GPS, tapi dengan peta ia merasakan lebih manual dan lebih cepat untuk rujuk dimana dan kemana.

Apabila dia sudah habis kemas, dia pula duduk diluar dengan El Lukh melihat campsite mana yang kami akan tidur malam nanti, lalu terus buat booking sementara stok masih ada.

victoria_map

Sejurus itu, kami kemudian membuat budget harian yang sepatutnya dibuat malam tadi. Saya akan ceritakan kemudian tentang budget harian ini dimana memang saya amalkan setiap kali travel ke oversea.

geelong00

Setengah jam kemudian, saya mula memandu. Apabila melihat signboard untuk masuk ke jalan Great Ocean, dan bertentangan dengan bandar Geelong, isteri saya tiba-tiba menyapa – “Apa kata kita singgah bandar Geelong dulu? Kita nak tengok la bandar dia macam mana”

Seperti kena pukau, saya masuk simpang ke bandar Geelong. Kami pusing-pusing dalam bandar sebelum saya kemudiannya membuat keputusan untuk parking di depan waterfront.


Boleh lihat website Geelong di sini

Ada banyak tarikan di Geelong, tapi yang saya singgah cuma waterfront sahaja. Rupanya isteri saya buat trick. Dia dah baca di dalam blog sapa ntah masa di buat research dan dia propose untuk singgah sini sebab dia nak tengok Merry Go Round. Lalu kami pun masuk ke dalam The Carousel.

the-carousel-waterfront-geelong
The Carousel, boleh lihat web disini

Oleh kerana EL masih kecil dan tidak mengerti apa-apa dan saya mahu menjimatkan duit, kami sekadar masuk dan tidak pun naik kuda pusing tersebut. Tapi memang ada banyak kuda zaman dulu berpusing disimpan di dalam ini. Kuda-kuda ini direstore balik selama 300 jam setiap satu dan kerja mewarnanya dikatakan sangat teliti gila.

Screen Shot 2016-06-09 at 9.35.37 PM
Saya tidak connect sangat dengan kuda-kuda disini walaupun saya seorang sagitarius. Tapi melihat isteri saya ceria melihat kuda, saya tumpang gembira. Mungkin dia memang sukakan kuda dan mungkin juga kadangkala dia melihat saya sebagai kuda kerana ke-sagitariusan itu.

SONY DSCEL hang nak naik ke kuda tu?

SONY DSCTak payahlah kut… kaki hang pendek

SONY DSCKita amik gambaq je lah ya

SONY DSC
Lagipun, tiket habis

Kami kemudian berjalan-jalan di luar tepi waterfront.

SONY DSC
Ada patung sailorman saya rasa ni

SONY DSC
Cubaan menjadi salah satu sailorman

SONY DSC
Suasana taman di waterfront

SONY DSC
Ada pengamin atau pemain muzik taman. Boleh dengar macam-macam lagu di sini dengan syarat mainkan sendiri dalam kepala hang

burungtaman
Kat taman banyak burung putih

pelampung
Pelampung besar penanda jalan di laut barangkali

seaffodkapal
Di hujung jalan ada tempat makan order dari chef atas kapal

partikapal
Ada juga kapal untuk buat parti. Saya katakan kepada isteri saya yang dulu sebelum kahwin saya tak ada bachelor party dan teringin sekali buat bachelor party atas kapal bersama perempuan yang memakai bikini 2 piece. Isteri saya kata good luck.

Screen Shot 2016-06-09 at 10.25.01 PM

Setelah habis pusing waterfront kami kemudian menyambung perjalanan lagi.

Bacaan Lanjut
https://www.geelongaustralia.com.au/waterfront/default.aspx

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *