Trunvelogue, KitabkeViktor : Erskine Falls

Di Lorne ni kalau anda gila air terjun, ada banyak air terjun yang anda boleh site visit. Agak banyak. Boleh checkidaud sini kalau nak buat listing air terjun. Tapi kalau nak tawaf semua satu hari memang tak cukup.

Makanya saya decide untuk pergi satu waterfall sahaja dan dalam banyak-banyak tu rupanya ada satu yang kira paling majestic dan paling highlight antara yang lain. Nama dia Erskine Falls. Kira air terjun ni skor markah 100/10 la kalau nak dibandingkan dengan air terjun yang lain.


Perjalanan menuju Erskine dipayungi pepokok

Daripada bandar Lorne, kena masuk dalam sikit dan perjalanan menuju ke Erskine ni agak makan masa dalam 30 minit jugaklah bawak van scooby doo. Jalan dia macam naik bukit turun bukit jugak dan ada juga jalan tepi gaung. Ini map dari Lorne ke Erskine Falls.

map

Bila sampai kawasan parking sebelum jalan kaki tu kitorang lunch dalam van dulu. EL pun dah macam meracau. So ada baiknya isi perut dulu sebelum hal-hal lain yang tak diingini berlaku. Bila dah kenyang, baru jalan kaki masuk ke air terjun.

Erskine Falls ni unik dia boleh view air terjun dari 2 perspective. Satu, tengok daripada atas, dan kedua, tengok daripada bawah. Kira yang first tu kita tengok air terjun ke bawah. Yang second tu kita tengok air jatuh dari atas. 

Feeling dia macam lain juga sebab tengok dua angle pada satu benda. Ini gambar dari atas. Sat lagi kita turun bawah tengok macam mana.

erskinefalls

So rupanya jalan ke bawah tu agak boleh tahan jauh juga. Lebih jauh lagi kalau kita bawa muatan 6 kilo kat dada kita. Nasib baik isteri saya ada beli selendang baby tu so taklah lenguh sangat dukung EL. Turun dah jackpot. Nanti nak naik balik karang, lagilah jackpotnya.

SONY DSC

Bila dah sampai bawah itu, ini video air terjun dia. Dari jauh dah sejuk. Ikutkan hati macam nak pergi sana tadah air dia nak buat minum yelah dah turun jauh-jauh. Tapi bila fikir kang buatnya tergelincir masuk dalam air tu masak saya.

So last-last layan air terjun dari jauh je. Nak puaskan hati, amikla gambar banyak2. So kat sini semua kamera saya telah saya gunakan. Sony, iPhone, Go Pro, semua saya on sebab turun jauh.

DCIM100GOPROGOPR0604.

EL dah mula meragam

DCIM100GOPROGOPR0600.

Potret Keluarga

SONY DSC

Cubaan nak kenalkan EL dengan awek tapi EL macam…. I dont care and all I want is only my biscuit

Dah puas semua, kitorang pun make a move dan balik semula ke van. Isteri saya kena tinggal kat belakang sebab sakit lutut he he he he. Sakit lutut ke sebab ada lemak banyak tu ha ha ha ha

erskinefalls7

Oh lupa nak bagitau, dekat parking kereta Erskine Falls ni ada pokok besar yang kalau anda nak bertapa kat dalam tu boleh cuba. Saya tengok macam kalau malam-malam duduk dalam pokok ni boleh jumpa Elf gayanya. Ni side tepi. Nampak tak lubang kat belah kiri tu. Macam mulut. Lepas tu ntah kutu mana buat mata dia dua, pastu pulak macam ada telinga. Memalam boleh sembang dengan pokok ni kalau tade keja.

erskinefalls8
erskinefalls9
Di telan pokok belah pokok bertangkup

Ok. Sebelum saya sambung lagi, sebenarnya salah satu daripada waterfalls yang ada ni (bukan Erskine) ada track untuk trail run. So kalau anda berpeluang ke sini, maybe anda boleh plan untuk trail run dalam salah sebuah waterfalls ni. Agak cara jugak sebenarnya tapi since saya malas nak bawak 2 kasut, so tinggal angan-angan je lah.

Ini info dia. Kalau anda pergi jangan lupa tinggalkan doa kat situ supaya saya ada peluang pergi juga. :D. Nak detail, pi sini.

Screen Shot 2016-06-22 at 4.25.56 AM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *