Trunvelogue, KitabkeViktor : Flatlay

Selesai makan, perut dah kenyang dengan ucapan Alhamdulilah (ye ye je), saya pun sementara isteri saya kemas dapur bagai, saya tidurkan EL. EL ni kalau nak tidurkan macam-macam tektik nak kena guna. Macam-macam jampi nak kena hembus, baru dia tidur. Buas betul. Bayangkan dalam van kecik ni dia nak tawaf kedepan belakang kedepan belakang. Haiiiishhh…

Agak dah lalok dia pun tidur. So saya pun ambil peluang untuk buat Flatlay. Bab kata Remin dalam posting virgin Marathon dia, flatlay ni bukan untuk nak tanyang harta larian kita (walaupun kengkadang ada niat macam tu) tapi sebenarnya lebih kepada untuk siapkan barang-barang untuk kita nak lari esok. Takde la menggelabah bagai esp. kalau dah bangun lewat.

Tapi yang kelakarnya malam tu, saya dah flatlay bagai, baru saya teringat. Sikit lagi saya nak tidur atas tilam ni. So flatlay saya agak sia-sia sikitlah sebab last sekali kena bungkus semua masuk dalam plastik. Esok masa nak siap bawak keluar dari plastik dan pakai. Tapi at least semua dah setempat la. Ini flatlay untuk esok. Personally ini antara flatlay yang saya paling suka sebab tak berapa nak flatlay sangat sebab tak muat sampai kena letak kasut tu kat bawah. Lepas tu pulak nak amik pic flat dari atas pun tak boleh sebab angle tak cukup tinggi. Lepas tu pulak ada makhluk EL kat sebelah dah terbungkang tidur. 

Oh ya. Saya ada beli dua perisa gatorade yang saya tak pernah rasa. Kat Malaysia memang saya layan Gatorade je esp. Gatorade ungu. Yang kat sini ada pulak warna biru dengan merah. Actually saya ada buka dan rasa sikit dan saya dapati macam rasa yang biru dengan merah ni lebih kurang sama je. Tak de beza pun. Tapi kalau tanya saya mana lagi sedap ungu ke biru ke merah, saya rasa tetap ungu yang paling power. Biru ngan merah ni cam pelik semacam je dia punya masam. Tapi dah beli…. kena la minum. Mahal pulak tu. Haram.

***

Ini adalah peta travelling untuk hari ni.

mapday3b

Day 3, 
H – Angelsea Caravan Family Park ( 2nd Campsite )
A – Split Point Light House
B – Lorne Beach Book
C – Erskine Falls
D – Apollo Bay Holiday Park

Total driving distance from H to D, 95 KM

***

Esok adalah larian Great Ocean Road Half Marathon saya. Saya pejam mata dengan seribu serapah dan doa, agar esok saya bangun awal dan diberikan kekuatan untuk berlari di tepi ocean, sehingga habis.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *