Trunvelogue, KitabkeViktor : Flight Delay

Screen Shot 2016-05-29 at 11.39.51 PM

Saya akui yang saya agak last minute untuk beli tiket flight dan sebagainya. Ada banyak kerugian di situ. Mungkin, kalau beli lagi awal, lagi banyak yang saya dapat jimat.

Setelah mengambil kira semua hal, akhirnya saya memilih untuk terbang bersama MAS. Antara sebab utama adalah :

  1. Saya first time travel dengan baby. So saya kira dan pasti layanan MAS lebih baik dari Air Asia. Travel time adalah 8 jam dan kalau keselesaan tak berapa nak selesa, buatnya anak saya mengamuk agak menggangu orang lain juga.
  2. Isteri saya book bassinet untuk El tidur. Bassinet ni free of charge tapi sebab nak dapat seat sebelah-sebelah saya dan isteri, so kena tambah RM150 per trip (which is RM300 pergi balik)
  3. Harga lebih kurang dengan Air Asia bila tambah2 untuk Air Asia tu

So total flight ticket untuk saya, isteri dan anak adalah RM 4696.80. Ini detail dia :

Screen Shot 2016-05-29 at 11.40.05 PM

Saya juga telah sign up dengan Enrich Miles tu dimana point dari pembelian tiket flight boleh ditukar dengan barang-barang atau tiket atau apa benda ntah yang lain. Tak silap saya 3500 point bernilai RM50. Nanti bebila saya tengok balik dengan detail apa ke benda Enrich Miles ini. Namun yang pasti, ada dashboard untuk check point bagai dan boleh pergi ke sini.

Screen Shot 2016-05-29 at 11.55.58 PM

Makanya petang itu kami ke airport dihantar oleh Mas Mujammil. Asalnya nak naik teksi je dan kos untuk teksi dari Kinrara ke KLIA1 adalah RM70. Tapi Mas Mujammil beria nak hantar so saya tak boleh hampakan harapan dia.

Kami tiba di KLIA1 dengan kemewahan masa yang banyak. Dengan santai, saya berjalan masuk setelah mengucapkan goodbye dan terima kasih kepada Mas Mujammil. Mula-mula sekali saya nak balut beg saya. Kali ini saya bawak beg naik gunung saya Kathmandhu so kenalah wrap dengan plastik. Bag ni bag kain dan takde tempat nak padlock.

Setelah wrapping beg dengan plastik (RM13.00) dan check in, saya sempat untuk tukar duit sikit lagi di Airport last minute. Saya dapati, tukar duit di Airport mahal sikit berbanding dengan yang saya tukar mula-mula di Giant berdekatan dengan rumah saya. Dengar cerita juga, selain dari Midvalley, di Mines Shopping Centre pun murah juga tapi saya tak pernah tukar duit di sana.

IMG_6925

Anyway, saya kemudian masuk ke dalam dan urusan cop passport adalah di kaunter sebab ada baby. Saya tengok Puan Imigresen tu check juga muka baby sama ke tidak dengan passport tapi dia taklah suruh baby ni datang dekat pun. Cukup sekadar check dari jauh dan seingat saya El waktu itu dalam stroller.

Kami kemudian masuk ke dalam sebelum pusing-pusing kedai mainan dan tengok apa yang patut. Saya seboleh-boleh tak mahu El tidur lagi dan cuba untuk memastikan yang El tetap jaga. Ini memang taktik saya dan hanya benarkan dia tidur bila lagi 15 – 20 minit flight nak take off. Ini semua sebab tanak El sakit telinga akibat perubahan pressure dari darat ke udara. Ada tips yang isteri saya baca untuk baby kalau dia tak tidur, sumbat puting biar dia nyonyot.

IMG_6927
Muka dah lalok tu tapi harap sampai besar EL lalok bila tiap kali masuk kedai mainan 😛

Belum sempat Gate dibuka pun saya sudah berada di depan menunggu. Entah kenapa, saya seakan merasai yang macam ada sesuatu tak kena sahaja. Selagi tak fly, selagi tu saya rasa tak aman dan tenteram. Kami pun duduk di kerusi yang berdekatan dengan Gate Boarding dan bergilir-gilir main-main dengan EL agar El tetap aktif supaya letih. Kalau El letih, nanti dalam flight dia tidur taklah dia cranky sangat.

Apabila Gate Boarding dibuka, maka berduyunlah orang beratur untuk masuk. Di sini adalah last check oleh Pegawai Airport takut-takut kalau penumpang ada yang bawak bom bagai. Biasanya last check ni yang lebih ketat berbanding check yang kat depan tadi. Kat sini sampai kena buka tali pinggang. Depan tak pun.

Bila dah masuk tu tunggu kejap dan tak dan berapa lama, flight dah ready dan penumpang pun mula beratur untuk masuk. Oleh kerana saya dengan baby, maka saya antara yang awal dipanggil masuk dulu selain dari orang – orang tua. Tak silap saya Air Asia dulu macam ni juga tapi sekarang macam dah takde sebab kalau nak masuk awal kena bayar lebih.

Sejurus masuk, pramugari terus sahaja datang dan memberi tahu saya bahawa bila flight dah take off nanti baru dia datang balik untuk pasang bassinet. Rupanya time nak take off dan landing, bassinet tak boleh pasang. Untuk keselamatan baby.

Setelah selesai isi bag hand carry semua saya pun duduk sambile berzikir baca doa dan bertaubat kalau-kalau kapalterbang meletup dan saya mati. Namun, ntah kenapa, kali ini saya rasakan agak lama betul saya berzikir dan kapal tak juga take off.

Oleh kerana mulut sudah lenguh berzikir dan berdoa, maka saya pun cuba menaikkan monitor tv sisi di kerusi itu dengan harapan nak layan movie dulu. Baru saya pilih-pilih cerita, tiba-tiba kapten kapal membuat pengumuman bahawa kapal ada masalah teknikal sikit dan sedang tunggu engineer untuk datang baiki. Mungkin take off akan lambat sikit katanya.

Saya pun start tengok movie apa yang ada last sekali saya pilih Deadpool. Tengah-tengah layan tu agak beberapa kali juga kapten kapal bagitau yang masalah teknikal sedang diselesaikan. Last-last sekali kapten kapal buat pengumuman yang kami semua kena tukar flight sebab masalah teknikal tu tak boleh solve.

Oh ya, by the way, sepanjang tunggu masalah teknikal tu nak di solvekan, agak kembung juga minum air oren pramugari bagi. MAS ni layanan dia memang baik betul. Kalau ada sapa yang marah tu saya ingat mungkin hati komunislah.

SONY DSC
Maka berduyun-duyunlah kami para penumpang turun balik ke Boarding Gate dan kemudiannya berpindah ke Boarding Gate lain sebelum sekali lagi melalui proses check bawah gerbang detector besi itu.

Agak dalam pukul 2 pagi akhirnya barulah flight take off. Asalnya patut dalam pukul 9:50 so ada delay selama hampir 3 jam. Saya tengok El Lukh dah tidur lama dah dan mungkin dari riak wajah dia maybe tengah mimpi makan buah pear besar gajah agaknya.

SONY DSC

Kapal kemudian terbang meninggalkan KLIA1 untuk ke Tullamarine Airport Melbourne. Cuaca di luar adalah seperti biasa dan tidak ada ribut atau taufan. Melalui tingkap saya melihat keluar dan saya terfikir. Apalah sangat flight delay 2 – 3 jam, berbanding, dah bertahun saya delay tak keluar travel dengan isteri saya. Last dulu pun kami pergi Bali je itu pun ntah tahun bila.

 

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *