Trunvelogue, KitabkeViktor : Kedai Buku Lorne

Suasana Bandar Lorne

Sebelum sampai Apollo Bay, ada satu lagi bandar kecil iaitu Lorne. Saya baca kat web, ada banyak juga attraction di Lorne ni. Salah satunya adalah Kedai Buku Lorne. Oleh kerana isteri saya sangat sukakan buku, so saya decide untuk singgah kedai buku ini. Nama dia, Lorne Beach Book. Saya fikir, mungkin ada sesuatu yang “rare” di kedai buku ini maka saya pun ke sana. Mana tau ada jumpa buku sakti ke apa ke. 

Bila masuk kat dalam tu hmmmmmmmmmm…. ok la. Buku dia tu. Sama macam kedai buku yang lain. Takde special sangat pun. Banyak-banyak buku saya ada tengok satu buku ni tapi tak beli pun. Mungkin sebab feel larian tinggi, so buku-buku yang ada elemen lari dok memanggil saya. Daripada gambar luar macam cerita pasal runner. Tapi bila belek dalam, rupanya buku ni pasal biografi ada seorang minah ni dan sebab saya tak berapa nak kenal sangat so saya letak balik buku ni kat rak dia.

9781742708669

Anyway, pusing punya pusing last-last terbeli satu buku untuk EL. Ini adalah contoh buku-buku lain yang saya pun tak tau apsal saya amik gambar dia.

buku_lorne

Bila tengok isteri saya tak beli buku apa pun untuk cam saya rasa nampaknya kena singgah lagi memana kedai buku ni. Takpe. Nanti adalah tu buku yang dia suka.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *