Trunvelogue, KitabkeViktor : Larian Pagi pertama + Campsite kedua

Di Malaysia nak bangun pagi punya payah. Saya ingat setahun cuma ada berapa kali je yang saya bangun pagi. Macam last year, saya bangun pagi hanya untuk race event, hari raya aidilfitiri, (raya haji tak) dan hari dimana isteri saya sakit perut nak beranak. Lain dari 3 hari ni semua saya bangun lambat.

Tapi berbeza bila kita travel rupanya. Body clock kita seakan reset. Ini memang pelik. Ntah kenapa. Mungkin kerana kita dah keluar kos yang tinggi, so menghabiskan masa dengan tidur adalah satu amalan syaitannirrojim.

So hari ini hari ke 3 saya di Tanah Australi dan hari ke 4 journey. Semalam saya gagal bangun pagi untuk lari sebab terlampau sejuk dan terlampau selesa tidur dalam campervan untuk pertama kali. Hari ni saya harus kena lebih tegas dengan diri sendiri.

Saya mulakan pagi saya dengan bertapa juga. Actually banyak faedah bertapa ni. Kalau tak, P.Ramlee tak buat cite Pendekar Bujang Lapok tu pergi bertapa. Tak caya try la sendiri.

Selepas dah macam cergas sikit tu, so saya mulakan larian saya. Ini outfit saya pagi ni. Sejuk, so kena pakai sarung tangan.

Bila siang ni baru saya perasan yang campsite kedua ni agak level surreal dia punya pokok-pokok dan tumbuhan. Kali terakhir saya berperasaan surreal dengan tumbuhan ni adalah masa saya panjat Gunung Irau di Cameron Highlands dulu. Rupanya parking van celah pokok.

Campsite kedua ini nama dia Anglesea Beachfront Family Caravan Park. Ia merupakan salah satu campsite yang berbenderakan Tops. So semalam dah try Big 4. Hari ni try yang lain pulak. Harga satu malam adalah AUD39. Saya fikir, pagi ni saya nak lari keliling campsite ni. So saya tak letak berapa KM pun target. Dan sambil lari, saya boleh amik gambar.

Ini contoh space parking yang kosong kalau tak ada van parking. 

Pokok- pokok kat sini gaya macam nak tumbang belaka. Agaknya angin tiup kuat gila kut? Ntah.

Semasa saya lari tu tiba-tiba saya ternampak lorong keluar dari campsite ni. Ada pagar. Hati saya macam kuat betul suruh keluar dari campsite ni ikut pagar tu. So saya fikir, ahhh what the hell. Saya pun buka pagar dan lari keluar.

Sekali bila saya lari skit rupanya kat hujung tu ada pantai.

Dan bila saya sampai tepi pantai tu rupanya matahari tengah nak naik….. saya macam… perghhhh… dia punya pemandangan… Masya Allah…. saya tak pernah rasa apa yang saya rasa masa ni. Gila. Ini salah satu gambar dia.

Ini pula video yang sempat saya rekod.

Oleh kerana feeling saya waktu ntah macam mana nak describe ntah so saya amik lagi 360 degree panorama. Masa saya lepak situ ada seorang mamat ni tangkap video sunrise, pastu ada couple ni pulak laki dia main drone sambil bini dia kutip apa ntah.

sunrisedrone

Saya kemudian sambung larian saya dan masuk ke kawasan campsite balik. Hati saya macam berbunga-bunga ntah kenapa saya pun tak tahu. Barangkali ada sesuatu yang baru lahir dari hati saya pagi itu.

So saya sambung lari lagi dan investigate keadaan sekitar. Ada macam-macam jenis cabin kat sini. Ada kabin yang bersambung dengan van goofy tu.

IMG_7183 IMG_7185

Tengah-tengah lari tu saya nampak Bugs Bunny lari dari saya. Ada la dalam 2 – 3 ekor. Mungkin satu family gamaknya.

IMG_7193

Sambil-sambil tu saya ada nampak ada satu 4WD ni. Teringat saya kat MatFordy saya di rumah. Hmmm…. tapi yang ni sport rim dia macam mari sungguh. Saya siap dengar dia panggil saya sambil cakap “Meh la abang meh la beli saya nanti cenggini”. Gila. Pagi-pagi lari dah dengar bunyi aneh.

IMG_7198

Tak berapa lama saya sampai kat satu kawasan yang emmmm … no wonder saya dengar bunyi-bunyi aneh. Rasa macam nak lari pecut straight masuk ke dalam nak tengok hujung tu ada apa. Tapi bila fikir kali kedua isteri saya ngan anak saya tengah tidur dalam van, tak jadi la pulak saya nak mara ke hadapan. Buatnya saya termasuk dalam dimensi Narnia ke lega.

Tapi serius. Kat sini memanggil dia memang kuat betul. Cam… tadi sport rim panggil, ok la saya tahu siapa yang panggil. Ini ntah sapa pulak yang panggil. Pernah rasa tak… satu tempat yang sejuk… angin dia macam buai kita… dan kita pulak nampak satu jalan lurus depan kita.

seram

Saya teruskan lagi larian saya… dan ambil beberapa gambar lagi. Misalnya gambar awan.

Dan kawasan sekitar yang sewaktu dengannya.

Elok bila saya sampai balik ke tempat saya parking van, saya tengok ada serigala tengah tunggu saya. Bapak besar badan dia. Ada macam besar kambing. Saya cam habis aku hari ni. Kalau dia terkam gigit aku memang naya je. Kenapalah binatang yang comel (bugs bunny tadi) lari dari aku sedangkan binatang yang ganas tunggu aku untuk breakfast?

Bila saya datang dekat rupanya bukan serigala. Tapi seekor Husky. Yang saya heran Husky ni memang macam jinak lain macam. Dia datang dekat saya main-main mintak belai. Saya pun panggil isteri saya keluar. Bila nampak isteri saya wah makin galak dia pusing-pusing lompat-lompat.

Saya bukan apa. Memang saya ada pasang niat satu hari nanti nak bela Husky ni kat rumah. Moyang saya dulu kat kampung bela anjing. Saya ingat lagi masa tu anjing ni makan nasi kat bawah rumah. Rumah kampungkan tinggi.

husky01
husky02

Tengah dok leka main-main rupanya Husky ni jiran sebelah yang punya. Pulak tu baru terhegeh-hegeh nak keluar bawak tali nak tambat anjing dia. Kalaulah anjing dia ganas memang lega saya hari tu. Saya kemudian berbual dengan tuan dia pasal Husky ni. Umur dia baru setahun rupanya. Nama dia Demon. Saya tengok tuan dia macam cemas jugak la mungkin dia ingat anjing dia nak pindah duduk dengan saya. Tapi mungkin juga dia cemas takut anjing dia gigit saya. Entahlah.

husky03

So sebagai kenangan, ini gambar saya dengan Husky yang bernama demon. Teringat kat anjing yang saya bela kat ofis saya. Rujuk gambar EL dengan Anjing yang saya bela kat ofis bawah tu.

Actually dalam quran memang ada cerita pasal anjing. Ada 3 ayat je yang cerita pasal anjing daripada 6 ribu lebih ayat dalam quran  Surprisingly, dari 3 ayat ni, hanya 1 je ayat yang pasal anjing konteks dia negatif. Lagi 2 tu positif je. Toksah nak kalut sangat la.

Dan saya hairan kenapa sesetengah orang takut gila dengan anjing. Macam, kalau orang melayu pegang anjing ni esok nak kiamatlah. Dalam quran tu, kalau tak silap saya (ikut kajian saya dulu la), perkataan negatif yang paling banyak dihighlightkan adalah “Ingkar”. Ada 344 perkataan ini ulang-ulang kalau ikut quran melayulah and yet, anjing dengan babi yang kita perbesarkan dalam hidup. Baca quran ke tidak depa ni? Ini mesti illuminati dah meresap dalam kepala ni yang suruh kita fokus pada benda yang remeh, instead of benda yang lebih penting. Tapi takpelah. Masing-masing punya hal.

Untuk pengetahuan, zaman dulu ada satu Sultan ni, tak jauh pun dekat je, Sultan Negeri Serambi Mekah. Dia memang nak bela anjing. So satu hari dia panggil semua ulama dan ahli fikir negeri untuk buat discussion sebab dia nak tau, boleh ke tak bela anjing dalam Islam. Finally, ulama mufti dia cakap apa? Ini gambar dia, masuk paper lagi. Yang bintik-bintik tu pun bergambar sekali. Tapi Sultan waktu tu tak jumpa Husky. Kalau jumpa Husky yang bintik-bintik tu turun taraflah jadi jaga kebun. 😀

988284_10153075570725371_212675925_n

But anyway, Demon dan tuannya kemudian balik ke van mereka agaknya breakfast dan saya bersiap untuk mandi. Saya kemudiannya breakfast sebelum start untuk bertolak sambung balik journey.

Ini adalah log larian saya pagi itu.

Screen Shot 2016-06-14 at 2.09.53 AM

Ini pula adalah google map untuk Angelsea Caravan Park. Memang tepi pantai pun.

Screen Shot 2016-06-14 at 2.11.09 AM

*** Tambahan

Selain daripada Husky, sebenarnya banyak binatang yang saya tengok pagi ini. Pertama, burung yang datang terbang di pokok dan lepak – lepak sambil berbual sesama sendiri. Oleh kerana saya ini bukan dari jenis yang kenal sangat binatang, saya rasa burung ini adalah burung kenari putih agaknya. Ntah.

burung

Saya siap rekod bunyi burung ni sebab besok bila EL dah besar saya nak bagitau dia yang dia menangis dan mengada bunyi dia macam burung ni la.

Satu lagi macam ayam tapi bukan ayam. Ntah burung apa ntah. Tapi warna putih jugak.

ayamputih

And then ada satu lagi burung, tapi ni hitam putih. Ce perati betul-betul kat mana dia menyorok.

burunghitamputih

Banyak betul binatang saya jumpa hari ni. Warna semua bendera pahang. Hmmm….

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *