Trunvelogue, KitabkeViktor : Menolak Rezeki

Kami sampai di Airport Tullamarine dalam jam 10 lebih. Seingat saya dulu masa first time saya datang Australia, dia punya check macam nak gila. Banyak kali juga kami kena panggil dengan officer dan disoal selidik apa tujuan datang, nanti nak duduk mana dan sebagainya. Setiap kali lepas soal selidik, officer akan tanda sesuatu pada kertas imigresen yang kita kena isi itu.

Namun kali ini agak berbeza. Mungkin kerana datang dengan baby, saya lihat officer dia macam lebih kurang sahaja. Beg kami tak dibuka pun dan laluan sangat mudah hingga keluar airport. Isteri saya siap buat checklist barang lagi mana tahu kalau-kalau ada masalah boleh tunjuk list barang apa yang kami bawa.

Satu lagi, oleh kerana travel kali ini agak hampir 3 minggu, isteri saya ada bawa banyak ubat SLE dia. So drugs ni pun kena ada approval letter dari hospital. Kalau takde, dibuatnya officer tu rampas tak ke naya isteri saya. Untuk pengetahuan, setakat zaman ini, tidak ada cure untuk SLE lagi ditemui dan SLE adalah penyakit yang harus dikawal melalui drugs setiap hari. SLE ni adalah penyakit auto immune hyperactive antibodi. Dalam bahasa mudah, antibodi si pesakit menjadi gila dan menyerang apa jua sel dalam badan. So untuk menidakgilakan dia, kena kawal melalui drugs. Kira, isteri saya cam penagih dadah la. Sian dia. 😀

Apabila selesai segala mak nenek imigresen airport bagai, kami keluar dan mula mencari teksi. Saya lihat nak naik teksi tu kena beratur dan ada officer khas tunggu untuk agih-agihkan penumpang kepada teksi yang datang beratur.

Bila tiba turn kami, officer yang muka dia gaya pejuang taliban memberi salam brother, so saya pun jawab salam brother. Seorang muslim, dan officer ini agak ramah juga dan tanya kami nak kemana. Saya menunjukkan address dan memang saya dah tahu yang lokasi office Apollo itu kurang dari 5 KM dari airport. Saya memang dah arrange untuk pickup campervan sebaik sahaja turun dari airport.

Officer taliban itu kemudian menghantar kami ke petak 5 dimana seorang driver teksi tua bermuka masam sedang menanti dalam kereta. Apabila saya sampai dan mengheret beg Kathmandhu yang gila berat, saya dapati officer tua bermuka masa dan ketat ini semacam acuh tak acuh untuk layan kami. Saya kemudian memberi tahu dia kemana kami mahu pergi dan dia macam tak berapa nak faham.

Saya memberikan kertas print out resit campervan. Apabila dia baca, seraya dia memberitahu kepada saya yang dia tidak mahu hantar kami. Katanya, tempat ini terlalu dekat dan tidak berbaloi untuk dia sebab dia dah tunggu di airport hampir 2 jam. Saya tanya dia so macam mana? Dia suruh saya naik tingkat atas untuk dapatkan teksi di atas kerana driver di atas menghantar penumpang ke airport dan pasti boleh terus ambil passenger.

Dalam hati saya berkata ada juga orang yang memilih rezeki rupanya. Tetapi tidak mengapa. Jika dia menolak saya sebagai passenger yang memberi rezeki, mungkin saya pula tidak ada rezeki untuk naik teksi dengan dia. Saya kemudian mengheret semula beg saya yang berat dan kami naik ke atas bersama stroler bagai. Setelah beberapa tapak jauh, saya terdengar officer taliban menjerit kepada driver teksi tua masam itu kenapa. Lalu dirver teksi tua masam itu berkata yang kami naik ke atas sebab tertinggal barang kononnya.

Mobility untuk dari satu tempat ke satu tempat bersama 1 beg 70 liter, 1 begpack 30 liter, satu stoller + baby, adalah bukan mudah rupanya. Ditambah dengan cuaca yang sangat sejuk, angin yang kuat dan hati yang panas, saya kira baru sampai sahaja dah kena uji? Saya layankan saja dan kami kemudian terkial-kial mencari lif untuk naik ke atas.

Apabila jumpa, kami naik dan terus mendapatkan teksi yang baru sahaja menurunkan penumpang. Namun, lain pula ceritanya. Driver teksi muda itu dengan sopan memberitahu yang dia tak boleh ambil penumpang di sini kerana semua penumpang kena naik di bawah. Ini undang-undangnya. Saya kata kepadanya saya naik atas ini sebab driver di bawah yang suruh. Dia kemudian minta saya tanya kepada officer airport yang ada di situ sama ada boleh atau tak saya naik dengan dia. Saya lihat ada lagi seorang officer yang memakai costume sama dengan officer taliban di bawah itu dan saya segera menghampirinya untuk bertanya.

Seperti yang saya sudah agak, officer itu beritahu saya tidak boleh dan saya kena turun ke bawah. Saya cuba bernego dengannya dan menceritakan hal yang baru berlaku kepada kami. Nyata, dia seorang yang menurut undang-undang dan mempunyai prinsip.

Hati saya mula nak panas. Tapi kerana angin sejuk tiup kuat sangat, so panas dia tak seberapa. Officer berprinsip itu memberi tahu yang dibawah ada bas free dan boleh tanya officer dibawah untuk naik di mana.

Kami kemudian mengeheret semula segala bagai ke bawah dan mencari di mana bas free tersebut. Oleh kerana macam nak marah tapi tahan, saya duduk kejap isap rokok menenangkan diri. Saya rasa yang saya marah bukan sebab kena naik turun bagai. Tetapi yang saya marah sangat adalah driver teksi masam tadi itu kerana saya tak sangka layanan welcome kami ke Australia sangat menguji iman.

Isteri saya bila lihat saya diam dan tak bercakap dia faham sangat. Lalu dia cuba mendapatkan officer yang dimaksudkan dan bertanya di mana bas free itu. Apabila melihat kesungguhan isteri saya itu tiba-tiba hati saya menjadi sejuk. Kata hati saya, ini percutian untuk saya bawa dia ke Australia. Tak patut dia yang susah. Cepat-cepat saya memadamkan rokok sampoerna yang baru separuh itu lalu pergi mendapatkan dia. Saya katakan padanya, nanti kalau naik bas walaupun free, ada kemungkinan dia tak lalu tempat yang kita nak pergi tu.

Kami kemudiannya pergi balik ke officer Taliban dan terus sahaja menceritakan hal yang sebenar. Officer Taliban tadi macam terkejut dan beritahu saya yang dia akan sound driver teksi masam itu esok sebabkan attitudenya.

Malu mata mungkin, officer Taliban itu minta saya no phone campervan untuk call dan tanya kalau-kalau mereka boleh jemput saya di airport. Menurut officer taliban itu, memang ada driver teksi yang tak mahu hantar passenger lebih-lebih lagi kalau distance dia dekat.

Bila bercakap dengan campervan office, nyata tidak ada servis untuk jemput dari airport. Lalu officer Taliban menghantar kami ke teksi lain pula dan kali ini dia yang bagitahu driver teksi tersebut untuk bawa saya ke mana.

Saya kemudiannya mengangkat beg masuk dalam bonet. Teksi driver kedua ini pun lebih kurang ketat juga muka dia bila tahu yang saya hanya nak ke tempat yang dekat. Tapi mungkin sebab officer Taliban yang dah beri arahan, mungkin dia takut kena tembak atau kena bom nanti kalau ingkar.

Perjalanan tidak sampai setengah jam, kami akhirnya sampai di ofis campervan Apollo. Kesilapan saya satu lagi adalah tidak tanya berapa AUD dari airport ke sini masa awal nak naik tadi. Kelam kabut. So, damage yang kami kena adalah AUD 25.

Screen Shot 2016-05-30 at 11.38.59 AM
Yang hijau tu airport, yang merah tu campervan office

***

Setelah bawa turun beg dan bayar semua, saya katakan kepada isteri saya begini. Mungkin tuhan bagi suwey awal-awal ini semua untuk buang semua negatif energy yang ada agar lepas ini travel kita smooth dan menggembirakan. Isteri saya tersenyum dan mengangguk.

Kadangkala sesuatu yang berlaku itu mungkin teruk dan negatif kepada kita. Tetapi kita tidak tahu, mungkin sesuatu yang positif dan sangat happiness, sedang menanti giliran untuk kita. Dan actually benar. Inilah kali terakhir perkara buruk berlaku kepada saya dan isteri sepanjang kami di Australia. Yang lain, semuanya indah belaka.

TQ God. U memang macam ni kan. U bagi teruk-teruk…. sebab U nak bagi yang best-best.

BTW, untuk driver teksi masam itu, saya maafkan kamu. Kerana sifat ignorance kamu, segala yang negatif pada saya telah terhapus. Saya doakan kamu mendapat passenger yang membayar kamu dengan bongkah emas agar bongkah emas itu boleh membahagiakan kamu jika itu yang kamu tunggu selama ini. Menunggu passenger selama 2 jam mungkin memenatkan tapi jangan lupa, ada orang menunggu  8 jam + 3 jam delay untuk naik teksi kamu.

Rezeki, bukan sekadar duit.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *