Trunvelogue, KitabkeViktor : Passport Baby

Ada dua hal saya lupa. Pertama passport. Dan kedua adalah Visa. Ok, ini tentang passport dulu.

Passport saya dan isteri dah pun renew last year kalau tak silap. So passport mati tahun 2020 esok. Lama lagi. Dengan harapan, boleh banyak travel lagi. Tapi yang belum ada passport adalah EL Lukh anak saya. So, oleh kerana sibuk di ofis, kerja meng-renew passport ini saya serahkan pada isteri saya.

Seingat saya, zaman saya dulu, passport anak ni boleh disekalikan dengan passport mak. Sebab masa saya kecik, passport saya sekali dengan passport mak saya. Tapi sekarang rupanya passport dah masing-masing.

Bagi yang duduk di KL dan sekitar memang dah tau bahawa nak renew passport ni memang satu kerja yang leceh. Sebabnya, ramai gila orang renew passport pada hari yang sama. Paling senang nak renew passport ini adalah time balik kampung. Macam saya, sama ada Jitra, atau Raub, kalau pergi memang orang langsung tak ramai. Tapi saya tak pernah renew di Raub lagi. Dan, err ada ke tempat renew passport di Raub?

Berikut adalah step by step untuk buat passport anak.

1. Amik Gambar
Gambar kena ambik dulu kat mana-mana kedai sebab tak silap saya tempat yang buat passport tu mungkin ada atau tidak ada pun untuk amik gambar. Lagi nak amik gambar baby, so kena expect yang memakan masa yang agak lama.

Bila dah makan masa lama, untuk amik gambar dan buat passport dalam hari yang sama agak berisiko dan buang masa. So ada baiknya amik gambar dulu hari lain, then buat passport hari lain.

So saya pergi amik gambar EL Lukh dulu di kedai gambar dekat dengan rumah saya. Memula cina jurugambar tu cuba ambil tapi lama-lama dia fedup sebab EL Lukh tak memberikan kerjasama yang baik sebagai model. Asyik nak bergerak sana sini.

Sudahnya, saya minta kamera dari dia dan saya sendiri ambil gambar EL Lukh. Kebetulan masa tu EL baru pandai nak duduk so nak suruh duduk sendiri tak berapa nak confident. Isteri saya kena pegang dari tepi.

Mula-mula duduk atas kerusi tapi macam banyak betul pergerakan dan benda yang EL Lukh nak buat, so last sekali saya suruh isteri saya dudukkan EL atas lantai. Saya kemudiannya meniarap untuk mendapatkan gambar muka EL yang paling terbaik.

Agak banyak kali juga nak cuba dapatkan gambar terbaik. In fact, yang saya ambil last sekali tu pun macam saya tak puas hati lagi sebab saya rasa macam kepala EL senget sikit. Tapi cina jurugambar tu cakap boleh, dan lagipun kedai dah nak tutup (saya datang petang, siap lepas maghrib) so saya ikutkan sahaja.

Saya tengok gambar dia tak berapa sharp tapi lantaklah. So settle part pertama.

Processed with VSCO with f2 preset

Mula-mula jurugambar kedai yang ambil, tapi tak berjaya

2. Buat Passport
Part kedua pulak pergi buat passport. So isteri saya yang bawak EL pergi. Menurut kisahnya, rupanya ada kaunter khas untuk baby di Putrajaya. Maknanya takde la tunggu lama sangat dengan giliran adult. Tunggu dalam masa 10 minit lepas ambil nombor. Sambil tunggu giliran panggil tu, pergi sukat tinggi baby.

Ini adalah dokumen yang perlu disediakan sebelum pergi.

a. Dokumen asal & salinan surat beranak
b. Dokumen asal & salinan Mykid
c. Dokumen asal & salinan Ic penjaga
d. Gambar Baby 2 keping

Then bila nombor dipanggil, serah segala pada pegawai untuk di proses. Kemudian pergi buat bayaran di kaunter bayaran. Kat sini, baby potong que semua orang. Lepas settle, kena tunggu  satu jam untuk passport siap. Means, siap on the same day.

Baby takde scan ibu jari. Tapi baby kena bawak sekali la / hadir bersama. Even kat passport pun tak payah sign baby. Err… gila apa nak suh baby sign.

Dan di Putrajaya juga ada tempat nak susukan baby. So agak baby friendly. So ini address dia, dan satu lagi tak boleh apply online. Dulu boleh.

Screen Shot 2016-06-03 at 12.40.01 AM

Ini pulak EL tengah senyum masa kat Pejabat Imigresen tu. Macam tau-tau je nak pergi travel. Haiiiisshh. Masa abah amik gambar kau dulu kau tak senyum pun.

IMG_6473

3. Passport Holder
So bila passport dah siap maka confirmlah EL boleh ikut saya dan isteri. Tak risau la nak tinggalkan dia dengan tok mama dia atau uwan. Next adalah nak cari passport holder atau cover untuk passport EL. Sebab saya punya dan isteri memang dah ada. Cover ni bukan apa, kadang boleh simpan duit spare dalam cover tu macam saya ada simpan USD100 dalam cover passport saya. Kut emergency case ke at least ada duit kecemasan. So kalau dah 3 cover, ada duit kecemasan USD 300. Kecemasan ni macam-macam. Buatnya beg duit hilang ke apa, at least masa kita travel tu esok yang paling kita jaga gila-gila dan sentiasa ada dengan kita passport kita tu.

Kenapa USD100 bukan AUD100? Aha. Sebabnya kalau saya letak AUD100 karang mula la gatal nak belanja. Tujuan dia dalam USD sebab memang letak duit dalam cover tu untuk kecemasan. Dan sekali letak, tak kisah lah esok nak pegi memana pun memang dah ada USD 100 tu. USD kan global. Kenapa 100 tak 2.6 Billion? Yang ni bak mai kepala hang aku sekeh. Kalau aku kaya aku tak payah aku letak USD 100. Aku letak je kad kredit platinum.

Ini contoh passport holder kalau tak boleh nak imagine macam mana. Alah… kulit untuk passport tu la. Dalam boleh isi harta karun.

0802687771557a8d4e3989fe5bf08c25

***

Untunglah kau EL. 10 bulan dah ada passport sendiri. Kau esok kalau besar kalau belajar main-main abah tunjuk posting blog ni bagi kau insaf. Anak orang lain dah 18 tahun pun belum tentu ada passport. BTW, EL punya passport mati tahun 2021. By that time umur dia 6 tahun. Masa tu mesti kelakar. Passport muka baby lagi tapi awak tu muka dah kanak-kanak.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *