Trunvelogue, KitabkeViktor : Perjalanan darat, bermula

Urusan di pejabat Apollo agak makan masa juga. Mula-mula selesaikan hal bayaran. Masa bayar ni macam-macam benda depa terang. Esp. tentang insurans. As a customer, ada a few options untuk insurans van tersebut. Saya ambil yang paling murah. Tapi yang paling murah, adalah yang paling mahal sebenarnya.

Dia begini. Kalau nak bayar insurans yang memang betul-betul murah, security deposit dia makan ribu AUD. Kalau tak jadi apa2 misalnya tak accident so depa pulang balik deposit ni. Dan bayaran insurans harian dia memang murah. Tapi sebab saya fikir kalau saya letak deposit tinggi, dah macam mana saya nak belanja nanti sepanjang di Aussie? So saya pilih yang security deposit dia paling rendah, namun bayaran harian dia agak tinggi. Untuk insurans, saya bayar sebanyak AUD45 sehari. So 8 hari = AUD360.

apollo_campervan2
Apollo Campervan office, Melbourne

Setelah settle bayaran semua, Mel, staff Apollo yang entertain saya tu kemudiannya memberi saya 3 buah buku tentang campsite. Buku ini adalah buku directory dan contact info untuk semua campsite yang ada di Australia. Mel juga ada bagitau yang kebanyakkan campsite tutup jam 6 petang. So kalau nak book, better call sebelum sampai dan buat payment terus. Bila confirm, campsite admin akan letak kunci dalam sampul surat yang ditulis nama kita atasnya. Biasanya dia akan gantung sampul surat ni kat tingkap ofis sebelum masuk campsite.

Lalu Mel tanya, hari ini dah settle campsite belum? Saya kata belum. Mel kemudian offer untuk tolong bookingkan campsite pertama kami berdasarkan location yang kami akan settle down untuk hari ini. Saya katakan kepadanya, yang mana ok saya ok saja. Mel kemudian buat panggilan ke campsite tersebut dan saya kemudian membuat bayaran confirmation melalui kad kredit.

Saya akan ceritakan lagi tentang campsite pada posting akan datang.

Kami kemudiannya dibawa ke campervan kami. Case kami diberikan kepada staff lain yang saya namakan dia Awang Apollo. Awang ini kemudiannya menerangkan cara pengendalian van tersebut daripada cara nak bawak van, cara nak bukak katil, apa yang ada didapur hinggalah ke hal security yang berkaitan. Mujur saya dah tengok youtube sebelum datang so tak menjadi masalah sangat buat saya.

Setelah selesai, kami pun memulakan perjalanan. Oh sebelum itu, lupa. Salah seorang daripada staff Apollo di situ rupanya berasal dari Malaysia. Seorang pengkid, Minah Apollo ini berasal dari Sabah, namun sudah lama migrate ke Australia dan dah jadi warga Australia pun. Dia kata kepada saya yang dia sangat rindu untuk makan roti john. Pengkid yang loghat Aussie ini kemudian menunjukkan cara kepada saya untuk install baby seater sebab Awang Apollo tadi tu lupa nak tunjuk cara nak pasang dia macam mana.

***

Screen Shot 2016-06-06 at 12.16.54 AM

Day 1, 
A – Tullamarine Airport
B – Apollo Campervan Office
C – Geelong Riverview Tourist Park ( 1st Campsite )
Total driving distance from B to C, 90 KM

IMG_6942
Dah nak sampai Geelong

Hari first campervan road trip ni matlamat saya cuma 1. Nak sampai Geelong dan beli stock makan seminggu. Kami sampai Geelong macam dah gelap tak silap saya dan agak meraban mencari campsite tersebut. Rupanya ada 3 campsite sebaris dengan yang saya dah book tu. Dalam gelap tu saya terlepas dan terpaksa buat pusingan u-turn.

IMG_6943
Sampai campsite dah senja

Bila dah ambil kunci semua, saya masuk dulu usha site camping saya mana. Dah ok, kami keluar balik ke bandar untuk cari Supermarket. Pusing punya pusing saya jumpa Coles dan Kmart. Gaya dari jauh macam supermarket so saya drive in dan parking.

coles
Kmart & Coles, siang hari

Rupanya Kmart ni jual barang rumah. Macam baju, mainan, tv dan sebagainya. Coles yang supermarket dia jual barang basah dan barang makan. Memula masuk Kmart tu macam wow… apsal barang kat kedai cam tepi jalan camni design dia power? Rasa macam masuk ikea pun ada. Ni screenshot dari web Kmart tersebut. Kalau berkenan, boleh beli online. Tapi cam tak sure dia antar Malaysia ke tak. Harga dia pun kalau kali 3 duit kita, baru berapa tu…

kmartweb
So pusing-pusing, then saya beli selipar satu. Then saya dan isteri pergi ke Coles kat sebelah untuk beli barang dapur. Harga dia emmm…. boleh tahan mahal la kalau kita convert duit kita. Imagine Maggi satu paket besar yang ada 5 ketul tu AUD3 which is around RM9, kalau kat Tesco Malaysia baru RM3.79 untuk benda yang sama.

Screen Shot 2016-06-06 at 3.19.30 PM
Atas harga dari web Coles, bawah dari Tesco

Screen Shot 2016-06-06 at 3.24.54 PM

Kesimpulan dia, kalau gaji kita AUD, so murahlah barang sana. Tapi kalau gaji kita RM, mahal le. Dak gitu? Ini satu lagi contoh harga ayam pulak. Seekor dalam AUD 10.50, so duit kita dalam RM31.50. Tapi kalau tak convert, ayam dia lagi murah dari kita sebab kita kat sini seekor dalam RM17.00.

Screen Shot 2016-06-06 at 3.39.50 PM

Ini pulak harga cereal untuk breakfast kat Coles ni.
Screen Shot 2016-06-06 at 3.48.24 PM

Ni yang kat Tesco Malaysia, tapi 400 g. Agaknya oang putih breakfast makan banyak kut sebab depa juai 500 g per box.

Screen Shot 2016-06-06 at 3.49.18 PM
So, saya jaga EL, isteri saya do the shopping. Lepas siap semua tu kami pi bayar. Kaunter dia ada dua. Satu kaunter ada cashier, satu lagi self service. Yang self service ni sendiri scan sendiri bayar. Boleh bayar pakai cash, atau credit / debit card. Saya fikir punya amanah diorang ni. Kalau kat Malaysia buat cenggini alamat dia 3 hari bungkus supermarket.

IMG_6949
Isteri saya tengah nak pilih sayur

IMG_6950
Rasa macam nak cuba……

IMG_6947
Kaunter bayaran

IMG_6952
Stock seminggu damage dalam AUD90

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *