Trunvelogue, KitabkeViktor : Powered Site

Campervan ni ibarat rumah bergerak. So kalau dah rumah mestilah ada elektrik. Kalau rumah tu bergerak, dari mana nak dapat elektrik?

Setiap campervan ni ada 2 benda yang berkaitan dengan power. Pertama Main Power dan kedua bateri. Main power adalah bila kita connect kepada tiang di campsite manakala bateri pulak adalah pada campervan dan berfungsi hanya bila main power tak ada atau bila campervan bergerak (berjalan). Walaubagaimanapun, bateri ini akan recharge masa kita drive.

Now, sekarang kita focus pada Main Power. Di campsite seperti yang saya tulis dalam posting sebelum ini, kita boleh pilih sama ada nak space yang ada power atau tidak. Yang ada power, ada tiang supply elektrik dan yang tak ada power, tidak ada tiang supply elektrik. Macam mana bentuk tiang tu? Macam gambar kat bawah ni.

campervan01

Setiap tiang ini biasanya ada depan belakang means belah belakang tu untuk jiran kita. Belah depan kita punya. Ada campsite yang ada 2 source saya jumpa. Tapi di campsite ini, cuma ada satu source. Pada source tu ada switch untuk on atau off.

campervan02

Bila sewa campervan, dia akan bagi sekali kabel elektrik. Kabel dia ni bapak panjang macam boleh amik power dari site jiran kepada jiran kepada jiran kepada jiran kita. Punya panjang. So setiap kali cabut dan simpan, kena gulung betul-betul sebab nanti bila nak pakai next leceh nak un-gulung. Esp. waktu malam. Dah la gelap. Dan boleh makan masa lambat. Buatnya time hujan tak ke lega.

campervan03

So kabel ini akan disambung kepada campervan kita untuk dia supply elektrik.

campervan04

Ini adalah lubang untuk cucuk kabel di campervan kita. Biasanya sini betina dan yang jantan dekat tiang yang berdiri tegak tadi. Nak cucuk ke betina ni pun kena hati-hati dan make sure switch di tiang tadi off. Ada satu malam saya lupa nak off, saya nampak macam cahaya elektrik masuk dekat kepala kabel tu sebab kepala kabel tu transparent. Buatnya kena renjatan elektrik saya balik Malaysia baring tu dalam keranda.

campervan05

So pada campervan belah dalam biasanya ada dashboard atau meter untuk tengok bateri campervan kita tu dah charge banyak mana. Awal-awal tu saya dok tengok jugak meter tu tapi dah lama tu tak tengok pun. Asalkan setiap kali berhenti di campsite terus charge so patutnya no problem. Tak pernah pulak terjadi perkara dimana campervan tak cukup elektrik. Tak silap saya, kalau bateri fully charge, ia boleh bertahan selama 12 – 20 jam. Means, meter tu penuh.

campervan06

Elektrik yang disupply pada campervan pulak bukan setiap masa boleh guna. Masa van berjalan, yang boleh guna adalah :

1. Lampu
2. Peti sejuk
3. Water Pump untuk sinki

Manakala masa van berhenti :

1. Lampu
2. Peti sejuk
3. Water Pump untuk sinki
4. Microwave
5. Plug untuk charge gadjet
6. Aircond belah belakang

So kalau batteri phone kong kena charge kat lubang nyala rokok kat depan.

Saya ingat yang paling penting sekali dan kesimpulan semua adalah make sure masa nak sambung tu off elektrik dan make sure juga cable tu jangan kena air. Sebab tu sama ada kat tiang ataupun pada van, dia ada cover. Air ni boleh kena masa kalau kita connect to main power tu hujan. So saya suggest kalau sampai campsite masa hari tengah hujan, toksah dok gatai nak connect main power. Tunggu dulu sampai hujan berhenti sangat penting seolah kita suh malaikat maut tunggu dulu jangan nak mai cabut nyawa aku.

Lain pada tu saya ingat tak ada hal sangat. Sebelum saya publish posting ni, saya ada jumpa barang apa yang kalau kita pakai dalam campervan paling banyak makan elektrik. So boleh refer pada jadual dibawah.

elec-appliance-table

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *