Trunvelogue, KitabkeViktor : Race Kit Collection

Lepas Erskine, hari pun dah nak petang. So saya cepat-cepat kembali ke matlamat asal iaitu untuk sampai ke Apollo Bay dan collect racekit. Actually untuk international runner, racekit depa tak hantar pos. So kita kena datang dan amik. Saya tak sure race international lain macam mana.

Dan jangan silap pulak sebab untuk GOR Marathon, depa buka 2 ofis. Satu kat Lorne, satu kat Apollo Bay. Yang international runner kena collect di Apollo Bay. Saya memula cam nyaris nak silap. Tapi bila baca betul-betul rupanya kat Apollo Bay. Bayangkan kalau kita datang ke Apollo Bay dari arah Adelaide, mau lega kena patah balik. Tapi tak jauh sangat la cuma buang masa.

Perjalanan ke Apollo Bay memang dah bagi feel Great Ocean yang hebat. Dari jauh lagi dah nampak dah dia punya taring. Scenery memang…… susah nak cakap la. Kalau saya kaya raya tahap Firaun, saya memang bawak semua geng runner yang baca blog saya ke sini. Tapi tu la… tak Firaun mana. Ini ada a few gegambar yang on the way ke Apollo Bay.

Bila sampai Apollo Bay tu saya pusing-pusing juga nak cari kat mana nak collect racekit tu. Sebab address dia macam kelab Surf mana ntah. Sekali bila dah pusing bandar dia 2 kali baru saya perasaan depa ada buka expo dekat padang depan deret kedai-kedai.

Masa saya sampai tu agak dah nak petang jugak. Orang tak ramai mana sangat mungkin orang dah collect lagi awal. So saya datang dan terus je masuk untuk collect bib.

Bila saya tengok time running office ni rupanya pukul 6 dah tutup. Saya ingat saya sampai tu maybe dalam pukul 4 lebih la sebab kalau pukul 5 dah macam gelap. Pukul 6 tu dah macam pukul 8 sebenarnya.

Lane untuk collection ada dua. Pertama, kena collect bib dulu. Then pergi collect gift. Saya macam blur sikit sebab tak lari lagi dah dapat hadiah. In fact, dalam web takde sebut pun pasal gift ni. So apa-apa hal saya collect bib dulu.

Yang dok bagi bib ni cam boleh tahan comel jugak la sebab sepanjang saya datang Australi ni, tak pernah lagi saya jumpa awek comel. Biasa muka orang australia ni memasing cam tak memberansangkan pun. Patut isteri saya rilek je.

Slip race yang saya print awal-awal dari Malaysia pun agak membantu jugak. So saya tengok lain kali kalau pi race international better print segala bagai senang depa nak rujuk. Anyway, bib depa bagi dalam sampul surat putih siap ada nama saya. Saya rasa depa asingkan ikut negara sebab saya cakap dari Malaysia, cam laju je dia pi amik.

 

Lepas collect bib, pi beratur kat collect gift pulak. Ingatkan hadiah tv ke apa ke rupanya plastic bag dan dalam dia ada towel putih lap ketiak tu tapi depa letak dalam beg hitam kecik bungkus. Beg plastik ni pulak bapak besar dan rupanya kegunaan dia adalah untuk kita letak baju sejuk nanti. So dekat beg plastik tu ada tulis nombor bib kita. So kat starting line kita tinggal baju sejuk kita dalam plastik ni. Then kat finishing line kita pi collect balik baju sejuk kita yang kita buh dalam plastik. Malangnya saya tak tau hal ni dan hanya tahu masa lepas race. DEM.

Beg plastik merah untuk Half Marathon, kuning Full Marathon. Dekat tempat collect gift ni jugak depa jual t-shirt. Satu harga dia dalam AUD35. Saya beli 2. Satu untuk isteri saya satu saya. Brand Mizuno. Sebenarnya sampai hari ni saya tak pernah pakai lagi baju yang saya beli ni tapi saya dok tengok isteri saya pakai baju ni kat rumah agak 18 juta kali dah.

Saya tanya dia best sangat ke t-shirt ni dia kata kain dia sedap. Ok la tu. AUD 70 sama dengan RM210 tu 2 helai. Sakit perut kawan.

Dah setel bab collection semua saya pun pi amik gambar kenangan. Ada typo besaq gila tulih Apollo Bay.

Anyway petang tu dia punya race expo tak start lagi. Saya tengok macam tengah dok angkut barang bagai. Maybe esok baru mula rasanya. Saya kemudiannya melanjutkan perjalanan ke kedai makan nak cari food untuk carbo loading. Esok dah nak race, so malam ni kena la makan besar sikit. Ritual.

SONY DSC

…..

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *