Trunvelogue, KitabkeViktor : Split Point Light House

Target hari ini adalah untuk sampai ke bandar Apollo Bay, dan terus collect racekit. Tapi on the way ke Apollo Bay, ada few tempat yang saya singgah. Ok. Settle semua benda, so start travel meninggalkan campsite kedua dan menuju ke Apollo Bay.

First singgahan adalah rumah api. Apa ye nama dia. Jap. Split Point Light House. Yang ni takde dalam plan asal tapi ntah macam mana nampak, so singgah je. Ini gegambar sekitar. Nak naik ke atas ni agak naik bukit jugak. Mulanya saya ingat macam tak lepas van tu tapi ok la, lepas jugak naik atas. Saya ada tengok orang lain jalan kaki dari bawah. Gila lega. 

SONY DSC

SONY DSC

Ini lookup point untuk perati laut.

SONY DSC

Ini laut yang diperatikan dari lookup point tadi.

SONY DSC

Dan kalau ada masa banyak boleh turun buat beach walk. 

SONY DSC

Ini gambar rumah api dari dekat. Sejarah dia? Haram tak tau apa. Ini google street dia.

SONY DSCSONY DSC

Waktu ni saya tunggu dalam kereta dan cuma isteri saya yang naik ke atas. Sebabnya EL dah tido. Malas pulak nak kacau dia. Tengok tu, sedap betul dia tidur.

Sementara EL tidur, so ada jippy sebelah van saya parking. So saya pun layan jippy ni sambil berangan. Kacak woo.

jippy

Tengah perasan drive jippy dekat desert isteri saya sampai dan ajak gerak. Saya tanya ok ke tengok rumah api? Dia kata takde api pun tak nampak. Kami ketawa.

Anyway, bila balik Malaysia baru saya google pasal rumah api ni. Rupanya siap ada website sendiri. Ni web dia. http://splitpointlighthouse.com.au/. Kalau ikut tour dia damage dalam AUD14 untuk adult, manakala express tour AUD10. Boleh naik sampai atas lighthouse tu untuk feel-feel.

Ini pulak video dari website dia. Gambar dari drone memang ohsem. Tapi bila pergi… emm OK.

Saya pun kemudian meneruskan perjalanan. Dalam van nak turun bukit untuk masuk ke main road, baru saya terfikir.

Tadi sebabkan isteri saya naik atas dan tinggal saya dengan EL di van, agak SPLIT juga rupanya. The point is isteri saya pergi berjimba kat atas sorang-sorang dan saya jaga anak. SPLIT POINT LIGHTHOUSE. Huii….kalau tak de bini memang sakit woiiii. GILA.

Hargailah isteri anda. Don’t SPLIT. ADD takpe. :D

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *