Trunvelogue, KitabkeViktor : Stroller terkecil di dunia – Mothercare XSS

Satu lagi hal yang saya kena settlekan adalah stroller untuk EL. Actually EL ni dah ada stroller dah tapinya stroller dia bapak besar bagak. Dulu saya decide beli yang tu sebab tujuan dia kalau ibu dia nak pegi jogging so tak ada masalah nak bawak dia sekali.

Stroller yang itu tayar dia besar sikit dan getah, tapi actually bukan built for jogging pun sebab stroller untuk jogging ada features security untuk make sure baby safe. Misalnya, dia ada brake tangan.

Tapi saya pesan kat isteri saya kalau nak jogging dengan EL dalam stroller, tak payah la pulun laju sangat. Asal sekadar cukuplah. Ini stroller yang saya beli dulu. Quinny Buzz.

prod_000000_Quinny_BuzzXtra_2015_Rocking_Black_Forward_3wheel

Nak bawak pergi travel dengan stroller ni HMMMMMmmmmmm….. saya tanya kawan saya Mas Mujammil adakah stroller sangat perlu kalau travel since dia dah ada experience travel dengan baby ke UK… so dia kata, sangat-sangat perlu. Sebabnya, kalau masa baby tidur at least boleh tidur dalam stroller dan kita masih lagi boleh berjalan. Takkan nak dukung 24 jam. Betul jugak.

Saya ada juga beli baby carrier dulu sebab kadang-kadang kalau keluar rumah saya malas nak angkut stroller tu cuma masalah EL ni dia macam tak berkenan duduk dalam Boba ni unless betul-betul mengantuk dan letih, baru dia tertidur. Kalau isi dia dalam ni jawabnya mulalah nak mengamuk.

boba-3g-carrier-newborn-carry

So research punya research, isteri saya jumpa stroller ni iaitu MotherCare Xss. Sangat kecil dan mobility dia sangat tinggi.

XSS_HERO

Harga pun ok. Saya beli di KLCC. Ada discount masa tu untuk members dan juga discount apa ntah. Setakat yang isteri saya research, ini yang paling kecil dalam dunia hari ini.

mothercare-xss-pockit-pm

Basically sepanjang kami pakai untuk travel, ini yang boleh saya tulis.

1. Sangat Kecil
Bila lipat tu memang sangat kecil, so stroller ni ada bag dan boleh hand carry naik flight. Muat letak kat ruang simpan atas tu.

$_1

2. Ringan
Bila sangat kecil, ia juga ringan. Dan isteri saya boleh angkat sebelah tangan. Berat dia cuma 3.9 kilo dan mampu bertahan untuk baby atau infant yang berat sehingga 15 kilo. Dua kali ganda EL. Satu lagi saya sangat bersyukur beli stroller ni sebab masa kat Melbourne nak naik turun tramp tu saya boleh angkat EL naik masuk dengan stroller ni sekali tanpa bawa keluar EL.

3. Senang buka, senang tutup
Nak flip out buka macam swing yoyo, terus terbuka. Nak tutup kadang-kadang susah sikit kena lipat tayar bawah then baru boleh tutup dengan mudah. Ini pun sangat bagus sebab masa kat Melbourne, ada time yang tramp dia cramp (wow… macam lagu)… peak hours penuh dengan orang. So saya keluarkan EL, suh isteri saya dukung dan saya lipat stroller dengan cepat dan mudah.

xss3

4. Goyang
Berbanding stroller ini dengan Quinny Buzz, yang ini sangat goyang dan rasanya sangat fragile. Tapi bagus juga sebab bila mudah goyang, saya boleh buai EL sampai dia tertidur.

5. Ruang isi barang kecil
Dah stroller ni memang kecil so ruang isi barang kat bawah dia memanglah kecil. Tapi at least ada juga so boleh la isi apa yang patut.

6. Tiada cover untuk baby
Ini satu benda yang kena compromise. Dia tak ada cover untuk muka baby. Yang ada cuma cover macam mengada kat atas kepala baby. Ada satu ketika tu masa saya tolak EL, angin kuat gila tiup so saya terpaksa pusingkan stroller mengadap saya sebab takut abuk masuk dalam mata EL. Ada satu kejadian lagi dimana masa tu hujan di Melbourne, so saya balut stroller ni dengan selimut dia untuk bagi EL yang tengah tidur kat dalam tak sejuk sangat.

7. Baby tidur duduk instead of baring
Ini satu kelemahan dia juga sebab dia tak boleh adjust seating dia maka menyebabkan baby terpaksa tidur duduk instead of tidur baring. Mula macam isteri saya tanak dan yang boleh baring punya adalah Mountain Buggy Nano. Cuma masalah dia harga sampai Mountain Buggy tu RM1400 tu maka saya kata kat isteri saya, stroller kita dulu tu dah 3 ribu lebih… ni nak spend lagi seribu lebih dah agak lavish. Tuhan pun murka saya pun sama murka juga. So setelah saya reasoning yang EL akan tidur pun bukan tiap-tiap hari sampai malam dalam stroller, maka kami sepakat untuk beli Mothercare XSS ni.

Ini video on handling stroller ni. Since saya dah ada 2 stroller, satu khas untuk travel, in case jika anda runner yang nak pergi lari oversea dan ada baby tapi malas nak beli stroller lagi boleh contact saya sebab saya nak sewakan stroller ni. Daripada dok kat rumah je kalau dia keluar jalan sendiri boleh jugak bagi duit seratus dua. 😀

Klik sini jika berminat untuk menyewa

Ada satu yang bahaya yang saya rasa saya kena share dengan anda semua tentang stroller yang ringan. Bila gantung banyak sangat beg barang shopping pada pemegang stroller – kes malas nak jinjing beg, lama-lama dia jadi berat. Dan bahayanya adalah bila ada baby kat dalam stroller tu. Sebabnya stroller boleh terbalik ke belakang dan baby ada di dalam.

Benda ni berlaku di satu RNR di Kedah dimana depan mata isteri saya. Nasib baik baby tu takda apa-apa.

So hati-hati… kalau nak selit barang dalam bag kat pemegang dia make sure baby anda lagi berat dari barang-barang tu.

Anyway, sebelum decide nak beli Mothercare XSS ni saya dah tengok Baby Zen Yoyo dan Mountain Buggy Nano. Pemenang dia bagi saya adalah yang saya belila. Paling murah, paling kecil.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *