Trunvelogue, KitabkeViktor : Subuh 2

Ok kali ini memang betul dan bukan mimpi. Bila dah bangun tu saya tak melengahkan masa dan terus sahaja bersiap. Lepas gosok gigi, saya sambil tu makan snickers sebagai sarapan dan berjalan keluar menuju ke kawasan pickup bas.

Ramai runners yang turut berjalan dari campsite ini bezanya tak ada yang merangkak. Semua macam muka serious. Walaupun tidak confirm sangat dan main agak sahaja di mana lokasi bas, saya mengikut crowd runners dengan berjalan pantas. Beberapa minit kemudian bila dah sampai ke jalan besar, saya nampak makin ramai runners dan saya nampak juga banyak biji bas yang sedang tunggu.

Ada dua tempat bas beratur panjang, dan ada marshal yang jerit sama ada Half Marathon dan Full Marathon. Kalau telinga tak berapa nak dengar, boleh agak kita nak naik yang mana satu berdasarkan beg plastik yang runners bawak. Yang merah Half Marathon dan yang kuning Full Marathon.

IMG_7459

Sambil saya berjalan menuju ke bas, saya baru tersedar yang sarung tangan saya hilang sebelah. Ini semua sebab kejap pakai kejap buka sebab nak snap gambar dengan iPhone. Saya dengan cemas patah balik dan ikut balik jalan yang saya datang tadi sambil mata melilau cari sarung tangan saya.

Beberapa tapak kemudian saya jumpa dan kutip semula. Ada runners siap senyum dan tegur saya pasal hilang sarung tangan tu.

Saya kemudian berjalan menuju ke bas dan terus sahaja naik bila dipanggil marshal. Di dalam bas, penuh juga tapi tak sampai kena berdiri. Semua runners dapat duduk dengan tenang. Saya pilih duduk di tempat yang kosong dengan harapan ada runners comel duduk disebelah (taktik).

Nasib saya baik dan tak semalang dalam mimpi tadi. Ada runners awek duduk sebelah saya. Saya perasan dia pakai kasut Nike juga. Mulanya saya macam nak tegur tapi entah kenapa mulut macam kena kunci. Ini mesti isteri saya dah jampi sampai nak berbual dengan awek pun tak boleh. So, saya amik keputusan untuk layan pemandangan sementara bas berjalan menuju ke Kenneth River.

IMG_7464

Dalam 30 minit rasanya sampai ke lokasi. Semua runners mula turun dan kami kemudian bergerak ke simpang masuk depan belon starting line. Suasana memang sejuk gila dan angin tiup bapak kuat. Saya agak tak tahan sejuk dan cuba cari tempat untuk berteduh dari angin.

Saya lihat ada kumpulan runners lelaki sedang berbual-bual maka saya menyelit duduk belakang mereka. Oleh kerana sangat sejuk, saya sampai menggeletar. Salah seorang runners depan saya itu siap tegur saya sambil ketawa kerana menjadikan diri mereka penghalang angin.

IMG_7468
Sampai sudah Kenneth River

Semakin lama semakin ramai runners. Ada yang mula buat senaman ringan. Ada yang lompat-lompat. Ada yang membetulkan iPod dan macam-macam lagilah perangai masing-masing. Ada juga runners dari Malaysia especially runner perempuan yang memakai tudung.

Saya ada nampak satu group melayu laki perempuan dan saya rasa mereka ini dari Sabah sebab saya terperasan yang mereka ada bawa bendera Sabah. Oleh kerana sejuk gila dan sampai level menggeletar, saya duduk diam sahaja dan tidak pula pergi berbual.

IMG_7465
Sebenarnya sempat layan sunrise tepi pantai sebelum lari

Sebenarnya saya ini jenis yang susah nak mesra dengan orang yang saya tidak kenal. Saya bukanlah jenis warm person yang boleh terus berbual dengan strangers. Ini memang masalah saya sejak kecik lagi. Isteri saya faham benar perangai saya ini. Tapi kalau dah kenal, saya boleh jadi rapat gila dan boleh berlawak jenaka bagai lagi-lagi kalau orang itu satu kepala dengan saya.

Kiranya, kalau matlamat nak bersosial untuk larian, jangan haraplah dan saya memang fail bab ini. Kesudahannya saya akan seorang diri dan tidak banyak buat kawan baru pun. Saya rasa ini memang kelemahan saya dan saya harus perbaiki hal ini.

IMG_7469

Hari yang gelap berubah menjadi terang. Kemudian saya dengar pengumuman dibuat untuk memanggil runners ke garisan mula. MC panggil runners pun ikut kasta. Dia panggil runners yang hebat dulu untuk duduk di depan line. Kemudian baru dia panggil runners yang level have fun untuk berada di belakang runners yang hebat. Saya pun mula berjalan ke garisan mula.

Suasana semakin rancak dan runners mula bersiap-siap. Ada yang menjerit-jerit gembira walaupun belum mula lari lagi. Ramai juga yang mengambil gambar selfie bagai. Saya turut serta. Ketika ini feeling dia boleh saya katakan sangat harmoni dan gembira tak tentu hala. Mungkin berada dikalangan runners ini positive vibe dia tinggi gila, nak tanak kita akan terikut juga rentak crowd yang hatinya gembira.

IMG_7474

Beberapa ketika MC memulakan countdown. Saya masih lagi mengambil gambar dengan Go Pro. iPhone memang saya dah simpan lama dah sebab memang kalau masa lari saya akan guna Go Pro sahaja akhir-akhir ini. Bukan apa, susah nak handle iPhone masa lari dan ia agak makan masa sebab mesti nak amik gambar cantik. So kalau pakai Go Pro kira nasiblah. Kalau cantik, cantiklah kalau buruk, buruklah. At least dengan Go Pro saya lebih fokus dengan larian.

Sejurus countdown tamat, maka larian pun bermula. Runners mula bersorak dan menjerit kegembiraan. Dalam banyak-banyak race, inilah race yang saya rasa sangat teruja di permulaan larian. Tidak dapat dinafikan jika hati saya boleh memancarkan wajah senyum, saya rasa ia mungkin senyum sepanjang 21K great ocean ini. Saya tidak tahu kenapa tapi saya memang sangat happy. Mungkin kerana ini adalah first race saya di negeri orang putih, atau mungkin juga ini first race saya musim sejuk, atau mungkin juga kerana pemandangan great ocean yang sangat cantik.

Saya memulakan larian dengan penuh kesyukuran dan terima kasih kepada tuhan kerana tahun ini Dia telah memberi peluang untuk saya lari lebih jauh lagi. Di bawah belon garis mula itu saya berdoa agar diberikan lebih banyak peluang lagi untuk lari di luar negeri, dan kalau boleh dengan kawan-kawan selarian saya nanti. AMIN

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *