Trunvelogue, KitabkeViktor : Subuh

Saya terjaga dalam keadaan gopoh gapah. Saya tengok jam dah pukul 6:15. Saya mula gabra. Sebab semalam tak silap saya, bas bergerak dari Apollo Bay ke Kenneth River adalah jam 6:15. Dalam keadaan gopoh-gapah, saya mencapai semua alatan larian saya. Mujur juga dari malam tadi saya dah siap pakai baju lari semua sebab flatlay tu tak boleh nak biar atas tilam je. Nanti nak tidur kat mana?

So dengan cepat saja saya dah ready untuk bergerak keluar.

Bila saya keluar dari van, saya dapati agak ramai runners yang turut sama bergegas berjalan dari van masing-masing. Rupanya ramai runners stay disini. Oleh kerana macam dah sangat lambat, saya berlari-lari anak. Agak cuak juga.

Dalam pada lari anak itu baru saya perasan yang runners lain jalan slow gila. Saya lihat ada yang merangkak pun ada. Saya macam pelik. Kenapa nak merangkak? Nak simpan tenaga ke? Tapi oleh kerana dah lambat, saya buat tak peduli.

Turun dari kawasan campsite tu makin ramai runners. Oleh kerana agak gelap dan lampu macam tidak ada, saya cuma mengekori crowd yang menuju ke arah yang sama. Silap saya semalam tak check betul-betul location bas gerak sebab dari map di kedai makan yang saya masuk tu saya bajet lebih kurang sahaja kat mana location dia.

Bila sampai di bawah saya tengok bas dah mula jalan. Namun yang pelik, cuma ada satu bas sahaja dan memang saya agak malang. Bas yang satu itulah yang ramai runners kejar dan siap ada yang cuba lompat dan bergayut pada bas itu. Ada yang terjatuh dan saya lihat ada yang lutut siap luka. Darah memancut-mancut.

Di sebelah saya ada runners yang agak tua. Anehnya dia tak pula pergi kejar bas tu. Saya lalu tanya pada dia. Macam mana kita nak ke starting line kalau dah terlepas bas? Dia memandang saya lalu berkata begini kepada saya. (saya translate ke melayu)

“Nak ke sana (starting line) tak semestinya naik bas. Kita runners kalau dah lama-lama ni patut bukan setakat lari. Patut dah boleh terbang.”

Saya macam pelik. Runners tua ni mabuk ganja apa. Dia kemudian menunjuk ke langit. Dan saya lihat rupanya memang betul, ada runners yang sudah terbang. Ibarat macam dalam tv series Heroes tu, ada yang mula lompat dari tanah dan meluncur laju ke udara.

Saya dalam hati berkata, ini bukan dah ini. Ini mesti ada yang tak kena. Saya menampar muka saya lalu sekelip mata, suasana gelap yang luas berubah kepada suasana dalam van yang cahaya dari luar samar-samar masuk. ┬áBabiss… rupanya mimpi. Opsss… sorry. Bukan Babiss, alhamdulillah… rupa-rupanya mimpi.

Saya melihat jam di iPhone dan rupanya baru 5:30 pagi. Di sisi saya isteri dan EL sedang nyenyak tidur. Saya bangun bersila dan menarik nafas lega. Mimpi ini memang mainan tidur. Dan kali ini, agak teruk juga saya dimainkan.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *