Trunvelogue, KitabkeViktor : Tangki Air Van

Sampai di campsite kedua ni malam. Dah hari dah gelap. Memang nasib baik saya teringat nak bawak torchlight. Kalau tidak memang terkial-kial.

Masuk campsite waktu malam, walaupun dengan peta, agak terkial-kial juga. Dua tiga kali saya pusing dan masih tak jumpa site yang mana. Rupanya, campsite kedua ini, agak besar size dia. Apabila masuk pusingan ketiga itu barulah saya jumpa site saya yang mana.

Pertama sekali bila dah park, macam biasa saya connectkan van dengan electricity. Kemudian, kerana air tangki dalam van macam dah habis, so saya connectkan pula air dari paip kepada van. Van yang saya drive ini tangki dia dalam 31 liter. Saya tak pasti nak kata besar atau tidak. Tapi yang pasti, masuk hari kedua air macam dah tak ada.

Ini adalah lubang nak masuk air pada van.

Penutup dia flip sahaja dan bila nak guna, flipkan keatas.

Biasanya, setiap site yang kita sewa tu ada paip air. So kita kenalah sambungkan getah yang ada dalam van kita tu kepada paip ini.

Ini gambar paip yang dah disambungkan. Jolok je.

Ok. Untuk air ni dia takde pulak meter dahsboard dekat dalam van nak tengok air penuh ke tidak. So agak manual-lah. Bila air dah terpancut keluar dari lubang air kat van ni tanda dia air dah penuhlah. Boleh tutup paip dan kalau rajin gulung semula getah paip tu.

Macam saya biasanya saya malas. So saya tak gulung pun sebab besok pagi saya akan tadah air balik sebelum gerak. Van yang saya pakai ni tak ada tangki sisa sebab tak ada toilet. So air dari van yang keluar dari singki akan keluar ke tanah begitu sahaja.

Sepanjang journey saya ni yang berkaitan dengan nak tadah air masuk dalam van, ada beberapa campsite yang agak sukar nak lekatkan getah paip hijau tu pada paip air. Sebab kita takda menatang plaster putih yang nak ketatkan tu. Alah, plaster putih yang liat tu untuk lilit pada batang paip. So ada tempat tu saya siap kena pegang paip untuk make sure air masuk ke dalam tangki van.

Dalam erti kata lain, selain torch light, agak membantu juga kalau bawak plaster putih tu sebab masa saya tadah air tu nak make sure air masuk betul-betul ikut paip, agak a few time jugak air terpancut ke muka saya. Dah la sejuk.

OK. Untuk dapur dalam van pulak, kadang-kadang elektrik supply dia tu macam tak berapa nak kuat. Tak pasti sebab technical error atau tak sesuai dengan peralatan kita. Mak mertua saya ada belikan periuk nasi kecik untuk kami bawa. Nanti senang nak masak. Tapi at the end periuk ni tak pakai pun sebab punya lama nak tunggu nasi masak. Last sekali isteri saya masak nasi pakai periuk biasa je. Mujur dia reti. Yelah. 12 tahun kawin kut kalau tak reti memang saja-la.

Ini suasana dalam van masa nak makan. Ada meja lipat tu so boleh buka tutup.

So kalau nak bajet size meja lipat ni macam mana, ini gambar meja disusun penuh dengan dinner malam tu. BTW adik ipaq saya sponsor bilis tu sedap bak hang. Kalau teringin boleh beli di FB sini.

Bila perut dah kenyang, semua dah settle, so sebelum tidur saya bertapa dulu. Nak menenangkan hati la katakan. Banyak emosi. 😀


Next post saya akan tulis pasal campsite ni sebab malam mana nak nampak apa.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *