Trunvelogue, KitabkeViktor : The Great Ocean Road Marathon

Screen Shot 2016-06-13 at 10.55.41 PM

Esok (15 May 2016 ) adalah race day. Persiapan saya untuk race ini sebenarnya tidak banyak mana pun. Saya rasa saya lebih banyak bersiap untuk pergi travel berbanding dengan bersiap untuk race ini. Walaubagaimanapun, ini adalah Pre – Race analysis yang biasa saya buat. Sebahagian daripadanya saya telah tulis cuma belum post sebab ia adalah sebahagian daripada sequence Trunvelogue pertama saya. Sebahagian, saya baru tambah.

1. Kenapa Great Ocean Road Marathon?
Sebenarnya tahun ini bisnes saya sangat teruk sekali. Daripada Januari hingga ke May ini, kami di ofis memang duduk saja dan tak ada job langsung. Kalau ikutkan logik, agak tak logik untuk saya pergi mengada masuk race oversea. Tapi ntah kenapa, hati saya kuat sangat untuk sign up race ini. Saya fikir pada waktu itu, signup dululah. Esok-esok mana tahu ada duit. Ada job mungkin…

Namun duit tidak juga datang bergolek secara tiba-tiba masuk ke akaun saya. Nasib saya sikit baik sebab dulu saya pernah simpan duit dengan gila. Adala dekat 300K. (acah je) Maka dengan duit ini saya guna untuk travel campervan ke Australia.

Kenapa Race Great Ocean Road? Pertama dulu saya pernah melarikan diri Ke Australia selama seminggu. Lalu saya terfikir, apakata kali ini saya betul-betul “lari” di Australia? Lagipun, seumur hidup saya, saya tidak pernah bawa isteri saya ke negara homputih. Saya kira, ini adalah peluang untuk skor semua melalui satu kali acara.

Saya dapat “lari”. Isteri saya dapat “jalan”. Dan kami semua dapat experience Campervan. Great Ocean Road Marathon merupakan antara race yang paling inspiring di Australia. Malah, race ini juga tersenarai dalam “The 30 Best Marathons in the Entire World” oleh dailyburn.com

Screen Shot 2016-06-13 at 11.15.58 PM

Kedua, oleh kerana 2015 adalah tahun yang tewas bagi saya dalam bidang larian, saya kira saya kena buat sesuatu agar tahun 2016 saya tak sayur. (Baca : Summary : 2015 – Tahun yang tewas). Takkan asyik nak kalah je? Dahlah diri sendiri yang mengsayurkan diri sendiri. So mestilah diri sendiri yang akan tidak mengsayurkan balik diri sendiri. Ya dak?

Dan akhir, kalau ikutkan timeline larian saya, saya sudah pun lari di Asean iaitu Tarutao Thailand. Next sepatutnya saya kena lari lebih jauh lagi. So benua Australia adalah salah satu pilihan yang saya kira permulaan yang baik untuk episod larian seterusnya.

Great Ocean Road Marathon ini adalah yang kali ke 12, manakala ini adalah race saya yang pertama di Tanah Australi.

2. Uniqueness
Great Ocean Road ni terkenal dengan pemandangan coastal yang cantik dan menenangkan. Larian adalah berbackgroundkan tepi laut, angin mungkin bertiup kencang dan cuaca winter pasti sejuk hingga ke sum-sum tulang. Kalau tak bawak kamera memang saja dan mempunyai kekuatan memori kental tahap cloud.

Kedua pula adalah dari segi jarak. Untuk FM jarak dia adalah 44KM manakala untuk HM jarak dia 23KM. Tapi jangan risau sebab result dia akan keluar 2. First untuk jarak panjang dan kedua yang jarak betul-betul.

3. Kategori
Ada 6 kategori semuanya iaitu

  • Ultra Marathon – 60 K
  • Marathon
  • Half Marathon
  • 14km
  • 6km
  • 1.5km

4. Harga Tiket
Oleh kerana saya hanya masuk Half Marathon, maka harga tiket dia murah sikit berbanding Full Maratahon. Untuk half, harga dia AUD116 dimana waktu saya beli tu dalam RM adalah RM365.88. Full saya tak ingat pula. Saya beli tiket ini pada 13 Disember 2015. Dan saya tak ingat pulak ini harga early bird atau tidak. Tapi kalau dah awal, mestilah early bird. Kan?

Screen Shot 2016-06-13 at 11.26.50 PM

5. Lokasi
Lokasi race adalah di Victoria, Australia. Lebih tepat lagi di bandar Apollo Bay. Bandar Apollo ni kecik je. Mengikut statistik 2011, cuma ada 1095 orang duduk disini.

Apollo Bay dari Melbourne jarak dia 200 KM, kalau drive 2 jam setengah. Dari Adelaide 750 KM, kalau drive 8 jam setengah.

Screen Shot 2016-06-13 at 11.59.25 PM

6. Jarak dari rumah
Dan inilah race paling jauh dari rumah saya setakat ini. Total KM adalah 6,337.95 KM kalau ikut garis lurus. Hmmm… tak jauh ni. Matahari lagi jauh. 😀

race

7. Race Kit Collection
Untuk warga Australi depa send ke depan pintu. Tapi boleh juga collect di Race Office. Race Office ada 2, satu di Apollo Bay, satu di Lorne. Untuk international participant kena collect sendiri di Apollo Bay pada hari Sabtu.

8. Parking Spot
Ini agak masalah besar jugak. Sebabnya saya travel dengan campervan. So pada masa saya register race ini saya pening macam mana nak solve ni sebab race dia mula dari atas ke bawah. Saya tengok campsite paling dekat dah kat bawah. Kalau saya ambil campsite lagi atas, makanya di finishing line tu nanti isteri saya tak boleh nak tunggu. Kalau saya ambil campsite bawah, sapa yang nak drop saya ke starting line?

Sekali rupanya ada bas. Nampak sangat saya ni kurang masuk race international. Bengong. Ada bas yang akan hantar runner ke starting line, so tak pening manalah pun sebenarnya.

9. Tempat Semayang
Bas ke starting line di dari APOLLO BAY (finishing line) ke KENNETT RIVER (starting line) pukul 6:15. Subuh pukul 5:50. Kira oklah tu. Boleh semayang dulu kat tempat sendiri (kalau semayang la…).

Screen Shot 2016-06-13 at 11.44.58 PM

10. Ramalan Cuaca
Yang ni sebenarnya saya lupa nak tengok. So… ada mendapat faedahnya pada hari race tu. Patutnya saya check jugak suhu berapa. Haram betul. Race local beria tengok semua race oversea haram tak tengok.

Tapi yang saya tahu adalah Australia esp. di Victoria waktu ini winter. So Australia punya winter taklah sampai salji. Suhu dia purata 14 celcius.

11. Event Itinerary
Untuk Half Marathon, Full Marathon dan Ultra Trail hari Ahad. Manakala hari Sabtu adalah untuk 14KM, 6KM dan 1.5KM.

12. Route Larian
Daripada website event, ini map larian. :D. Untuk half start di Kennett River manakala FM start di Lorne. Dua-dua habis di Apollo Bay dan dua-dua race start pada waktu yang sama.

Marathon-half-marathon-map

13. Elevation
Great Ocean Road ni terkenal dengan Sang Bukit Bukau. So kalau ada harapan nak buat PB, mmmmmmmmmmmmmm

elevation-map-2015

14. In case of emergency
Yang ni saya tak pasti tapi kalau ada emergency, sila jerit minta tolong.

15. Race Event Facebook
Boleh tengok sini

16. After Race activity
Kalau bandar dia ada 1095 orang je so boleh agaklah apa aktiviti lepas race. Sebabkan saya campervan, sama ada saya sambung perjalanan atau saya tidur tepi pantai.

17. Merchandise
Race ni ada jual t-shirt by Mizuno. Harga dia emmmmm AUD35.

GORM-2016-Merch-BUY-NOW

18. Lain-lain tentang race ini
Dia ada bagi training plan for free untuk Beginner, Intermediate dan Advance. So boleh download training plan ni untuk guna nanti untuk race lain ke. Boleh pi sini.

Anyway, ini ada video untuk 2014 punya … so enjoy.

Langkah seterusnya
Web Race Event
Wiki Apollo Bay

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *