Trunvelogue, KitabkeViktor : The Great Ocean Road

Great_Ocean_Road,_Lorne,_Australia_-_Feb_2012
Gambar Internet

The Great Ocean Road tidak ada kena mengena dengan The Great Gatsby. Juga tidak ada kena mengena dengan The Great Bambino mahupun The Great Depression era sengal ekonomi dunia barat. The Great Ocean Road, adalah jalan pantai sepanjang 243 KM yang menghubungkan bandar-bandar kecil dalam negeri Victoria, daripada Tourquay dan Allansford.

Saya tak pasti sama ada pintu gerbang ini menandakan bermulanya The Great Ocean Road, sebabnya bandar Tourquay tu dah belakang jauh nuh. So saya rasa yang maybe pintu gerbang ni dibina sebagai tanda peringatan sahaja.

Pulak tu penanda kayu yang dekat pintu gerbang ni nombor dia 129. Feh. Saya pulak lahir 29.11. No wonder takdir membawa saya ke sini.

Ini adalah pintu gerbang The Great Ocean Road.

Ini pula batu atau tugu peringatan di sebelah pintu gerbang. Melihatkan kepada askar hijau ini, saya teringat pada mainan askar saya masa kecil-kecil dahulu. Tak sangka moyang depa duduk kat tepi pantai.

Mengikut apa yang saya baca disitu, asalnya tak ada jalan yang connect bandar-bandar kecik ni. So lepas perang dunia pertama, askar-askar Australi balik kampung. Since pencen, depa ni takde keja nak buat. So Kerajaan Australi offer depa 2 pilihan sama ada nak settle down keja ladang atau settle down buat jalan.

memorial

Maka yang pilih buat jalan tu la yang buat jalan Great Ocean ni. Great Ocean ni kira, sebuah War Memorial jugaklah sebab askar-askar yang buat jalan tu depa dedicate kan jalan ni untuk kengkawan perajurit depa yang terkorban dalam perang. Hebat tu. Dedicate level depa buat jalan untuk kesenangan orang. Respect.

Belakang batu info ni, kalau rajin, ada aksess ke pantai. Walking distance saja dan boleh layan pemandangan.

pantai

Jalan ini mula dibina pada 19.9.1919 (nombor power) dan siap pada November 1932. Berapa tahun tu? Jap amik calculator apps.

13 tahun.

Anyway, checkpoint yang perlu ingat yang menghubungkan bandar-banda kecil sepanjang Great Ocean adalah :

Torquay
Anglesea
Aireys Inlet
Lorne
Apollo Bay
Port Campbell
Warrnambool
Port Fairy

Kalau google, ini adalah driving tour yang boleh kita buat semasa berada disini.

greatoceanroad
Gambar Internet

Sepanjang saya drive kat sini, saya tengok ada beberapa aktiviti yang orang buat. Antaranya adalah main motor. Mat mat motor layan corner. Moto besaq bakhang. Tapi awas ya sebab saya tengok ada polis tunggu dan salah sorang dari Mat moto bawah ni kena saman ngan polis. 

Ada juga artis veteran yang layan lukis pemandangan. Bukan seorang dua tapi macam ada satu group. Saya perati depa ni melukis muka depa senyum je….

auntie

Saya dulu pernah ada cita-cita nak jadi artis pelukis, tapi tak kesampaian. So action je la tepi painting orang.

SONY DSC

Ada juga yang melayan pantai. Yang ni laki dia la. Bini dia panggil balik tapi dia stone. Rupanya tidur. Haram…. Mungkin dia layan dengar ombak berzikir ni. Kena bersangka baik.

Tapi, banyak-banyak aktiviti yang berlaku di Great Ocean ni cuma satu je yang membuatkan ramai orang datang dari seluruh dunia ke sini, iaitu The Great Ocean Road Marathon. Ni sebab saya datang ni.

303880-37705420-dc95-11e3-971d-8b7ef05f4600
Gambar Internet

Oh ya satu lagi. Sepanjang The Great Ocean Road ni dia akan ada hentian sebelah atau Look Up Point. So kita boleh berhenti dan layan scenery. Ada banyak jugak. Means, kita tak delah simply-simply berhenti dan boleh ganggu traffic. Ini contoh lookup point satu saya amik pic.

lookpoint

Ini salah satu video yang saya amik tapi lupa kat lookup point mana.

Basically ada benda lain lagi sepanjang jalan ni misalnya berhala – berhala batu seperti 12 Apostle. Yang tu nanti saya tulis lepas race. Trunvelogue kan detail. So lama sikit la nak kena layan sampai abis. Tapi saya pun macam dah menyampah nak tulis ni. Tapi takpelah…. untuk guide orang lain kut nak mai datang saya akan cuba habiskan juga. :D

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *