Trunvelogue, KitabkeViktor : Visa ke Australia

Masa first time saya ke Australia tahun 2013 dulu, semuanya diuruskan oleh kawan saya sebab waktu tu saya tengah depression. Otak tak boleh nak guna untuk berfikir, so kawan saya yang uruskan dari A-Z. Tau-tau amik bag kemas terus fly. Balik Malaysia bawak balik postcard I Love Australia dengan postcard gambar koala.

So kali ini, semuanya saya urus sendiri (dengan bantuan isteri). Antara benda yang hampir kami terlupa adalah untuk buat Visa.

Seingat saya, lagi beberapa hari nak fly, baru saya terhegeh-hegeh nak apply Visa dan nasib baik boleh.

Saya nak fly 11 May, saya apply visa on 7 May, melalui online. Kos dia RM20 satu dan 3 bermakna RM60. 7 May tu hari Sabtu tak silap saya. Dia punya berdebar-debar, hanya tuhan yang tahu. Tiket flight dah beli lagi awal dah. Campervan dah bayar. Kalau Visa tak lepas…. memang terbaiklah.

So proses dia begini.

1. Apply Visa
Ada banyak tempat rupanya untuk buat visa. Dan harga berbeza-beza. Saya buat di sini. https://www.australiavisa.my/. Sekarang harga dia dah jadi RM25. Masa saya buat RM20.

Screen Shot 2016-06-03 at 1.08.20 AM

Memula isi borang online dia. Then buat bayaran Maybank2u. Then saya email pada dia yang saya dah buat bayaran dengan attachment receipt. Saya siap tanya sempat ke tidak siap visa saya.

visa_appy

2. Received Visa
Esoknya terus depa email balik yang visa approved sekali dengan slip visa tu. Ada 3 Visa semuanya dalam 3 email yang berbeza. Terus rasa lega. Feh….

Screen Shot 2016-06-03 at 1.11.35 AM

Ini contoh slip visa tu. Ni EL punya. Visa dia laku setahun. Lama tu.

visa_australia

3. Check Detail betul ke tidak
Next step bila dah dapat tu jangan gembira sangat tak tentu pasal. Kena check betul-betul segala detail mak nenek dia. Buatnya salah spelling ke salah nombor passport ke tak ke naya. So double check everything.

4. Print out Visa
Last step kalau semua ok, then boleh print siap-siap. Satu visa 1 A4. Sebab dia dah kirim asal-asal macam tu. So ada 3 keping A4. Print, ketip terus dekat passport senang tak ilang.

So itu basically 4 step untuk visa. Cuma saya macam masih was-was betul ke tidak ni ke tipu. Yelah, first time apply then apply pulak tu pada website yang agak meragukan…. bukan apa… kalau pergi kat website dia tu macam web pun tak semegah mana…. so saya buat double check semula dengan imigresen Australia. So saya pergi sini :

https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/etas

Kalau ikut yang saya baca kat web tu, dia macam kita boleh masukkan detail kita dan search sama ada kita dah ada valid Visa ke tidak. Tapi masalahnya, visa yang saya dapat tu tak ada reference number so saya tak boleh nak check betul ke tidak.

Screen Shot 2016-06-03 at 1.25.02 AM

Oleh kerana tak boleh check, maka hari Isnin tu ( 9 May ) saya call semula company yang provide visa tu pada saya dan bagitau depa yang saya tak boleh check dengan imigresen australia sama ada betul ke tidak visa saya valid. Company tu reply yang visa dia bagi valid. Saya tanya dia kalau valid kenapa tak ada reference number. Dia cakap visa memang tak ada reference number. Dan memang kalau yang dia bagi tu tak ada reference number pun. So saya tanya dia macam mana saya nak tau ni sebab saya takut kalau-kalau bila saya nak fly esok tetiba tak boleh camna? Dia suh saya check dengan travel agent saya yang saya booking flight. Saya bagitau dia yang saya beli tiket sendiri then dia suh saya check dengan airlines.

Bila sampai tahap ni saya kata ni dah mengarutlah ni sama ada dia pun tak tau yang boleh check validity visa kat web imigresen Australia atau saya dah kena getah RM60.

Last sekali saya kata dalam hati, lantaklah apa nak jadi saya berserah total kepada tuhan yang maha berkuasa. Andaikata sebab visa bangang RM60 ni saya tak jadi fly, maka apakan daya.

Dipendekkan cerita, visa tu memang valid. Dan masa cop passport kat Australia, saya tengok officer dia macam tengok tak tengok pun visa tu. Mungkin dalam sistem semua dah ada kut? Anyway, ok. Len kali boleh la guna company yang sama untuk apply visa.

Saya bukan apa. Yang buat jadi lagi senak perut tu bila saya tengok nak apply visa through web imigresen Australia cost dia AUD20 sedangkan saya apply cuma RM20. Mau tak serammmm…..

Pengajaran :
Buat visa awal kalau boleh masa beli tiket flight

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *