Trunvelogue, KitabkeViktor : Yang Awal

13129384_504328399762713_241342001_n

17 hari saya tidak ada di tanah air ini. Dan 17 hari juga saya tidak menulis apa-apa, kecuali catatan pendek dalam buku hitam kecil moleskine saya.

Saya membawa anak dan isteri ke tanah Australi. Selain daripada lari di Great Ocean, saya ada berlari di beberapa tempat lain lagi. Tidak semua larian saya dalam pengembaraan pendek ini bermatlamatkan perlumbaan. Ada yang kerana saya mahu merasai apakah perasaan lari ditiup angin yang kuat.

Sejujurnya ini adalah kali kedua saya ke tanah Australi. 3 tahun lepas, saya ke sana seorang diri mencari jawapan yang saya sendiri tidak pasti. Kebanyakkan tentang itu saya sudah lupakan, tetapi mungkin, sebagai sebuah kenangan, “revisit” zaman silam kadangkala membuatkan kita tersenyum sendirian. Boleh lihat catatan instagram saya #ditanahdiantara.

11363672_375797315942918_868975760_n

Persetankan kisah silam. Kita hidup adalah untuk hari ini. Masa ini. Moment ini. NOW.

Yang saya ingat cuma satu. 3 tahun lepas saya telah berjanji yang satu hari nanti saya akan bawa isteri saya ke Australi. Tuhan lebih mengerti dan Tuhan lebih memahami. Kisah yang Tuhan tulis rupanya mempunyai hikmah dan rahasia tersendiri.

Tuhan makbulkan doa dan janji saya. Dan lebih manis, bukan setakat saya dan isteri, Tuhan includekan El Lukh sebagai peneman, penguji sabar dan “guru” kepada saya dan isteri. Apa tidaknya, banyak yang saya belajar tentang “anak” dan “sabar” bila kami ber-campervan bersama. Bukan mudah untuk bawa seorang infant yang berumur 10 bulan mengembara bersama rupanya.

Catatan travelog ini bukan semata tentang “larian”. Saya akan tuliskan juga beberapa kisah pendek yang saya lalui sepanjang perjalanan menuju dan kembali dari The Great Ocean. Saya berfikir begini. Ini bukan satu “Runcation” bagi saya kerana “Run + Vacation” adalah gabungan sesuatu yang maximum effort dan maximum santai. Atau sesuatu yang boleh jadi meletihkan dan juga menyeronokkan. Well… Lari , + Vacation…..

Berlari dan mengembara adalah satu hal yang baru bagi saya. Lalu saya tambah satu kategori baru dalam blog ini, yang saya namakan :

Trunvelogue. 

Travel + Run + Log

Apakah beza “Runcation” dengan “Trunvelogue”? Kemungkinannya begini. Runcation adalah berlari dan bercuti. Ia lebih kepada menyertai acara larian sambil menikmati percutian. Apabila bercuti, kita hanya mahukan santai dan keseronokan.

Trunvelogue sebaliknya, adalah satu pengembaraan alam diri yang mempunyai beberapa siri larian didalamnya, dan seharusnya sesebuah Trunvelogue patut mengajar seseorang untuk lebih kenal dirinya sendiri, melalui jalan yang ia pergi.

Ia boleh jadi sangat tense. Ia boleh jadi sangat deep. Ia juga boleh jadi sangat happiness. Ia boleh jadi juga, satu puncak ketenangan.

KitabkeViktor adalah tajuk Trunvelogue pertama saya ini. Untuk yang paling awal, saya ucapkan terima kasih kepada isteri dan anak saya, kerana sudi menyertai saya. Sebenarnya ia tidak dirancang serapi mana pun tetapi entah kenapa, pada satu hari yang gila, saya telah terbeli tiket race ke Great Ocean. Ketika itu baru saya tersedar. Sebuah janji, ditepati.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *