Trunvelogue, siritokyomarason : Activate JR Pass & Suica Card

IMG_4518

Settle hal imigresen kastam semua, next sebelum terus ke AirBnb, isteri saya nak activatekan JR Pass yang beli sebelum datang hari tu.

Basically apa ke menatang JR Pass ni?

Untuk travel melalui train di Jepun, ada 2 kategori train. Pertama long distance dan kedua short distance. Long distance ni biasanya bullet train manakala short distance adalah Subway. Long distance adalah train yang keluar dari Tokyo ke prefecture lain seperti Kyoto, Osaka bagai manakala subway adalah train yang berlegar dalam bandar Tokyo sahaja.

Untuk long distance, bullet train, atau lebih dikenali sebagai Shinkasen, boleh pilih antara :

Screen Shot 2017-03-28 at 7.12.01 PM

Sebenarnya agak pening jugak nak tau detail adalah lebih baik anda tentukan awal-awal destination anda nak pi mana then consult dengan JTB di KLCC untuk details. Boleh pergi ke posting ini untuk alamat dan contact info JTB.

Trunvelogue, siritokyomarason : JTB Pt 2

Screen Shot 2017-03-28 at 7.18.32 PM

Dalam kes saya, isteri saya amik JR East Pass. Kenapa, pertama kerana kos, sebab JR Rail ni bukan Shinkasen paling top, tak silap saya no 3 dalam Jepun. So rega dia tak lah mahal gila berbanding dengan Shinkasen pertama. No 2 pulak sebab kami memang akan travel ke Kyoto dan Osaka, so memang kena naik Shinkasen. Antara hal penting yang nak kena tahu adalah :

Proses Pembelian
1. Tiket mesti beli di Malaysia. Tiket tidak dijual di Jepun untuk foreigner.
2. Masa beli tiket di Malaysia, make sure bawa passport sebab dia nak tulis nama ikut sebijik dengan dalam passport. Kalau salah nama misalnya BIN ke B. ke, ada kemungkinan masa nak activate JR pass gagal.
3. JR Pass boleh beli ikut hari. Misalnya 5, 7 hari, atau 14 hari, atau atau atau…..
4. Bila beli flat rate 7 hari (contoh) boleh gasak naik lapan ratus kali pun tak pe, janji dalam masa 7 hari sahaja.
5. Bila dah beli, dia hanya bagi dokumen, bukan tiket lagi.
6. Jangan pulak lupa nak bawak dokumen ni ke Jepun.
7. Harga JR Pass yang kami beli untuk 2 orang 7 hari adalah RM2,330 (#abiangsakitperut).
8. Raja Kecil EL Lukh, percuma. (#lega).

Proses Activation
1. Dah beli tiket tu bukan bermakna tiket dah boleh pakai terus. Dokumen yang saya kata tadi kena activate dulu then baru dia bagi tiket hijau kecik. Dokumen ni dipanggil Voucher.
2. Activate tiket di Narita, Japan. Make sure ada passport sekali.
3. Activate JR Pass ini adalah dari sekian tarikh ke sekian tarikh. Bukannya kita rasa nak pakai esok, then pegi pakai je untuk kira aktif dari hari yang kita start pakai. Means, kita kena rancang nak pakai hari apa, then activate.
4. Activate awal tak ada masalah, macam yang isteri saya buat, sampai di Narita terus activate untuk pakai pada hari sekian-sekian.
5. Disarankan Activate awal di Narita sebab jangkamasa nak activate ni bapaklah lamanya. So kalau nak activate hari nak naik keretapi, hang memang buang masa. Unless sampai-sampai Narita terus nak naik tu lain cite.
6. Ada kemungkinan juga time kami nak activate tu orang ramai so saya dengan EL tunggu sampai EL tertido. Saya siap boleh pusing-pusing kat bawah tu pergi kedai itu ini masih lagi tak settle.

Proses Penggunaan
1. Bila dah dapat tiket hijau kecik tu, bila nak guna cuma perlu tunjuk pada pegawai train di kaunter masuk. Biasanya ada pegawai train punya kaunter kat setiap entrance nak masuk platform train.
2. Tak payah gatal nak slot in tiket dalam mesin tiket pulak sebab tu untuk Suica kad sahaja.
3. Boleh decide sama ada nak reserve seat dalam Shinkasen atau tanak reserve.
4. Make sure amik map untuk reff di masa hadapan mana tau nanti iPhone habis battery dah lost tatau nak pergi mana. Bila tengok map tu jangan menangis pulak. Tarik nafas dalam2 dan minta gerak dari tuhan untuk kefahaman yang lebih jitu, persis dan tepat.

IMG_4525

Ini ada video tambahan bagaimana nak guna JR Pass.

Ini pulak top 10 soalan berkaitan JR Pass.

Suica Card

Untuk mobiliti dalam Tokyo pula, kena beli satu lagi tiket untuk Subway Train. Yang ni nama dia Suica Card. Dia macam touch n go la kat Malaysia ni. Beli di tempat yang sama activate JR pass tadi. Ada brand lain macam Pasmo apa ntah tapi kami beli Suica Card.

suica
Gambar internet

Untuk Suica Card ni, nak beli kena deposit 500 yen + berapa yen lagi yang rasa bajet nak guna untuk travel. Sebagai contoh, yang kami beli tu sekeping 1000 yen. Deposit + nak guna. Bila nak blah dari Jepun balik Malaysia boleh pulang semula Suica Card ni dan dapat balik deposit 500 yen tadi. Kalau tanak pulang pun takpe sebab jangkahayat Suica Card ni 10 tahun. Lama tu. Ini contoh kaunter masuk nak ke Platfom. Untuk guna Suica Card, cuma swipe kat atas gate entrance tu.

hq720Gambar internetticket_gate_japan
Gambar internet

Manakala untuk top up Suica Card pula, biasanya ada mesin top up kat setiap train station. Nak top up tu agak user friendly juga. Tapi dalam user friendly dia punya interface tu saya kena berterima kasih pada En. Remin sebab dia yang ajar isteri saya cara nak top up.

HowToSuica3
Gambar internet

Masa saya kat sana saya ada nampak orang guna Suica Card dari telefon depa. So maksudnya dah ada apps untuk Suica Card tapi saya tak cuba pula. Boleh pakai dengan smart watch sekali misalnya Apple Watch.

iphone7-plus-jp-watch2-wallet-suica-balance
Gambar internet

Selain daripada bayar tiket subway, Suica card boleh juga digunakan untuk beli air dari vending machine. Beli rokok saya tak test pulak. So maksudnya, bukan setakat nak naik train sahaja dan kalau jalan siang malam pagi petang sampai sakit kaki dan dahaga, boleh guna Suica card ini. Boleh juga guna untuk locker simpan barang di train station atau beli barang kat kedai. Tapi kena ingat, jangan pulak cuba nak guna JR Pass untuk locker atau beli air. Gelak dek orang jepun nanti. Taulah Jepun menjajah kita, kebodohan tu simpan sikit. Cover.

2818137_orig
Gambar internet

Untuk panduan, boleh cek logo-logo ni kat kedai ke restoran ke  untuk guna Suica Card. Kalau ada boleh swipe.

img_logo

Kalau nak travel luar Tokyo, Suica Card ni masih hidup lagi. Means, tak payah beli kad jenis lain pulak sebab Suica Card ni dah level interbrand, maksudnya boleh swipe kat kad brand lain. Boleh rujuk gambar kat bawah. So tak yah nak risau buat hobi baru kumpul kad.

img_map

Ini ada video summary yang saya kira sangat membantu tentang Suica Card ini.

Now, nota tambahan.

Masa travel dalam Tokyo, kadang-kadang kalau ada train JR, kita boleh jimat Suica Card kita sebab kita dah ada JR Pass. Hat ni kena cekap tengok train la. Sebab JR Pass boleh guna untuk semua train bawah JR Rail. Means, yang short distance pun dia ada cover tapi bukanlah shinkasen.

Lepas tu pulak, JR Pass bukan boleh naik semua Shinkasen. Kena check betul-betul Shinkasen yang terpilih sahaja bawah JR Rail. Sebagai contoh, JR Pass tak boleh guna untuk Shinksen Mizuho.

Settle bab JR Pass dan Suica kad, sekarang kami nak menujur ke AirBnB untuk berehat. Dari Narita nak ke rumah AirBnB, kena naik train ke Tokyo Station. Next posting saya akan sharekan macam mana penggunaan apps google map yang sangat power menyelesaikan semua masalah matematik transportation di Jepun.

Bacaan Lanjut
https://en.wikipedia.org/wiki/Suica
http://www.jreast.co.jp/e/pass/suica.html

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *