Trunvelogue, siritokyomarason : Cara packing barang untuk jimat space

IMG_4232

Apabila saya melihat kembali siri trunvelogue didalam blog ini, saya dapati kisahnya tidak habis. Lalu saya bertanya kepada diri saya sendiri, mengapa ini boleh terjadi? Diri saya, secara spontan menjawab : Kerana kau malas.

Saya terdiam lalu mendendami diri saya sendiri, kau tunggu. Tengok Trunvelogue siritokyomarason aku nanti dan akan aku buktikan. Ia akan tamat dalam masa yang singkat.

Maka ia membawa kepada posting pertama ini. Sebelum Pergi : Cara packing barang untuk jimat space

***

Sejujurnya persiapan saya ke Tokyo ini agak kelam kabut sedikit. Ini adalah kerana dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu akibat tekanan politik dari pelbagai pihak, menyebabkan saya terpaksa bekerja keras untuk menyara hidup. Masa untuk saya huha-huha agak terhad. Saya serahkan segala hal research dan findings untuk ke Tokyo kepada isteri saya yang juga merupakan suri rumah sepenuh masa.

Lagipun, dia boleh berbahasa jepun. Oleh itu tugas komunikasi segala bala ini saya serahkan kepada dia.

***

Saat-saat akhir untuk berangkat pergi, isteri saya telah datangkan satu idea yang berbeza dari sebelum ini. Dalam kategori packing – memacking, saya lihat ada improvement dan sedikit innovation berbanding masa lalu. Ya, kami berdua memang pernah sekolah di asrama penuh. Saya di Pekan dan dia di Jitra Kedah. Hal packing – memacking ini memang kami telah dilatih sejak kecil lagi. Sama ada packing untuk ke sekolah, atau packing di sekolah untuk balik rumah, biasanya pakcing di sekolah untuk balik rumah lebih menggembirakan.

QEEN5561
2 bungkus pampers je dah penuh satu beg apa hal?

Kali ini kami akan travel ke Jepun selama 14 hari. Dulu masa ke Australia, 17 hari kalau tak silap. Sama juga dengan travel ke Australia, saya bawa anak saya EL Lukh bersama. Apabila travel bersama anak kecil ini, banyak hal yang perlu diambil kira. Paling utama adalah tentang pengurusan masa. Kita tak ikut masa kita, sebaliknya kita cuba sesuaikan masa kita dengan masa  anak kita. Sebagai contoh, untuk pilih tiket flight, ada consideration time flight tu bila sebab kalau silap masa, jawabnya anak tak tidur. Bila anak tak tidur, satu flight akan tension dengan anak kita yang buat bising. Lebih-lebih lagi kalau dia menangis dalam flight yang lebih dari 6 jam.

Yang kedua pula adalah tentang pengurusan barang-barang. Tin susu memang confirm kena bawak sebiji. Selain juara baju dan seluar dan baju sejuk dan stokin dan kasut dan lain-lain, pampers EL Lukh juga memainkan faktor terbesar dalam menggemukkan bag kami.

So apakah innovasi pengembaraan dalam kategori packing – memacking kali ini?

Isteri saya dengan rajinnya telah ke Daiso dan membeli plastik bungkus besar-besar untuk packing baju-baju dan pampers. Plastik ini, harganya sekampit RM5,30 (0.30 Government Say TQ) membunyai zip lock dan didatangkan dengan klip oren kecil untuk mengunci zip lock itu secara kemas.

IMG_2340

IMG_2339

IMG_2357

Mula-mula baju diagihkan mengikut keperluan di Jepun. Oleh kerana siang-siang lagi saya dah bagitau yang trunvelogue ke Jepun ini ada 3 fasa, maka isteri saya telah membungkus semua baju mengikut fasa tersebut.

Fasa pertama : Tokyo Marason 23 Feb – 26 Feb 4 hari > Tokyo
Fasa kedua : Kyoto Kill Bill 27 Feb – 2 Mac 4 hari > Kyoto
Fasa ketiga : The Life Crisis 3 Mac – 8 Mac 6 hari > Tokyo

Nanti saya tulis lagi detail tentang fasa-fasa tersebut.

IMG_2338
Juara baju : EL Lukh
IMG_2355
Lepas bungkus, gunakan klip oren untuk zip secara kemas

OK. Selain daripada baju, isteri saya juga telah membungkus beras dan lauk pauk yang dibeli dari kilang Brahims. Beras ini dibungkus kecil-kecil mengikut hari, manakala lauk pauk Brahims dibuang kotaknya dan disekalikan dengan bungkus kecil beras mengikut hari. Tak lupa juga 2 in 1 Nescafe dan Milo buat bekal minum cuaca sejuk nanti, dan beberapa kotak rokok.

Semua bungkusan ditandakan mengikut tarikh dan lokasi berdasarkan 3 fasa tadi. Setelah semuanya selesai, saya mengambil vacuum cleaner dan menyedut angin keluar dari bungkusan plastik ini, lalu ia membentuk bungkusan-bungkusan vacuum yang mengepit baju-baju, pampers-pampers, makanan-makanan. Visual bungkusan ini sangat layan, saya tidak tahu nak gambarkan melalui perkataan bagaimana, tetapi melihat bungkusan-bungkusan padat tanpa udara adalah satu pengalaman yang mengkhayalkan.

Berikut adalah satu contoh perbandingan dimana sebelum bungkus dan selepas bungkus. Ini adalah bungkusan persalinan larian saya kelak.

IMG_2351
Gemuk

IMG_2349
Pandangan gemuk sisi

IMG_2353
Setelah di vacuum, menjadi kurus

IMG_2352
Padat

IMG_2346
Contoh lain, Pampers

IMG_4448
Makanan buat bekal malam

IMG_2358
Semua ini muat dalam satu beg. Berjaya.

Sedikit tambahan, basically plastik bungkus ni ada 2 jenis. Satu yang zip lock macam ni, satu lagi yang ada bagi sepiring bulat. Sepiring bulat ni lagi senang nak guna sebenarnya dimana sepiring bulat ni kita lekat kat plastik, zip lock dulu dan vacuum melalui sepiring bulat. Kira cam lubang untuk slot kan vacuum. Yang ni cepat habis cuma size dia tak ada yang besar.

20130126_154206
Gambar sepiring bulat, gambar dari internet

So yang saya guna ni agak tricky sikit dan perlu dua orang untuk urus. Seorang standby dengan klip oren untuk zip cepat-cepat manakala seorang lagi kena pegang vacuum. Kalau tanak vacuum pun boleh, boleh pakat pijak dan keluarkan angin secara manual tapi angin masih ada la, tak sepower kalau guna vacuum.

Saya dapati dengan teknik ini banyak ruang dalam bag boleh save sebab baju semua dah dicompress kaw-kaw punya. Dan bila sampai Tokyo, tak yah pening kepala, cuma buka plastik ikut hari yang telah ditetapkan.

Satu lagi kalau flight terhempas dalam laut masa terbang, baju kita tak basah. 😀 Pampers masih boleh digunakan.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *