Trunvelogue, siritokyomarason : Flight ANA dan JAL

Dulu masa kecik, selain daripada Kesatria Baja Hitam dan Gaban, ada juga cerita alih bahasa En.Roberto yang memupuk nilai kesopanan dan kelembutan perempuan ( Kesatria Baja Hitam dan Gaban of course element dia keganasan ). Dua cerita alih bahasa ini adalah Maero Attack, dimana ahli pasukan bola tampar remaja perempuan yang terlupa pakai seluar track bermain volleyball di khalayak ramai dan juga Chiaki Matsumoto, siri drama pramugari penerbangan JAL.

title-752

Saya tak ingat sangatlah drama ni macam mana. Yang saya ingat cuma dua. Pertama banyak pramugari jepun yang comel-comel. Kedua pulak ada satu scene dimana dalam kelas pramugari itu mereka belajar pasal mengenal duit negara asing. Ntah macam mana, bila depa tengok duit Malaysia ( ntah ye ntah tidak duit Malaysia ) salah seorang pramugari berkata, “Eh cantiknya duit Malaysia ini”.

***

Bila isteri saya tanya nak naik flight apa, saya cepat-cepat katakan sama ada JAL atau ANA. Bila dia tanya lagi kenapa tanak naik MAS? Saya cakap pergi Jepun, kenalah naik flight Jepun. Walhal saya teringin nak tengok pramugari Jepun sebab masa kecik dah di-instillkan dengan kecomelan Chiaki Matsumoto.

B8UIxaTCEAEyFTr

Maka isteri saya yang baik hati sporting lagi penghuni syurga pun search ticket dan akhirnya antara JAL dan ANA, ANA yang lebih murah. Berikut adalah pemerhatian saya tentang Flight ANA.

1. ANA atau JAL?
ANA adalah flight utama Jepun yang lebih lama beroperasi berbanding JAL. In term of harga, kena tengok la kadang-kadang ANA murah kadang-kadang JAL murah. Pada waktu hari isteri saya buat search, ANA lebih murah so kami decide ambil ANA.

Untuk tengok perbezaan spesifikasi flight secara detail, boleh tgk sini.

maxresdefault

2. Narita atau Haneda?
Dari Malaysia ke Tokyo ada dua airport, pertama Narita (main airport) manakala Haneda (aiport kedua). Kedua-dua airport ini adalah international airport.

Lebih banyak flight international turun ke Narita manakala lebih banyak flight domestik turun di Haneda. Narita airport lagi moden berbanding Haneda.

kanto

Narita lebih jauh untuk ke Tokyo manakala Haneda lebih dekat. Namun lebih banyak transportation option dari Narita ke Tokyo berbanding Haneda. Train dari Narita boleh sampai ke station utama Tokyo, Shinjuku dan Shibuya tetapi kos transportation dari Narita lebih mahal berbanding Haneda.

Mulanya plan asal memang nak turun di Haneda tapi malangnya tiket ANA ke sana habis. Yang tinggal turun kat Narita saja. #sayalegakenabayarlebih

Screen Shot 2017-03-26 at 7.00.36 PM
Screen Shot 2017-03-26 at 7.01.45 PM

3. Harga Tiket
Total harga tiket ANA untuk 3 orang, saya, isteri dan EL adalah RM2,937. Kalau bahagi 2 (EL baby tak yah kira la ) seorang RM1,468 untuk pergi balik. Berbanding dengan tiket MAS waktu itu, seingat saya 3 orang pergi balik dekat nak RM5 K. JAL pulak beza 2 ratus lebih. So consider ANA paling murah-lah untuk waktu itu. Beli tiket Online saja dari web ANA sendiri iaitu https://www.ana.co.jp. Jangan risau web dia bukan cakap jepun.

Saya beli tiket pada 19 Januari untuk flight yang bertarikh 23 Februari. Kira kali ni beli tiket agak awal berbanding travel yang lepas. Almost sebulan awal. Ini satu PB yang sangat dibanggakan.

Screen Shot 2017-03-26 at 2.36.56 PM

Lepas beli tiket, dia email ke kita pertama, resit purchase oleh credit card,

Screen Shot 2017-03-26 at 2.25.05 PM

kemudian kedua, e-ticket. Tiket ni cam biasala, print la nak senang.

Screen Shot 2017-03-26 at 2.14.53 PM
Masa nak beli tiket tu ada insiden berlaku sikit. Oleh kerana travel dengan anak, so isteri saya pairkan EL dengan saya sebagai first passenger. Malangnya nama saya terlampau panjang (sebab tu saya letak nama anak saya pendek). So bila nak type in nama tu agak susah sikit sebab limited character.

Last sekali nama EL dalam tiket MKA / EL. Nak letak EL LUKH BIN MOHD KHAIRUL AZIZI tak lepas. Tapi bila call ANA, depa suh email passport EL dengan tulis sikit masalah nama ni then depa update balik dalam sistem. At the end of the day, ok je. Tapi macam agak seramlah sebab kalau nama tiket tak sama dengan passport kan cam seram-seram basah.

Cuma lenkali kalau nak pairkan nama anak, moral dia pairkan dengan nama parents yang paling pendek. Kalau rajin pergilah tukar nama.

Screen Shot 2017-03-26 at 7.44.38 PM

4. Visa
Dari Malaysia nak ke Jepun tak payah VISA sebab passport kita dah genius. So VISA punya hal tak payah fikir.

Screen Shot 2017-03-26 at 2.28.54 PM

5. Flight Time
Tempoh perjalanan adalah lebih kurang 6 jam 40 minit dari KLIA 1 ke Narita Airport.

Screen Shot 2017-03-26 at 2.20.56 PM

Berikut pula adalah screenshot dari email saya untuk pergi, dan balik. Perlu diingatkan, tempoh beza waktu Malaysia dengan Jepun adalah Jepun lewat satu jam. Maksudnya kalau kita pukul 12 tengahari, depa dah pukul 1 tengahhari.

So kalau ikut flight pergi ni, bertolak 8 pagi, sampai sana 2:40 petang waktu Malaysia. Waktu jepun, 3:40 petang.
Screen Shot 2017-03-26 at 2.19.16 PM
Screen Shot 2017-03-26 at 2.19.24 PM

6. Berat Beg
Ini penting. Sebab pergi mungkin beg kurus. Balik beg jadi gemuk. Untuk flight ANA, Economy Class, sorang boleh bawak 69 kilo total, satu beg maksimum 23 kg.
Screen Shot 2017-03-26 at 2.31.13 PM

7. Pramugari ANA
Pramugari ANA dia punya dress code taklah se-seksi dan hot macam Air Asia. Pakaian dia lebih sopan dan menyerlah budaya timur yang lemah lembut. Skirt depa tutup kepala lutut.

p1

009

Satu hal yang saya perasan berbeza dengan MAS, masa memula sampai tu pramugari semua pakai baju pramugari biru muda dia tu. Tapi bila time serve makanan, depa sarung apron. Kira cam agak detail baju dia dan specific untuk tugas. Time makan, I pakai apron. Time lain, I pakai suit pramugari I. Saya macam terfikir kenapa la masa flight tutup lampu depa tak tukar baju tidur. Hmmmmmmmm……

IMG_4576
Lupa gambar ni masa nak take off atau masa dah sampai Narita

8. Bahasa dalam flight
Dah namanya flight All Nippon (airlines) makanya bahasa rasmi dalam flight adalah bahasa jepun. Habis pengumuman, akan diikuti dengan bahasa inggeris pelat jepun.

9. Komik Kecil
Since kami dengan baby, so duduk-duduk je pramugari datang kat kami dulu. Ingatkan apa ke rupanya pramugari bagi komik kecil. Komik ni mengisahkan cara-cara untuk menjaga anak dari membuat letupan kecil di dalam flight.

Saya lupa nak simpan komik kecil ni tapi rupanya ada kat web depa. So boleh tengok sendiri. 😀

20313-lang-en.gif

Basically ini memang the moment of truth level first contact dengan Jepun. Belum sampai lagi Jepun lagi dia punya element mangga dan kawaii dia dah datang kat kita. Kelakar betul.

Selain dari komik kecil, EL dapat mainan belon udara berbentuk kapal terbang tu. Sebab flight pergi balik so dapat 2.

10. Bassinet
Oleh kerana EL masih kecil dan berat tak sampai 13 KG, maka isteri saya order bassinet, sama macam pergi Aussie dulu. Bassinet FOC, cuma kena call ANA bagitau nak bassinet lepas beli tiket. Seminggu sebelum fly kena call semula untuk update berat badan EL berapa sebab nak kena make sure tak sampai 13 KG lagi.

Baby tak boleh ada dalam bassinet masa nak take off dan landing. So baby boleh tidur dalam bassinet cuma masa flight tengah terbang. Kalau cuaca cam cibai, kena angkat baby keluar dari bassinet dan pegang erat sambil berdoa panjang.

Kebiasaannya bila dah amik bassinet, seat yang depa bagi mesti depan dinding. Kira dalam row pesawat, agak depan sekali. Ruang kat sini cam mewah sikitlah so EL Lukh boleh main-main kat bawah tu buat macam rumah sendiri.

IMG_2371 IMG_2370

Biasanya kalau pi travel dengan baby ni saya selalu amik flight malam. Sebabnya siang tu bagi EL gila-gila punya main sampai letih, so bila dah nak take off tu dia dah tidur. Tapi malangnya flight kali ni gagal tidurkan EL  awal sebab flight pagi. Dia dah tidur lama gila sejak malam tadi. Elok je nak take off pukul 8:00 pagi tu, EL bangun segar bugar mata terbuntang luas.

Bila dia tak tidur, mula nak aktif menyibuk hal orang nak pegi jalan sana pegi jalan sini. Nak suh duduk dengan kita jawabnya 5 minit je duration dia lepas tu mengamuk. EL ni agak buas dan ekplorasi dia agak tinggi. Last-last saya tawaf seat flight dengan EL hampir 18 kali dari bawak berjalan pimpin tangan sampailah ke dukung.

EL ni tak takut orang so semua orang dia nak cuit. Macam semua orang tu mak ngan pak sedara dia je dia buat. Kali ni travel dengan EL dalam flight agak mencabar betul. Tapi at the end of the day isteri saya berjaya jugak tidurkan dia. Nasib baik betul. Lega. Bila EL dah tidur, satu flight bersyukur sebab suara EL menjerit dah tak kedengaran.

11. Makanan Halal
Jangan risau, makanan dalam flight adalah halal bagi yang memilih makanan mengikut logo. So pramugari akan datang double check dengan kita bahawa kita kena makan hanya makanan yang ada logo. Dia akan beri sticker untuk tepek kat tempat duduk supaya pramugari lain nampak sticker ni dan bagi makanan berlogo pada kita. Sticker tu jangan tepek kat dahi.

Screen Shot 2017-03-26 at 10.23.48 PM

12. Hiburan dalam flight
Pramugari tidak ada buat joget-joget untuk penumpang. Jika bosan, boleh layan movie pada tv lipat di kerusi. Seleksi filem agak terhad dan tak macam MAS. Yang agak bengong sikit adalah bila cite kartun untuk budak-budak dimulakan dengan iklan. Patutnya skiplah iklan. Tayang iklan tu kat cite orang besar takpe. Sebabnya makhluk kecil macam EL Lukh bukan reti bahasa kalau buka tv terus dan dan tu nak tengok katun. Lambat sikit mula nak mengamuk.

13. Stroller
Dulu pi Aussie beli stroller mothercare XS yang terkecik kat dunia so boleh hand carry. Tapi kali ni bawak stroller Quinny bapak besar gergasi ( nanti saya tulis sebab apa kat post lain ). Stroller ni size tayar dia sama dengan size kapalterbang ANA so tak boleh bawak masuk cabin. Masa check in depa bagi tag dan buh kat stroller, then masa masuk waiting room sebelum fly, pass stroller ke pramugari untuk depa lipat dan simpan masuk kargo. Depa balut dengan plastik dulu.

Namun sebelum pass dekat pramugari tu kena demo dulu pada dia canne nak lipat stroller kita sebab rupanya stroller orang Malaysia ni canggih-canggih berbanding orang jepun punya.

Bila dah touch down, turun je dari flight stroller dah tunggu kat tepi tangga so pickup terus untuk masuk naik bas.

14. Naik Bas
Bila touch down kat Narita, turun flight dan naik bas untuk ke terminal. Rasa cam gi Mekah pun ada. By the way, dalam bas majoritinya penuh dengan runners. Tengok jam dengan kasut dah boleh agak.

Screen Shot 2017-03-26 at 9.50.22 PM
Pemandangan dalam bas yang tak berapa nak pemandangan pun

***

Jam 3:40 petang kami touch down di Narita Airport. Matahari di luar tingkap seperti hampir terbenam sudah. Cahaya saat akhir sebelum padam, memancar masuk kuat ke dalam flight, menyuluh muka isteri saya dengan cerah sekali. Ini membuatkan saya terperasaan, senyuman kegembiraan diwajahnya sangat jelas kerana mungkin akhirnya sampai juga ke negara matahari terbit ini. Sekiranya sensei bahasa jepun sekolahnya dulu masih hidup, mungkin kami akan singgah untuk minum teh petang. Malangnya zaman dulu tidak ada Facebook mahupun Instagram.


Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *