Trunvelogue, siritokyomarason : Pampers paling power

Satu hal yang kena consider dan sangat penting juga kalau travel dengan anak kecil ini adalah hal pampers. Ini kami belajar dan post moterm balik Australi tahun lepas.

Spend mahal sikit untuk pampers tidak mengapa sebab adalah sangat penting untuk menggunakan pampers level premium kalau pergi travel. Antara sebab-sebab utama adalah :

1. Tahan lama
Berbanding pampers murah, pampers premium tahan lebih lama. Boleh dikatakan skala penggunaan berbanding pampers murah adalah 1 : 2. Bila tahan lama, pertama adalah penting untuk baby. Mood baby tak meragam so baby sentiasa selesa. Bila selesa, baby happy. Bila baby happy, mak pak dia pun happy gak nak berjalan. Yang kedua, bila tahan lama, proses nak salin pampers tu kurang. So instead buang masa salin pampers, masa yang berharga tu guna untuk jenjalan. Kena ingat, bila travel ke tempat sejuk, baby pakai baju dan seluar banyak lapis untuk cover kesejukan. So kalau dah baju ngan seluar je dah 5 lapis, bayangkan nak tukar pampers tu makan masa banyak jugak. Itu kalau baby tak mengamuk dan layan je bila dipakaikan baju berlapis-lapis. Buatnya baby mengamuk pada lapisan baju ke 3, tak ke lega.

2. Tak mudah leaking
Tak mudah bocor. So tak kena seluar. Kalau pakai pampers murah, sekali bocor, berapa lapis seluar dah membazir. Setakat 8 jam tu tahan lagi pampers premium ni.

3. Nipis
Cari pampers premium yang nipis. Sebab ada pampers premium yang tebal. Yang tebal ni bukan apa, kalau pergi tempat musim panas ok. Tempat sejuk seluar je dah berapa lapis memang gemuk gila appearance baby tu.

4. Kuantiti
So bila pampers ni tahan lama, nak bawak pergi travel tak banyak sangat. Instead of pampers murah, kuantiti yang nak dibawak tu agak banyak. So bila pampers yang sikit, baki space bag masih banyak.

5. Availability
Kalau ingat sampai Jepun baru nak beli pampers lupakan sahajalah. Harga dah lah berlipat ganda mahal. Pulak tu nak buang masa nak pergi kedai cari pampers. Kalau jumpa ok, kalau 18 kedai masuk tak jumpa-jumpa mau tension. Untuk pengetahuan, kat Jepun memang susah nak beli pampers. Pertama kena faham yang Jepun ni ada masalah dengan kadar kelahiran. So pampers tak jual kedai biasa. Dia jual kat farmasi. Tak ramai rakyat Jepun nak beli pampers so ada baiknya beli kat sini awal-awal.

6. Harga
Dah namanya pampers premium mestilah mahal sikit. Yang ni kena pengorbanan sikit tapi percayalah dia punya kesenangan masa travel kelak sangat membahagiakan. Average untuk pampers premium sekeping dalam RM1.50 manakala pampers biasa RM0.50. Agak mahal untuk sekali berak atau kencing. EL Lukh kau kalau besar esok kau hantar aku ngan ibu kau kat rumah orang tua memang aku sumpah kau masuk syurga lambat.

***

Dalam kes kami, isteri saya telah memilih Merries untuk pampers EL Lukh. Bila saya tengok harga dia, wow…. RM47 lebih. Biasa pampers EL sebelum ni RM30 lebih je. Tu pun kuantiti dia 2 x ganda. Tetiba rasa sakit perut. Ni yang nak pergi berak ni. Father dulu uwan kau balut dengan kain lampin je tau tak.

Screen Shot 2017-03-21 at 1.57.02 PM
***
Masa nak beli pampers ni kat Midvalley. Memang ada buka cam satu booth atau kawasan jual pampers kat sebelah kedai roti kat Jusco tu. So ada banyak brand pampers kat situ. Bila isteri saya dah beli Merries ni, tetiba datang promoter pampers brand lain berebut-rebutan. Siap demo dia punya pampers dan bagi free sample lagi. Mentang-mentang beli Merries ko ingat aku kaya sangat? Dasar manusia materialistik. Asal orang kaya je nak layan lebih. Ko tak tau bini aku beli sekali ni je tau tak. Tapi lakonan isteri saya hari tu memang hebat. Lagaknya bagai seorang Puan Sri berbudi pekerti lagi berhemah tinggi. Tahniah diucapkan.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *