Trunvelogue, siritokyomarason : Sangkut di Narita

Perjalanan melalui bas dari pesawat ke terminal tak lama mana pun. Sebaik sampai, perkara pertama yang perlu diselesaikan apabila masuk ke negara orang adalah berurusan dengan imigresen.

Screen Shot 2017-03-27 at 9.09.54 PM
BIG. BIG Aeroplane……

Ntah kenapa, apabila tiba sahaja di muka pintu terminal, tiba-tiba rasa macam tak sedap hati. Sekilas saya nampak wajah P.Ramlee berkata kepada bapak mertuanya dalam filem Madu 3, “Bala nak datang…..”

Kami meneruskan berjalan. Saya lihat ada yang berlari macam tak cukup tanah. Saya lihat juga ada yang berjalan laju. Saya lihat juga ada yang termanggu-manggu bagai mencari sesuatu. Dan kami, adalah tergolong dalam kumpulan itu.

Dari jauh lagi kelihatan pegawai imigresen memberi arahan (dalam bahasa jepun) kepada para penumpang. Pegawai ini, yang saya rasa mungkin umurnya lewat 50-an, memisahkan penumpang foreigner dan jepun, masuk ke lane tertentu menuju kaunter imigresen. Mukanya tegas, memberi arahan melalui tunjuk tangan sambil menjerit kuat. Feel pemisahan buku amalan yang kiri masuk neraka dan yang kanan masuk syurga sangat kuat disini. Tapi terfikir juga, neraka jepun, bagaimana seksaaannya? Syurga jepun, bagaimana bidadari yang dijanjikan itu?

Screen Shot 2017-03-27 at 9.09.16 PM

Saya masuk ke lane foreigner tersebut. Rasa bertuah feel buku amalan kanan sangat tinggi sebab kami sekeluarga antara yang awal keluar dari flight. Itu harus saya terima kasih kepada Raja Kecil, EL Lukh. Mukjizat Raja Kecil ini tinggi. Banyak superpower dia yang saya baru sedar dalam episod trunvelogue kali ini.

Antaranya boleh memendekkan masa yang panjang. Orang lain kena tunggu lama tapi bila ada Raja Kecil, masa menjadi pendek bila kami masuk flight awal sekali. Orang lain kena beratur. Kami masuk terus tanpa sesaat rugi. Time manipulation oleh Raja Kecil ibarat macam ada remote control di tangan. Boleh fast fwd keadaan.

Selain daripada telah makam “Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian”, Raja Kecil juga mempunyai sakti lain yang bernama hikmat pandangan lebur. Hikmat ini membuatkan orang disekeliling Raja Kecil cair bila bertentang mata dengannya. Lalu secara automatik semua orang macam terpesona dan akur dengan Raja Kecil lantas memberikan apa yang Raja Kecil mahu. Sebagai contoh bila nak masuk lif, kerana ada Raja Kecil, orang lain sanggup memberikan laluan kepada Raja Kecil untuk masuk dulu.

Dengan adanya Raja Kecil ini, hidup kami sebagai mak bapak Raja Kecil sentiasa dalam senyuman…..

Namun seperti biasa, pepatah hidup “Pantang senyum awal” nampaknya terkesan lagi hari ini. Baru nak senyum pergi cop passport, Pegawai Imigresen 50-an tadi meminta slip arrival saya. Sejurus saya beri, dia mengarahkan saya dan isteri untuk keluar dari lane sambil menunjuk ke meja tulis yang berhampiran dengan situ.

“Address, Address” Jerit pegawai ini.

Saya tengok pada slip arrival, nyata isteri saya membiarkan ia kosong sebagai tanda tanya. Saya memandang isteri saya dan belum sempat saya tanya dengan pantas dia menjawab, “Sorry mana kita tau nak kena letak address hotel. Biasa tak payah pun….”.

Saya kira meletakkan address di mana kita tinggal dalam slip arrival adalah ibarat mencurah segelas air pada padang pasir yang luas. Ini kerana zaman travel-nomadic ini, kita tidak tinggal di satu tempat secara pasti apabila travel. Selepas beberapa hari, address yang kita bubuh itu akan invalid. Kalau saya seorang Menteri Kedatangan Pelancong Asing Negara, saya akan bekerjasama dengan AirBnb dan Google untuk dapatkan data pergerakan pelancong asing yang masuk ke negara saya. Bukan setakat dia tinggal di mana, tapi dia makan, minum, jalan-jalan di mana pun saya tahu. Ini semua akan saya canangkan atas keselamatan rakyat negara saya.

Nasib baik semua document yang berkaitan tiket, AirBnB, race-kit bagai telah isteri saya print dan simpan dalam satu folder. Dia segera mengeluarkan dan mula mencari alamat AirBnb untuk ditulis didalam slip itu. Sambil itu dia tanya, nak tulis pendek atau penuh? Saya kata tulis dengan cukup nanti kena tahan lagi lega. Sambil dia tulis, sambil itu lane beratur imigresen semakin panjang. Saat ini saya hanya mampu memerhati dengan redha. Saat ini juga, Raja Kecil tidak dapat berbuat apa-apa juga untuk mempercepatkan keadaan. Maka fahamlah bahawa di dalam dunia ini, walau tinggi mana mukjizat kita, kalau tiba masa tuhan nak uji, kita akan kena juga. Malah barangkali, mungkinkah kita ada mukjizat, lalu kita diuji?

otw

Setelah selesai memindahkan alamat rumah dari resit ke slip, cepat-cepat kami beratur masuk kedalam lane semula. Ada satu family melayu depan kami dalam 5 – 6 orang. Sebaik mereka masuk dalam lane, saya perasan salah seorang dari mereka, secara tidak sengaja, ter-bertentangan mata dengan Raja Kecil. Tiba-tiba, 5-6 orang ini ditahan. Dan disuruh tulis address macam kami juga. Saat ini saya fikir hikmat Raja Kecil memang lagi tinggi. Rupanya dari dalam flight lagi Raja Kecil dah mind control charles xavier satu family ni untuk terlupa tulis address agar dapat beri laluan masuk lane kepada kami. Hikmat ini saya namakan, Hikmat memadam intention untuk kegunaan masa depan. Saya telepati pada Raja Kecil. Good Job son. Raja Kecil tersengih memandang saya.

Tapi baru saya nak senyum balik rupanya baru saya faham. Raja Kecil ni masih kecil lagi so kadang-kadang mukjizat dia tu out of control. Sebabnya dengan kami kami sekali dia dah charles xavier untuk lupa tulis address. Bertuah punya budak!

***

Urusan imigresen cop passport selesai. Sekarang adalah urusan kastam check barang. Kami berjalan menuju kaunter seterusnya. Bersama slip arrival ada tulis pasal barang-barang yang kena declare. Bila saya semak, baru saya perasan yang “nasi” adalah salah satu barang yang kena declare.

Saya serba salah sama ada nak declare atau tidak. Hesitation waktu ini kuat betul. Saya, secara teknikalnya bukan bawa nasi. Isteri saya bungkus beras. Tapi terma “rice” dalam slip declaration itu membuatkan hati ini goyang.

Zaman sekarang ini aneh. Kita bawa nasi lebih bahaya dari bawa rokok. Oh untuk pengetahuan, jumlah maksimum rokok yang boleh dibawa masuk ke dalam Jepun adalah 400 batang sahaja. Ini bersamaan dengan 20 kotak. Saya bawak 10 kotak untuk 14 hari.

Screen Shot 2017-03-27 at 8.39.22 PM

Manakala  untuk duit pulak, boleh bawa masuk semua duit rakyat Malaysia ke Jepun. Tidak ada limit. Kecuali kalau lebih 1 juta yen, kena declare. 1 juta yen = RM40,000 lebih kurang.

Screen Shot 2017-03-27 at 8.45.33 PM

Isteri saya tanya saya untuk kepastian. Nak declare ke tidak. Spontan saya katakan declare-lah. Negara jepun terkenal dengan orang yang jujur. Bukan negara yang hancing. So kita kena jujurlah. Dan spontan juga, terbit rasa penyesalan.

Apabila pegawai kastam membaca slip yang saya beri, dia terus saja bertanya kepada saya tentang nasi tersebut. Dari fahaman saya berapa banyak mungkin. Saya katakan “little, little” sambil membuat aksi tangan menyepit ibu jari dan jari telunjuk untuk bagitau sikit. Saya juga menambah nasi tambah, “baby, baby. Baby rice”

Pegawai kastam yang taat setia itu terus sahaja menyuruh kami untuk pusing dan segera ke kaunter kuarantin. Waktu ini list semua barangan yang kami bawa ke Jepun sudah tidak berguna lagi.

Saya kemudian patah balik untuk mencari seksyen kuarantin. Baru beberapa tapak melangkah, Pegawai kastam tersebut dengan aktif bingkas bangun menunjuk jalan. Kami dibawa ke kaunter semakan barang / kuarantin yang lebih kurang 50 meter dari situ.

Disitu pegawai kastam perempuan mula menyemak semua barangan kami. Saya terpaksa membuka beg yang telah dibalut dengan plastik wrap. Agak leceh sebenarnya sebab kami ada 2 backpack besar yang berbalut macam hantu bungkus transparent.

Apabila melihat semua pack beras dan pack brahim, pegawai kastam perempuan menyuruh saya menulis berapa jumlah gram semua nasi yang ada. Saya tulis 500 gm. Pegawai kastam perempuan kemudian membuat cop-cop pada kertas (waktu itu entah kenapa saya teringat aksinya seperti seorang ahli kraftangan akrobatik kertas jepun) dan akhirnya membenarkan kami beredar. Saya pack semula barang dan bergerak ke kaunter kastam tadi.

Sambil mencari mana pegawai kastam original yang tahan kami tadi, nampaknya dia dah hilang entah kemana. Mungkin balik rumah ikut pintu doraemon suka hati. Kali ini pegawai kastam yang lain pula menanti.

Sebelum sempat dia tanya, saya terus sahaja tunjuk dokumen yang telah dicop kuarantin. Saya juga memberitahu dia, “Marason… Tokyo Marason” sewaktu dia baru terkial-kial nak baca dokumen tersebut. Mendengar perkataan “Marason”, dia tersenyum dan keceriaan dia up dari 5K kepada 42K. Dia terus memberi laluan kepada kami untuk beredar sejurus mengambil sehelai copy dokumen tersebut.

Saya menarik nafas lega.

Di luar kami berselisih dengan seorang runner Malaysia. Nama dia Syazrah. Dia bersama 2 orang anak dan mak pak. Sebenarnya sebelum naik flight tadi dah jumpa dengan runner malaysia yang lain dalam 5 orang hasil WhatsApp kontigen Malaysia.

Saya memperkenalkan isteri saya kepada Syazrah. Dan mereka terus sahaja berbual tentang kemajuan transportation Jepun dan bahagaimana nak ke AirBnb masing-masing melalui keretapi dan bas.

Anak perempuan Syazrah memberi biskut kepada EL yang sedang asyik memerhati gelagatnya makan. Pandai Raja Kecil ni. Kali ni ko guna kuasa kau untuk mintak biskut pulak. Kau jangan macam-macam Father tak suka. Pepatah melayu ada mengatakan, sudah diberikan biskut, nak makan KFC pula.

JXXJ5976

Bacaan Lanjut
Proses imigration masuk jepun
Detail declaration item dari web kastam

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *