45 : Day 17

Hari ini hari Ahad. Semalam Sabtu dan esok Isnin. So saya dah bercuti selama 17 hari, ada lagi hmmm 45-17 berapa ah?

OK. 45 hari ni matlamat ultimatenya adalah berkait dengan Heart rate (resting target 45), so dalam posting ni saya nak tulis pasal apa gadget yang saya guna untuk track HR saya.

Sebelum mara kepada keadaan semasa atau now moment, baiklah juga kita pergi ke masa silam dulu untuk memahami progress.

Seperti di dalam surah Al fatihah, ayat 4, Tuhan telah memberitahu kita bahawa Dia,  “Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan”.

Meaning tersurat dia, endgame atau result nanti Dia yang tentukan berdasarkan apa yang kita buat sekarang. Meaning tersirat pula, Dia bukan sahaja “pegang” endgame atau future, tapi dia “pegang” the past atau sejarah silam, which is, apa yang telah kita buat, sebab based on inilah, future tu di decide macam mana atau apa balasan dia nanti.

So, apa titik tengah antara past and future? Now. Now ni apa yang kita tengah buat. Masa silam kita mebi barai, tapi sebab pada now moment kita take action, ia akan ubah future kita. Namun begitu, untuk kita take action pada now moment, bukanlah kita semata tetapi kerana “the calling” dari Dia jugalah yang menyebabkan kita “buat”.

So layering tersirat lagi dalam pada ayat 4 ini (pendapat saya) adalah, the past, the present and the future : is within Him, and Him only.

So apa kena mengena ayat 4 dengan posting ni? Saja je nak bagitau pasal past, now and future sebagai tajuk atau segment posting. Heeeeeeeeeee…

Past

Dulu saya guna Fitbit. Agak bergeneration juga saya guna Fitbit ni malah, extended kepada isteri saya juga. Masa saya guna Fitbit yang first tu masa dia mula-mula keluar dan tak silap saya beli online sebab tiada di Malaysia. Baca sini

 

Now selepas itu, saya ada 2-3 kali beli Fitbit Alta dan Alta HR rasanya sampailah saya tak pakai Fitbit dah. Now, apa yang best pasal fitbit ni?

Dia macam gelang. So, bila dia macam gelang, tangan kiri boleh pakai jam dan pakai tangan kanan pakai fitbit. Tapi kena tengok jenis fitbit jugalah sebab yang latest2, dia dah bodo jadi macam jam. Bila dia dah jadi macam jam, apa kejadahnya kita nak pakai dua jam kat tangan? Tau la ada dua tangan pun.

Satu benda yang saya ingat, kalau step kita lebih 10K sehari, dia ada animation meletup parti dalam apps, dan ada bunga api meletup pada screen fitbit.

Namun kelemahan ketara fitbit adalah getah strap dia. Ni kalau bawak mandi confirm tak lama lepas tu putus. Saya bertahan dengan fitbit ni agak 3-4 kali juga sebab dia putus. Sampaikan akak tolong beli strap dari china dalam kadar stok 2-3 sekali beli sebab asyik putus.

Now, in term of HR, selain dari tap pada device, buka screen da boleh nampak live HR. Rujuk gui bawah gambar hati tu. Kalau kita meditate, kita boleh nampak real time HR kita turun mendadak.

In term of record, ini display dia so boleh nampak history everyday dengan jelas berapa resting daily. Graph dia sangat membantu untuk beri info kepada kita sekilas, HR resting makin ok atau stress level kita makin naik. Pagi-pagi kalau bangun, inila interface yang saya tengok (dulu).

End result dia, atau summary kepada apa usaha kita, adalah gui ini. Fitness level kita bagus atau tak ikut kategori umur. Sleek.

So interm of layering data HR, bagi saya fitbit memang cun, senang dan mudah. Complete package macam Al fatihah ayat 4. The past, now and future.

Apapun, sekarang tak guna beli fitbit sebab selepas google acquire fitbit, tak silap saya plan dia adalah nak bungkuskan fitbit terus dari alam ini.

Kalau tanya secara personal, saya memang sangat suka dengan fitbit yang bersifat gelang sebab saya ada banyak jam, selain GUI dia yang cerdik. Hence bila design fitbit dah tak gelang sangat dan makin lebar, pulak tu direction tak tau nak idup ke mati, maka saya tidak lagi bersama fitbit.

Kira kenangan ketuk2 fitbit then baru screen dia hidup, akan menjadi satu kenangan indah sebab dari zaman saya tade anak saya ketuk / tap sendiri, sampai zaman saya ada anak, anak saya pulak yang asyik nak tap-tap.

Terima kasih fitbit.

Ok, esok sambung lagi untuk Now.

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *