Cramp : Faktor menyebabkan kaki cramp



Menurut Dr. ini, antara faktor yang menyebabkan cramp kepada runner adalah :

Sebelum larian :

1. Peningkatan latihan secara mendadak

2. Vitamin dalam badan tak cukup kerana diet makanan tak seimbang

3. Stretching tak betul

4. Warm up tak cukup



Masa larian :

1. Jumlah elektrolit dalam badan tak cukup masa berlari

2. Kasut tak betul. Esp. kasut yang dah lebih 500 batu atau lebih 6 bulan.

3. Pengambilan ubat untuk high blood pressure, lelah dan kolestrol

4. Ketegangan Saraf / Urat



Cara untuk kurangkan cramp :

1. Rendam dalam air panas

2. Stretch kaki ke arah berlawanan dengan cramp

Manakala video dibawah ini menambahkan lagi hal-hal tentang cramp.



1. Biasa berlaku kerana keletihan, lalu berlaku pada kilometer – kilometer terakhir.
2. Jika dah nak cramp, slow down dan jangan berhenti. Sebab kalau berhenti, muscle akan lock up dan cramp berlaku.
3. Bila dah cramp sangat, stop kejap dan strecth.
4. Sentiasa guna negative split. ( yang ni saya akan kaji lagi)
5. Jangan overtrain dan ikut jadual latihan seperti yang telah dirancang.




_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_