siri7m : M2, Pt 6 – 42K KLSCM 2021 VR

Saya dah register FM, 42K. Ini adalah marathon saya yang ketiga. Race ini adalah race penting dalam hidup saya sebab ia merupakan race harijadi yang ke 42. Maka tema dia, 42@42.

1. Boleh abiang story sikit apa ke menatang birthday race ini?

Birthday race basically adalah larian pada harijadi dalam race. Meaning sebagai runner, dan sebab kita runner, kita konon nak celebrate birthday kita lain sikit dari mainstream. Instead of makan kek atau buat parti pulut kuning panggil kumpulan Angin Bayu Feminin nyanyi lagu birthday (dem depa dah tua bro), kita instead keluar lari.


sukangat diknor #mj

Zaman dulu sebelum ada VR race, kalau nak buat larian birthday tepat pada harijadi agak mencabar. Ini kerana boleh jadi harijadi kita jatuh pada weekdays. So mana ada race weekdays? Biasa race hujung minggu. So runner tak ada pilihan sangat untuk tagkan birthday dia dengan race. Disebabkan itu, dia cuma boleh buat keluar lari tak kisahlah berapa distance. Asalkan celebrate birthday dengan larian. Ini dinamakan birthday run.

Tapi zaman VR race ini ada timbul opportunity baru. VR race biasanya ada tempoh dan tempoh dia sama ada sebulan atau seminggu atau tak kisahla berapa. So kalau kebetulan harijadi runner ni jatuh dalam tempoh race VR itu yang boleh jadi bukan on weekend pun, maka runner berpeluang untuk jadikan larian harijadi dia tag along dengan race event. Cantikkan? Meaning runner bukan takat keluar lari birthday run, tapi keluar lari birthday run yang dalam race event, hence birthday race.

First level, lari celebrate birthday. Second, lari dalam race, celebrate birthday. Ada yang no 3.

2. Apa yang nombor tiga tu? Madu 3 ke?

Madu ko jangan sebut. Sensitip.

Anyway, yang ketiga adalah dimana, hari jadi yang ke 42 tu kita lari race yang sama distance, 42. Benda ni boleh buat sekali sahaja seumur hidup. Sebab umur kita bukan makin kurang. Makin tambah. Untuk runner yang lebih chic atau teruna, anda boleh buat dua kali kalau umur baru naik 20 an.

Pertama masa umur anda 21 tahun, anda lari Half Marathon pada harijadi anda. Kedua masa umur anda 42 tahun, anda lari Full Marathon. Kalau umur panjang, hang tunggu umur hang 100, hang buat ultra 100K. Kalau lepas lari meninggal, jangan salahkan aku.

Meaning, yang ketiga adalah birthday run atau birthday race, celebrate mengikut umur yang sama dengan distance larian.

3. Saya umur baru 29 tahun. Boleh tak saya buat birthday run atau race saya 29 km?

Ko nak buat apa semua boleh dik. Takde yang menghalang. Ko nak celebrate semua birthday ko tiap-tiap tahun pun ikut suka ko. Ko punya cerita, ko tulis sendiri. Cuma nak bagitau, half marathon distance dia 21K. Full, 42K.

4. Tapi mana ada race 29K bang? Canne?

Ko kalau nak buat, buat betul2. Ko boleh hostkan VR run ko sendiri letak 29K. Sapa nak marah? Jangan limiting belief sangat. Host race 29K, pastu ajak kawan2. Kalau kawan2 boikot ko, ko ajak aku. Kalau aku FREE aku join.

5. Betul gak tu, mekaceh atas nasihat. Ok. Bila birthday abiang yang ke 42 ni?

29 November 2021.

6. 42 tahun dah…. apa perasaan abiang dah makin tua?

Jilake ko jangan macam2….

7. Maap bang gurau. Jangan sensi. Tapi KLSCM ni saya tengok tarikh dia dari 20 Nov hingga 28 Nov? Birthday abiang esoknya. Canner?

Ini rahsia. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kita rancang dulu, at the end of the day, biar tuhan yang tentukan. Kalau will power kita kuat, kita mana tau sekali ntah macam mana KLSCM race dia extend daripada seminggu, jadi sebulan? Haaaaaaa……..

Ko kena tengok filem Master Kipchoge terbaru. Tajuk : The last milestone. Dalam filem tu ada quote tak hingat punya. Master cakap, “The moment you tell your mind: I’m not able to do this, miracles cannot happen.

Dalam dunia ni, benda boleh berubah split second. Nasib seseorang tiba jadi lain hanya dalam beberapa saat. Jangan lupa tu…

8. Maksud abiang, 42@42 ni kira 50-50 lah? Boleh jadi on atau tak on?

Benda yang kat depan kita jangan fokus sangat. Kita fokus now moment. Training je dulu.

9. Abiang ni memang gila ni. Memperjudikan birthday race sama ada jadi atau tidak…

Ada benda lagi gila saya buat sebenarnya. By the way, kalau tade rezeki, dia jadi birthday run 42K pun apa salahnya. Tak semestinya nak tag dengan race. Cuma kalau dapat tag tu seronokla. Lagi seronok KLSCM. Race numeru uno negara. Hacchoooom! Aish. Selsema pulak. Tiba cam gatai idung. Resdung gamaknya.

10. Dah lama abiang tak buat kira-kira tajul muluk dekat bib number. Kali ni ada tak serendit dia? (serendipity)

Ah-ah betul jugak ya. Lama saya tak mentajul mulukkan bib number. Ok, bib abiang no dia jap abiang dah lupa. Tengok balik jap.

Ok, 56310. Jap kira feng shui ada ong ke tidak.

Birthday 29 haribulan. Kalau nombor ni 56290, feh memang terbaik mantopss. Sebab dia 5+6 = 11. So jadi 1129. November 29. Paling serendit bro. Tapi instead of 29, dia jadi 31. Kita cuba kira tajul dia ada ke tidak.

56310,
5+6, 310
11, 310
11, 3+1, 0
11, 4, 0
1+1, 4, 0
2, 4, 0
6.

Sial la aku sebenarnya tade idea tapi kira oklah tu. sebelum jadi 6, dia 2 ngan 4. So, 2 ngan 4 = 42. Mengikut ramalan kiyai tasik chini (kawan baru aku sekarang), dia kata kalau nombor susun gini race tu 50-50 ong dia. Sama ada yumekit, atau yunomekit. Kiyai ni kadang ngada gak, cakap BI konon. Tak sedar diri. Punggok itam jugak.

11. Apa ong yang abiang cuba harapkan pagar ni?

Ok. FM ni yang ketiga saya. First dulu adalah Bali, Indo. Second Tokyo, Jepun. Maka ketiga kat tanah air KLSCM. Kalau ikut PB adalah di Tokyo. Catatan masa net 5:06:01 (gun time 5:13:29).

So saya harap (harap laaaa) FM ketiga ini peroleh PB dan target saya adalah SUB5. Kiyai tasik chini bagitau saya boleh pergi ni cuma dia kata kalau barai, SUB5 confirm tak dapat, terus dapat ABOVE6. Tu yang last sekali no bib nombor yang muncul 6. ABOVE6 meaning lari FM lebih dari 6 jam. Kiyai tasik chini bagitau lagi benda kat masa depan ni tak confirm…. dia nampak samar-samar ayam…. kejap 6, kejap 5…. dia berubah ikut usaha kita sebab masih tak tertulis di lauh mahfuz kata dia.

Meaning kata dia, kalau usaha mantul, 5 tu makin cerah dan kuat.  Tapi kalau usaha cap ayam, 6 lagi cerah. Saya tanya dia boleh skrinshorty tak ramalan dia. Dia bagi gambo ni.

Sedap betul life kiyai sekarang. Ala financial freedom. Hari-hari lepak kat tasik, bertapa buat meditation. Untungla beli bitcoin awal.

But anyway, saya macam agree dengan kiyai ni sebab tak yah buat tajul muluk punya calculation pun nombor Dia bagi tu pangkal dia 56. So either sub 5, atau lebih 6. U mau u pilih sendiri la kata dia. U punya birthday maaa…

12. Hari tu saya tengok ada skrinshorty kawan abiang Irfan ajak lari 42@42 ni. So abiang couple dengan dia ke?

Waklu ko ingat aku gay ke. But anyway, tq mention bab ni.

Basically idea 42@42 ni idea Irfan. Terima kasih atas reminder. Irfan lari hari-hari hampir 2 tahun so banyak masa dia fikir pasal larian ni compare saya.

Saya dan Irfan dulu satu bilik masa kat MMU. Kami juga satu class sama-sama dalam Media Arts & Science (sebelum tukar pada FCM). Pernah sama-sama kena kejar anjing masa tu main basikal. Anjing tu nyaris nak gigit Irfan memang kelakar gila sebab rantai basikal dia time tu terputus. Kayuh laju gila tapi tak jalan.

Kemudian lepas grad kami kerja sekali as Interactive Designer di Cyberjaya. Zaman tu internet baru nak up. Zaman bluehyppo kalau ada yang ingat. Zaman firendster. Kami satu ofis masa bujang. Kendian saya resign lepas few years, lepas tu lost contact dengan Irfan.

Ni gambo masa kerja di Cyberjaya. Bila tengok dua kali, rupanya baru ingat, Irfan yang snap picture ni patut dia tade.

So ni gambo kedua sebelum potong kek, hari yang sama.

Ni satu lagi gambo masa keja dulu. Eh, banyak pulak belanja. Tapi menengokkan gambo ni nampak muka memang gaya kicap habis. Rasa cam nak sepak diri sendiri pun ada.

Bila dah tua then. masuk balik lari ni, kami jumpa semula. Kami ada lari sekali mostly traininglah. Cuma race belum. Saya ingat ini adalah race pertama kut saya dengan Irfan. Kalau saya tak silap lah.

So KLSCM VR ni saya akan lari dengan Irfan. Ini masih draft, detail dia tak pasti canne tengok masa tu esok sebab covid kita tak tahu. Kalau nak lari sama pun kena make sure jaga SOP. Distance kena sehasta. Sebab Irfan lagi fit dari saya, so dia mesti lari depan saya. Bukan tu saja, umur dia muda sehari dari saya. Dia lahir 28 november. Saya 29. So 42@42 ni takat ni ada 2 peserta. Saya dan Irfan. Kalau ada yang lahir 28 atau 29 tahun 1979 boleh pm tepi. Boleh join sekali.

13. Kalau dah Irfan birthday 28, abiang 29, mana menatang korang nak lari sekali?

Ini memang persoalan level time travel. Aku suka.

So basically, Irfan suggest kita lari makan 2 hari. Meaning, start pukul 9 malam 28 November, habis pukul 2 pagi 29 November. Ini PERancangan dia.

Separuh lari dalam hari birthday Irfan, separuh lagi dalam birthday saya.

14. Auchi-auchi, so the bromance uools. Gay sungguhhhhhhh…

Lantak kau lah ibab.

15. Ok bang sorry. Next q. Abiang target SUB5. Boleh cerita canne nak achieve ni?

Kita kena ingat yang hidup tanpa kari tak berapa sedap sebenarnya. So kari kena ada. Seminggu kalau kita tak jumpa mamak agak tak sah. Now cerita detail nanti saya tulis dalam posting training plan. KIV dulu.

16. Apa lagu tema abiang untuk race ni?

Sebabkan race ni adalah race harijadi dengan as sahabatul samaah saya Irfan, so saya pilih lagu Sahabat Sejati dari SO7. Lagipun zaman kami dulu masa tu memang layan SO7…. memang meletup masa tu. Agak sangat dengan kami. Ini juga membuktikan yang kami bukan gay usrah. Kalau gay usrah dia pilih lagu Sahabat Sejati Brothers. Reti. Eh… Teman sejati. Sorry. Tengok video clip ni. Banyak chikaro. Untungla …. muda lagi. Lari pun laju. Lari ngan awek… hmmmmmmmmmmmmmmm

But then, disebabkan juga birthday race 42@42 ni hanya sekali, so saya amik lagu Feminin kat atas tadi tu sebagai lagu kedua. Eh suka hati aku la nak letak berapa lagu pun.

17. Lek abiang. Lek…. Anyway, race dah tau. Target pun dah ada. Lagu tema ada. Last. Saya pun join KLSCM sebenarnya. Abiang ada kata-kata semangat untuk saya tak? Lemau ni nak trening. Lama duk rumah. Nak keluo takut kobid. Nak trening ngan kawan2, kang viral tak jaga SOP

Sebenarnya aku dah tade idea ni lagi pun aku dah nak keluo lari untuk Long Run aku so ko google sendirilah quote mana yang sedap.

Insya allah dik. Kalau kita cuba nak buat yang terbaik, Yang Maha Terbaik akan bantu kita. Yang penting ko buat terbaik tu untuk Allah ta’ala. Bukan untuk sapa-sapa.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *