siri7m : M2, Pt 4 – What is your Limit?

Setelah lama berbincang, anak murid ini bertanya kepada gurunya. “Bukankah kita ini manusia???” Guru menghela nafas seketika, lalu kemudian guru berkata, “Bila aok kabo aok manusia… aok refer bab limit menjadi manusia atau possibility menjadi manusia?”

Di dalam membuat sesuatu, misal kata project tertentu, kalau bidang korporat saya lihat mereka selalu akan ada slide SWOT analysis. SWOT analysis membuka segalanya in term of kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Kerana saya bukan sangat duduk dalam bidang korporat dan lebih kepada bidang berniaga, kami mempunyai slide analisa yang berbeza yang dinamakan Business Model Canvas.

Now, tak kisahlah menatang slide apa, nama apa, the point is dalam merancang untuk mencapai sesuatu, kita kena ada 360 risk assessment, dimana sebelum kita proceed, kita identify dulu apa yang kita ada dan apa yang kita tidak ada, atau apa yang kita mampu, dan apa yang tidak. Dalam erti kata lain, kita sedang menyelam dan mencari, mengenalpasti, apa limit kita dan dimana kita boleh overcome limit ini.

So apa limit kita?

Catatan pertama dalam milestone 2 ini adalah tentang satu Inspirasi. Ia adalah sesuatu yang external, berlaku jauh dari kita namun dekat dengan hati kita (itu sebab dia jadi inspirasi). Ia adalah sesuatu yang wow…. ini gila. No human is limited adalah content. But then, apa yang kita perlu ambil adalah context. Ada beza antara content dengan context? Content, boleh jadi macam-macam. Kita mungkin subscribe pada content yang berbeza, namun hakikatnya, context kita sama. Content ni macam ginilah, Nike, Adidas, Asics, New Balance…. manakala context adalah kasut. Content boleh jadi bentuk carbon fibre plate, jenis dan kadar responsive sesuatu foam, kulit atas kasut plastic atau mesh atau kain, tapak tebal terompah atau nipis selipar namun context : mana yang aku boleh jual supaya aku kaut untung maksimum.

Manakala catatan kedua pula adalah tentang minda kita. Apa yang negatif yang perlu kita tukar jadi positif, supaya apa yang kita nak, kita dapat. Ini adalah lebih intim, atau internal, malah, boleh dikatakan lebih personal. Ada banyak lagi faktor selain Limiting Belief. Meaning ada banyak benda yang kita nak ubah pada diri kita in order kita berjaya. Namun, Limiting Belief, adalah antara faktor terbesar yang menjadi penghalang utama kerana ia berkait dengan minda. Dari minda, baru behaviour berubah.

Kenapa saya memilih tentang minda adalah kerana ia sangat penting dalam hidup kita. Ada kajian yang mengatakan bahawa, apa yang kita fikir, akan manifest di dalam hidup ini. Betapa manifestation ini kuat, ia bukan sahaja mengubah sifat atau behaviour kita, malah mengubah fizikal kita. Lantaran ini, wujud pembelajaran dan pengkajian tentang “self healing”. Kaedah ini namun bukan menidakkan hal-hal hospital, bukan juga satu alternatif, tetapi adalah satu additional therapy yang dijadikan amalan. Ini nanti kita bincang kemudian hari.

Dan catatan ketiga adalah tentang apa yang kita nak sebenarnya. Apa yang kita nak, boleh jadi tercetus pada hujung atau pada awal-awal. Ini bergantung pada diri masing-masing. Meaning, ada yang nampak bigger picture awal, tapi ada juga yang tak nampak dan cuma follow the dot. Ini bergantung pada rezeki masing-masing. Rezeki pula bergantung kepada connection seseorang dengan penciptanya. Sebab, yang Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki adalah yang mencipta kita. Rezeki bukan setakat wealth tetapi health, love, opportunity, idea…. etc etc juga rezeki. Thus, relate balik dengan apa yang kita nak. Ia tidak semestinya sama dengan orang lain kerana kita sendiri yang tahu, kenapa kita lari pada asalnya.

Catatan keempat ini adalah penutup bagi 3 catatan sebelum ini sebelum saya sambung pengembaraan dalam siri7M.

Pada tahun awal saya berniaga, seorang kawan saya memberi tahu saya bahawa, “The sky is the limit”. Terus terang saya beritahu, waktu itu saya masih kicap. Maka kerana tagline ini, saya seperti ada azam hidup baru. Namun beberapa tahun kemudian, kawan saya yang sama ini memberitahu saya bahawa, “Tidak semua yang kita nak capai, kita dapat. We must be realistic”. Ketika dia berkata ini, di tangan kanan ada segelas air dari syurga manakala tangan kiri di dipinggang bidadari syurga. Oh lupa. Kedua insiden ini berlaku di dalam bilik kecil yang agak bising dengan kemerduan suara yang bergema.  Kami ketika itu di syurga dunia. Rahsia, tak boleh bagitahu di mana sebab ini kisah lama.

Now, kita kena akui yang di dalam mencapai sesuatu, pasti ada limitation atau hal-hal yang menghalang. Ini boleh jadi faktor umur misalnya, dan bila berbicara tentang umur, ia banyak hal seperti kesihatan dan tenaga. Namun kerana Tuhan itu Maha Adil, umur tidak semestinya sesuatu yang negatif. Ia boleh jadi positif bila kita tambah perkataan pengalaman, atau dulu dah kena, atau agak masin dan pahit hidup ini sebab garam dan petai banyak consume. The point is : bagaimana kita melihat sesuatu dan adakah dalam keadaan melihat itu, kita more negative atau more positive. Tak kisah kita lihat benda itu di mana sama ada di neraka atau disyurga, yang penting di mana kita berada, kita mohon perlindungan dan mohon nampak segalanya.

Dan telah juga saya kongsikan dimana, melalui Quran, ia mengajar bahawa jika kita mempunyai Everest / Moonshot, halangan kita menjadi kecil. Mengapa ini penting? Tuhan mengajar kita bahawa buat yang terbaik dalam hidup, agar, the next life, ada continuity dari sini ke sana. Dia bukan kat sini barai lepas tu harap kat sana ok. Dia mesti seimbang. Sini excellent, sana excellent. Kalau sini dah barai, maka sana mesti barai. Sebab itu ada konsep “jambatan” dalam agama, ia bukan tangga. Tangga adalah dari bawah ke atas. Jambatan, dari sini ke seberang, sama level. Sama level membawa kepada perkataan seterusnya. Reflection. Meaning, kalau kita dari satu tempat yang barai. Kita menuju kebaraian seterusnya. Itu sebab betapa penting Everest atau Moonshot dalam perjuangan hidup kita. Kalau nak berjuanglah… tanak it’s ok. No pressure. Lain orang lain priority so memasing ada kisah tersendiri.  Yang penting kita ambil pelajaran dan pengajaran.

Now tentang limit, what ever it is, hanya kita yang tahu kerana hanya kita yang paling kenal akan diri kita. Orang lain nampak luaran dan tak nampak dalaman kita. Orang lain nampak yang best je tapi yang tak berapa tu hanya kawan baik atau pasangan kita sahaja yang tahu.

Dan tahu sahaja belum mencukupi. Sebab ada keadaan diamana kita tak tahu, apa yang kita tak tahu. Meaning, kita hanya tahu, apa yang kita tahu. Ada beza tu. Contoh begini. Sebelum nak lari kalau nak masuk level beria, kita tahu yang kita kena buat medical check up. Namun ada yang cuma pakai oxymeter tapi ada yang pergi amik test check darah bagai. Dan dalam pada yang check darah bagai ini, ada yang buat full medical check up bayar beribu lemon mengalah buat test amik loan, berbanding yang buat check up hanya bayar 2-3 rat. Ada lagi level lain yang doktor tu dah jadi kawan dia.

The point is, lebih dalam kita mengkaji kelemahan kita, lebih banyak yang kita akan jumpa dan aware. Dan dengan pengetahuan ini, barulah kita boleh tengok tang mana yang kita nak “Beat the System”.  Meaning, sebelum keluar berperang, kita mesti tahu serba serbi kelemahan dan kekuatan tentera kita berapa etc etc. Dengan mengenal pasti kelemahan kita, kita tidak sepatutnya turn off atau turn down. Sebaliknya kita kena tukar kelemahan menjadi kekuatan. Menukar kelemahan menjadi kekuatan adalah hal yang pertama sulit, dan kedua banyak cabarannya.

Beat the System

Ada satu konsep yang sering bermain antara kami dari sekolah menengah hingga ke universiti, dan hinggalah ke hari ini. “Beat the system”. Konsep ini menjadi lebih deep semasa di universiti. Zaman itu adalah satu zaman eksperimen dimana kita semua bereksperimen untuk mencari diri. Kita ada yang terjebak dengan bermacam kancah. Pendapat saya ini OK kerana inilah yang dinamakan kehidupan atau LIFE. Kesilapan yang mengajar kita untuk menjadi benar. Seperti kawan saya yang minum air syurga tadi. Hari ini, setiap subuh dia yang hantar mesej ajak semua kawan-kawan jemaah di masjid. Masjid ok, bukan surau. LIFE sama macam larian. Dia perlukan “traction”. Kalau tidak ada “traction”, kita tak boleh kedepan. Dan “traction” ini biasa kita runner mesti tahu yang makin lama ia makin sakit sebenarnya. Happy ending ni kadang-kadang sahaja berlaku.

Now, “Beat the sytem” zaman itu ada banyak, contoh, camne nak score cgpa tanpa masuk kelas, atau score awek walaupun muka kita tak semegah, tapi satu yang terpaling, adalah bagaimana untuk beat mesin judi kuda. Macam mana kita dengan modal sekait, tapi kita nak mesin tu keluar hit jackpot muntah darah duit dia. Macam-macam rumus atau algorithm telah dicuba bagi menentukan kuda mana. Hingga ada aksi gaya pegangan syiling yang menjadi syariat yang bakal menentukan rahmat. Hasil dia kadang-kadang berjaya namun biasanya “saya telah menjadi ayah (papa)”. Masa kita muda kita tak faham konsep “House always win”. Sebab kita waktu itu cuba apa sahaja tanpa kaji sangat buruk dan baik. Kajian itu sama ada datang kemudian, atau parallel waktu yang sama atau kajian kita prejudis terhadap apa yang kita nak.

“Beat the system”, hari ini telah dibrand menjadi lebih pro dan cool atau ohsem oleh gurus mahupun influencer. Ada macam-macam dan salah satunya adalah  “Hacking Yourself”. Seperti SWOT analysis dan Business Canvas Model, benda yang sama cuma nama dan detail berbeza. Matlamat adalah macam mana nak achieve, tapi dengan jalan singkat yang lebih efficient agar success rate tinggi.

Adakah amalan beat the system bagus? Kalau ada untung baguslah, meaning kita dapat beat the systme. Tapi kalau asyik rugi je apa yang bagusnya. Bagus cuma ada bila kita ambil pengajaran. Namun kena faham satu hal lagi.

Dan di dalam alam larian, pasti juga konsep ini boleh diamalkan. Tiada tujuan yang lebih besar melainkan untuk mengatasi limit kita. Contoh, kita dah tahu kita tua dan selalu sakit lutut. “Beat the system” barangkali adalah berlari menggunakan Strap Lutut atau zaman kasut tapak tebal yang ada carbon fibre ini, kita jadikan itu kasut rutin kita. Ya memang mahal sedikit, namun kita yang dah tua terpaksalah absorb kos kerana kita sudah tahu yang untuk terus kehadapan, kita mempunyai limitation.

Ini sekadar contoh dalam ruang lingkup amalan atau syariat. Di dalam ruang lingkup hakikat atau the truth, barangkali ada runner di luar sana yang telah menjumpai jalan berlatih marathon dengan jumlah jam yang lebih sikit berbanding orang yang sebaya dengannya yang sama-sama sakit lutut. Ini yang saya maksudkan, “Beat the system”.

Beat the universe

Beat the universe berbeza dengan beat the system. Ini kerana system adalah ciptaan manusia manakala universe adalah ciptaan Tuhan. Beat the system, maksud dia kita cuba nak cari kelemahan sistem lantas atas kelemahan ini, kita mahu meraih keuntungan. Namun dengan universe kita tak boleh main game macam ini. Apa ke gila kita nak cari kelemahan universe? Universe ciptaan Tuhan bro so mesti perfect.

Dan lagi ini adalah kerana kita adalah sebahagian daripada universe. Masakan kita nak lawan atau menentang sebahagian dari kita? Tapi jangan salah faham kalau nak achieve yang lebih baik menewaskan diri itu hal lain.

Hari ini, ramai antara kita menentang nature kejadian sendiri dengan melakukan hal-hal yang tidak seteru dengan alam.  Dan kerana itu ramai dari kita tewas di pertengahan jalan. Kadang-kadang bukan sebab kita nak buat pun tapi sebab orang lain buat, kita terikut sekali. Terikut sekali ni bukan setakat terikut pada benda yang baik tapi last sekali sebenarnya tidak, ia boleh jadi juga terikut benda yang tak baik last sekali baik.

Kita sebagai manusia adalah sebahagian dari alam atau universe. Tugas kita adalah “sync” dengan universe. Bagaimana untuk “sync”? Unlearn, learn and enlighten. Apabila frekuensi kita sama dengan frekuensi alam, kita lalu boleh mengamplifykan frekuensi ini lebih besar lalu mencapai apa yang kita mahu. Pada ketika ini, alam kecil adalah alam besar. Bukannya alam besar, mengawal alam kecil.

Kesimpulannya ini. Sepatutnya there is no such thing as beat the universe, but : align with the universe to achieve your dream.

Beat yourself

Ada satu lagi konsep pasal beat, iaitu beat yourself. Bukan maksud dia ambik dumbell pastu hentak atas kepala sendiri. Beat yourself bukan juga bermaksud, beat the universe sebab kita sebahagian dari alam. Ini yang tadi saya tulis kalau nak achieve yang lebih baik menewaskan diri.

Basically, ramai yang memilih menjadi victim atau mangsa keadaan. Sedikit yang mahu mengambil langkah untuk mengawal takdir. Mengawal takdir bukannya mengawal segala benda di luar di mana semua benda kita nak betulkan contoh politik, ofis bagai, tapi sebaliknya adalah mengawal dalaman kita agar ia sentiasa selari dalam jalan lurus. Mengawal dalaman ini adalah mengawal minda dan hati kita dimana kita mengawal  “rasa” dan pemikiran kita.  Kata seorang sufi master, “Semalam aku pandai, maka aku cuba ubah dunia. Hari ini aku bijak, maka aku mengubah diri aku”.

Ada 4 fasa oleh seorang guru new age. Katanya begini.

Level 1 : The world is happening to me – level menjadi mangsa. Kira cam kita ni mangsa rogol dunia. Sebabkan negara cam kimak, kita takleh makan nasi. Sebabkan awek tu bodoh, dia tak pilih kita. Sebabkan kita sakit lutut dan pinggang, kita tak boleh masuk marathon. Semua orang salah. Kita seorang je yang betul. Ni level kebanyakkan manusia. Bersepah kat socmed. Kerja dia mudah hari-hari. Complaint dan terus complaint. Semua tak betul, dia seorang yang betul. Bila tanya apa yang dia dah buat untuk ubah? Ada. Dia complaint di socmed.

Level 2 : The world is happening from me – level manifest. Kira, apa kita nak kita boleh achieve atau, dengan niat, mindset, power, kita boleh mengubah dunia.  Kita boleh buat something moving sebab kita.  Ni level young padawan la ada will power tapi kena kuat, then jadi. Orang sebegini dia take action. Instead of complaint dan tunggu, dia decide untuk buat something. Tak kisah kecil atau besar, tapi dia mulakan sesuatu. Dia tak peduli orang cakap apa. Dia faham yang dunia ini penuh haters. Semua orang ada mulut maka kenapa nak pilih nak puaskan hati mulut orang lain? Mula-mula nampak macam susah nak achieve apa yang dia target. Tapi bila ruyung itu pecah, sagu yang dia dapat 18 kilo.

Level 3 : The world is happening through me – level channel, dunia berlaku lantaran kita. Ni memang macam gila tapi betul. Dalaman sync dengan universe itu pasal apa yang jadi adalah mengikut acuan kita atau life experience macam mana yang kita nak.  Ini level master atau guru atau boleh kita panggil jedi master la. Barang cakap jadi. Orang sebegini telah faham tentang limit dan juga faham tentang possibility. Dia menukar kelemahan menjadi kekuatan. Dia malah menjadi satu portal transformasi untuk diri dia, dan sampai satu ketika bila dia layak, yang lain pulak transform melalui dia.

Contoh macam Master Kipchoge. Achieve sub2 Marathon adalah ibarat batu yang buat air sungai tu ada ripple. Dan kerana ini, umat manusia achieve macam-macam yang mereka cuba. Yang cantiknya, ia tidak terhad dalam bidang larian semata. SUB2 marathon cuma content. Contextnya kita, mengatasi limit kita.

Level 4 : The world and me is ONE – ini level tak ramai achieve kerana ia adalah puncak atau maqam tertinggi spirituality seseorang. Seseorang telah fully enlighten dan segala illusi telah lupus. Level ini tanak cakap apa dah. Diam lebih baik sebab dah faham semua.

Basically beat yourself adalah bagaimana menewaskan diri sendiri dan kalau balik kampung mengaji ngan orang lama, depa kata menafi diri. Puncak tertinggi menafi diri adalah apabila dirinya total lupus…………

Kesimpulan

Apabila kita mengetahui limit atau kelemahan kita, kita kena jadikan ia sebagai satu kekuatan kita. Ikut celah mana kita nak transform tu ikut sukalah. Yang bahaya adalah kerana kelemahan kita, kita terus lemah. Sebab kalau ini menjadi pegangan kita, ia bermaksud : orang miskin tidak boleh menjadi kaya. Atau orang yang sakit tidak boleh sihat. Orang yang lari perlahan tidak boleh buat PB.

Agama kita meraikan sikap, menjadi yang terbaik. Menjadi yang terbaik adalah bukan apabila kita lebih baik dari kawan atau adik beradik kita. Tapi kita menjadi lebih baik dari kita yang semalam.

Ukur baju di badan sendiri, tapi jangan limit pada baju melayu sahaja. Dan jangan pula kerana mall semua tutup sebab lockdown, kita tak boleh beli baju dari oversea. Limit adalah illusi bukan kerana limit tidak ada tetapi kita ada jalan boleh menembusi limit ini. Ini yang dinamakan, possibility.

Dengan adanya limit, kita sepatutnya lebih berjaya. Limiting belief adalah first yang kita kena tackle. Mempunyai Everest adalah next step. End game dia adalah : No Human is limited. Apply ini adalah kehidupan, bukan setakat dalam larian.

Barangkali ini pengajaran yang kita kena ambil dari Tokyo Paralympic. 3 pingat emas adalah buktinya.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *