Race : BMW Berlin Marathon 45th Pt 1

Lama nak pergi German ni. Tapi tak pernah dapat. First attempt dulu masa Berlin Marathon yang ke 43. Masa tu saya daftar secara undi tapi tak ada rezeki so tak dapat.

La ni saya baru register balik. Tapi instead of undi, saya daftar sebagai charity runner. Bulan 2 hari tu ke Tokyo pun saya daftar as charity runner juga.

Masalah kalau daftar as a charity runner ni, maksud saya, bukan masalah, tapi cabaran. Cabaran dia adalah nak raisekan fund. Masa kat Tokyo Marathon saya kena raisekan RM4000. Saya sendiri derma pada diri saya sendiri sebanyak RM50 mula-mula tu. Saya fikir, kalau saya sendiri tak derma, macam mana orang lain nak derma. Last-last minute ada penderma yang murah hati bagi saya RM3000. So balance dia RM950, so saya upkan derma saya kepada charity tu sebanyak RM950. Maka cukuplah untuk raisekan total RM4000.

Lega.

Mungkin muka saya tak berapa nak kacak untuk orang bagi derma agaknya well…. at least saya cuba.

So now. Seperti yang saya tulis tadi. Saya baru sahaja mendaftar sebagai charity runner untuk Berlin. Beza dengan Tokyo, Tokyo tu dia tulis kat situ terus berapa yang kita kena derma. Saya pilih paling rendah iaitu RM4000.

Manakala German ni pulak, dia tanya kita berapa kita nak derma. Saya fikir-fikir, saya letak USD1500 atau bersamaan RM6450. Yela. Kalau bila lari kita asyik nak target lebih atau buat PB, so saya fikir kalau nak raisekan derma kena la improve sikit dari yang first.

Apapun keputusannya tak tahu lagi sama ada saya diterima atau tak. Lepas submit tu nanti baru depa akan bagitau kita diterima atau tak, walaupun di dalam web dia ada tulis yang charity runner ni confirm placing dia.

Saya ada plan untuk Berlin ni. So saya tanak undi nasib. Kalau saya muda lagi takpela saya boleh try tiap-tiap tahun untuk cuba nasib sama ada dapat ke tidak. So that’s why saya pilih as charity runner.

Sebenarnya seronok jadi charity runner ni. Kita lari, bukan kerana kita saja tapi kita bawak keperluan orang lain, dalam larian kita. Of couse, memang la bukan senang, tapi at least kita cuba. Orang lain nasib dia lebih malang, dan kita mungkin bernasib baik sikit. Orang lain mungkin tak ada masa dan sibuk buat benda semata-mata untuk maintain kehidupan seharian. Kita yang bernasib lebih baik dengan masa yang banyak terluang, patut guna masa kita untuk kemudahan orang lain juga.

So saya dah daftar. Harap saya diterima lagi sebagai charity runner. Kalau dulu #siritokyomarason, kali ini emmmm… takde idea lagi. Nantila kalau confirm ke Berlin baru saya fikir. Doakan kejayaan saya, dan doakan juga saya berjaya raise charity fund USD1500.

Screen Shot 2017-10-19 at 1.31.34 AM


Langkah Seterusnya

https://www.bmw-berlin-marathon.com/en/
https://bm.realbuzz.com/charity-listings/

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *