The Flash : EP14 S02 – Escape from Earth-2

“It’s not wise to make promises you can’t keep” – Zoom

Episod kali ini starting dia agak slow. Tak laju macam biasa Flash lari. Malah, saya hampir tertidur. Namun baru saya nak tertidur baru saya nampak segalanya. Episod kali ini adalah tentang “Doing the impossible”.

Episod kali ini adalah sambungan direct dari yang episod lepas. Since Flash dah kena tangkap dengan Zoom dan kena kurung kat tempat yang sama dengan Jesse (anak Dr. Wells) so Cisco Rahman dah makin cuak. Dan yang lebih cuak of course Dr. Wells. Sebab plan asal depa semua ni nak bunuh Zoom dan rescue Jesse tapi la ni Flash pun dah kena tangkap so canne?

Dipendekkan cerita, Dr.Wells, Cisco Rahman, Iris Earth 2 dan Barry Earth 2 pegi hiking cari Killer Frost untuk paksa Killer Frost bagitau rumah persembunyian Zoom. So ntah macam mana Cisco Rahman ayat si Killer Frost aka Caitlin, Killer Frost pun setuju nak bantu depa.

Akhir cerita, semua orang selamat dan depa dapat balik ke Earth 1. Namun, ada beberapa benda “Doing the impossible” atau dalam bahasa melayunya, membuat yang mustahil.

1. Caitlin Earth 1
Caitlin yang dah jatuh cinta dengan Jay Garrick sangat beria dan komited untuk cari penawar duka agar Jay Garrick boleh speedster semula. So Caitlin dok develop formula kencang yang dinamakan Velocity 6. Kaji punya kaji last sekali sampai Velocity 9 dan akhirnya dia berjaya menemui ubat untuk Jay Garrick untuk speedster semula, malah, menyembuhkan penyakit dalaman Jay Garrick melalui Velocity 9. Asalnya mustahil, tapi kerana cinta, Caitlin berjaya piang.

caitlin-et-jay-garrick

2. Dr Wells Earth 2
Dr Wells memang mati idup balik nak selamatkan Jesse, walaupun terpaksa khianati kawan-kawan dia. Dah sampai rasa nak give up tapi last minute Flash nak tolong. So tu yang depa buat road trip ke Earth 2. Mulanya dia ingat dah takde jalan nak selamatkan anak dia, tapi tup tup macam ada harapan. Tetiba pulak Flash kena tangkap dah takde harapan balik, tapi ntah macam mana, walaupun tanpa Flash, Dr.Wells berjaya jugak selamatkan anak dia. See. Again, kerana cinta, Dr.Wells berjaya selamatkan anak dia walaupun dah macam mustahil. Cinta keluarga gitu.

The Flash -- "Escape From Earth-2" -- Image FLA214a_0011b -- Pictured: Violett Beane as Jessie Quick -- Photo: Diyah Pera/The CW -- © 2016 The CW Network, LLC. All rights reserved.


3. Barry Earth 2

Barry earth 2 keja CSI jugak macam Barry earth 1. Cumanya Barry earth 2 macam bapok tak bapok sikit. Pergi hiking pakai kasut kulit pehal? Dia punya character macam Schmidt dalam Who’s that Girl is Jess. Namun, walaupun dalam kebapokan itu, Barry nak juga turut dalam ekspedisi hiking menyelamatkan Flash dan Jesse sebab dia tak sanggup tak berada di sisi isteri dia Iris Earth 2. So kerana cinta, sanggup berkorban dan melakukan yang mustahil. Yelah, mustahil bagi Barry yang bapok ni sekadar hiking masuk hutan. Mustahil la jugak tu sebab sebelum ni mana dia pernah terfikir nak masuk hutan. Lagi nak selamatkan orang.

tf_6

4. Caitlin aka Killer Frost Earth 2
So nama pun Killer Frost, power dia pun buat ais batu macam Elsa (kalau kat malaysia mungkin boleh buat ais kepal) so hati dia pun agak cold jugak la. Tapi, since Zoom dah bunuh balak dia Ronnie tu so hati dia cam ada taman sikit. Asalnya ingat ada taman sebab dia dah start tolong Dr.Wells n team untuk cari Flash tapi rupanya dia dah pakat awai dengan Zoom saja tunjuk jalan kat depa supaya Zoom boleh tangkap semua orang. Namun, saat-saat akhir masa Zoom nak bunuh Jesse, Killer Frost berubah hati lalu mengfreeze Zoom agar orang lain boleh lari. Agak mustahil untuk Killer Frost berpaling tadah namun dia telah betray Zoom akhirnya. Ini semua pun sebab cinta dia kat Ronnie.

new-trailer-for-the-flash-teases-an-escape-from-earth-2-836076

5. Barry Allen Earth 1 aka Flash
Ni sebenarnya raja bapok yang lebih bapok dari Barry Allen Earth 2. Dah la kena tangkap dengan Zoom. Kena belasah dengan Zoom lagi dalam bilik kurungan dia. Punya la bapok tak melawan apa. Last-last kena ceramah dengan Barry Allen Earth 2 baru la nak naik semangat nak lepaskan diri dari bilik kurungan kaca tu. Barulah nak “doing the impossible”. Terhegeh-hegeh betul la mamat ni. Anyway, okla. Last Flash dapat keluar jugak dari bilik kurungan dia bila dia tambah speedster dia secara will power yakin boleh.

the-flash-escape-from-earth-2-845310

Depa semua last sekali dapat escape dari Earth 2 dan kembali ke Earth 1 on time. Tapi ada sikit malang berlaku. Jay Garrick kena sedut dengan Zoom masuk balik dalam Earth 2 masa last-last minute portal tu nak tutup. Yang hang bodo sangat duduk depan portal tu macam model pasai apa? Kesian kat Caitlin. Baru nak romen-romen dengan hang.

Habisssssssss…..

Anyway. Sebenarnya “Doing the impossible” semua orang boleh buat. Tapi, cinta kena mendalam la. Kena #deep. Kena cikgu BM cakap genggam bara api biar sampai jadi abu. Kalau takat cinta siput babi tadenya nak buat sesuatu yang mustahil.

Orang baru cakap kalau pegang api dah terbakar terus nangis.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_